BAB 45
Malissa menulis dan membaca semula notanya.Yeah,itu yang dia mahu.Akhirnya dia faham kenapa ada perbezaan antara pemikiran wanita dan lelaki.
"Haaa sebab hormon kau lah ni.Kau kuat merajuk tak?"tanya Malissa kepada Aqif yang sedang menulis sesuatu.
"Haa?"
"Ha laa..Aku baca kat sini,lelaki cepat merajuk tapi diorang pendam je.Beza lelaki dengan perempuan,perempuan lebih mudah nampak berbanding dengan lelaki..So yeah,kau cepat merajuk kan?"
"Excuse me..Aku lelaki.Apa yang professor tulis tu semua ketinggalan zaman.Sekarang ni zaman dah maju.2025.So yeah,lelaki sekarang dah pandai berdikari.."
"Iyeke?Aku tengok lelaki sekarang macam,you know..Lebih 'manja'..Bukan manja dari segi emotional,but dari segi attitude..Ada yang umur 20 lebih pun tak kahwin,duduk rumah harapkan mak or kakak jaga and suapkan diorang makanan.Kalau ada partner,harapkan duit partner pulak..So.."
"Hmm,"
"Iyee..Kau ingat tak kita pernah buat servey pasal psikologi ni.Kebanyakkannya,perempuan tau yang bekerja..Umur-umur macam kita pun dah bekerja,"Malissa melihat Aqif yang sedang memandangnya.
"Kau..Faham kan?Tapi aku tak cakap pun yang lelaki ni itu ini.Point aku cuma nak cakap,lelaki lebih emotional sebenarnya.Tapi sebab ego,diorang sorok,"
"Hmm.."
"So yeah..Kalau kau merajuk,siapa yang pujuk?"
"Aku mana pernah merajuk,"Malissa mengecilkan matanya memandang Aqif."Kalau kau merajuk,siapa yang pujuk?"
"Of course la suamii aku..Kalau aku diam je,dia mesti tanya,sayang okay ke.Kenapa diam.So yeah,"
Malissa tersenyum.Mata dan ketawa Marzuki bermain di mindanya.
"Ish kau lah ni..Dah aku rindu suami aku.."kata Malissa,tersenyum malu.
Aqif menjeling menyampah dan itu membuatkan Malissa ketawa.Rindunya dia dengan suaminya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
(beberapa bulan kemudian)
Malissa menggeletar.Bibirnya terdiam otaknya terasa henti.Dia kaku.Tidak ada sepatah pun yang mampu dia ucapkan.
"Apa...Apa semua ni.."tanya Malissa lembut,memandang Marzuki dan Hanim yang sedang duduk di bersebelahan.Ibu dan ayah Malissa terdiam.Tidak mampu mengucapkan ayat apabila melihat mata anaknya sudah bertakungkan air mata.
"APA SEMUA NI?!"tanya Malissa,meninggikan suaranya.Terkejut Marzuki dengan perubahan sikap isterinya.
"Awak..Awak kahwin lagi dengan dia?"Malissa menahan tangisnya.Dia tidak sangka..Sungguh dia tidak boleh terima.
"Bukan apa yang awak bayangkan.."Malissa terdiam.Dia menunduk.Nafasnya laju.Apa..Apa lagi yang tak kena?Apa lagi yang dia kurang?
"Sayang.."Malissa masih menunduk."Sayang?Bagi awak,sayang tu apa maksud dia?Sayang tu hanya panggilan je ke?Panggilan remeh?Hakikatnya,awak tak pernah sayang saya and awak gunakan saya just untuk hilangkan rasa cinta awak dengan dia je.."
"Sayang.."
"Cukuplah..Saya taknak dengar lagi..Saya nak cerai..Saya taknak semua ni.."
"Malissa,dengar dulu.."tegur Shima,ibunya.
Malissa mendiamkan diri.Dengar?Mungkin boleh tapi faham?Buat masa ini?Mustahil!
Share this novel