BAB 8 (got to study to know you)

Drama Series 5371

Malissa pun masuk ke dalam pusat tersebut dan dapat dia melihat Fairuz yang sedang mengemaskan beberapa barang di atas mejanya."Ye?"tanya salah seorang pekerja di sebelahnya.
"Latihan memandu?"jawab Malissa.
"Okay,IC?"Malissa pun memberikan kad pengenalannya kepada pekerja tersebut dan mengambil tempat duduk yang disediakan.

"Malissa binti Halim?"Malissa pun pergi ke arah kaunter apabila mendengar namanya dipanggil."Berapa kali buat latihan?"
"Baru sekali.."
"Okay..Jari?"Malissa haya mengikuti arahan daripada pekerja tersebut.
"Okay,boleh ikut cikgu ni nanti.."Malissa mengangguk-angguk.Tidak berani dia ingin memandang muka yang berada di sebelahnya itu.

"Okay jom,"ajak Fairuz selepas sahaja Malissa selesai melakukan pendaftaran."Aik,laju?"terkejut pekerja tersebut apabila mendengar Fairuz terus mengajak gadis itu pergi.Selalunya dia akan tunggu beberapa saat untuk memastikan pelajarnya telah mengambil tempahan untuk membuat latihan.
"Cant make your life waiting,"
"Huh?"
"Nothing..Mon cheri,jom..Nanti nak tunggu yang lain pula,"kata Fairuz dan Malissa pun mengangguk.Dia panggil aku apa tadi?

(beberapa jam kemudian)
Malissa membuka topi keledarnya selepas dia selesai menjalani latihan.Panasnya bukan kepalang lagi.Nasib sudah habis latihan motor buat pertama kalinya.
"Siapa ambil?"tanya Fairuz secara tiba-tiba dan itu mengejutkannya.
"Mak saya.."Fairuz mengangguk-angguk.Fairuz memberikan balang yang diberikan oleh emaknya semalam.
"Sedap kuihnya,"kata Fairuz dan Malissa hanya mampu tersenyum.Dulu,dia boleh melihat wajah lelaki itu tetapi kini,takutnya bukan main kepalang lagi.

"Terima kasih cikgu.Saya balik dulu,"kata Malissa dan pergi."Okay,"Fairuz melihat gadis itu pergi meninggalkannya.Dia tersenyum seketika.Teringat pula dia bagaimana penuh berharapnya dia mendoakan gadis itu dipertiga malam untuk memohon petunjuk dari-Nya dan akhirnya,gadis itu datang di dalam mimpinya menyerupai seorang pengantin.Terasa hidupnya kembali bernyawa.Kenapa?Dia sendiri tidak tahu.

Malamnya,Malissa hanya mendiamkan diri termenung di dalam biliknya.Dia tersenyum tiba-tiba sambil matanya ligat memandang cincin di jarinya.'Tak sangka dapat jadi isteri kepada duda...Agaknya,apalah yang lain akan fikir..Suami hot,isteri budak?Suami hensem,isteri selekeh?Suami duda,isteri bujang?'Malissa mula kecut perut.Dia bakal isteri,maksudnya....Dia perlu melakukan tanggungjawabnya sebagai isteri.Sheesh,apa yang dia tahu?

Dia pun mula membuka telefonnya dan mencari di Google.

"Cara-cara menjadi isteri yang baik,"

Hermm...Banyak...Jarinya mula menekan salah satu pautan yang diberikan.

"10 cara untuk menjadi isteri baik,"

Pertama,patuh dan taat kepada Allah.Kedua,sentiasa berfikiran terbuka.Ketiga,dapat mengawal perasaan.Keempat,memahami kehendak suami.Kelima,memenuhi keperluan suami.Keenam,mendidik anak dengan agama.Ketujuh,dapat berbincang denga tenang tentang masalah.Kelapan,berbicara dengan lembut.Kesembilan,tidak membuka aib keluarga.Kesepuluh,menjaga diri daripada diberi perhatian oleh lelaki lain.

Malissa mengeluh seketika.Ini lagi susah daripada ujian SPM.Kenapalah dia suka sangat kalau SPM habis...Matanya tertangkap satu tajuk di pautan sesawangnya.

"Cara memberikan kepuasan maksimum kepada suami,"

Sheeeeesh~Apa benda ni....Tanpa berfikir panjang,dia pun menekan tajuk tersebut.Mulalah keluar beberapa gambar bersama pasangan di katil.Adakah dia...Terlalu muda untuk ini...
Lidahnya membaca satu persatu pernyataan yang ditulis di situ.
"Pertama,mengetahui titik-titik sensitif pada badan suami,"berkerut dahinya apabila membaca semua kenyataan tersebut.Terasa lucu.
"Kedua,mempunyai keinginan yang tinggi untuk 'bersama' suami...Herm,interesting..Ketiga,memakai pakaian yang mampu menaikkan ghairah sebelum 'bersama'..Keempat,mengamati setiap sentuhan suami..Huh?Okayy..Ekhem,kelima,tidak gelojoh dan perlahan-lahan menikmati keadaan..Hermm..Okay..Aku rasa aku muda sangat kot.."Malissa pun keluar daripada pautan tersebut dengan senyuman yang pasrah.Tiba-tiba,matanya menangkap satu lagi pautan.

"Titik-titik sensitif si suami.."Malissa menggigit bibirnya sambil menahan senyuman di pipi.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan meletakkan telefonnya ke tepi.Arghhhh,taknakkk taknakkkkkk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience