BAB 32 (the absence)

Drama Series 9938

Hari bersilih hari,dia sudah selesa di sini.Ketawanya diukir senyumannya dibibirnya.Terasa semuanya berbeza.

"Kakak okay ke?" - Shima

"Balik makan,mandi,rehat lepastu siapkan assignment tau," - Halim

"Hati-hati kau kat sana,Malissa..Aku sayang kau," - Fia

"Abang rindu sayang," - Marzuki

Malissa menarik nafas memandang langit.Angin sejuk menampar-nampar ke pipi membuatkan dia memejamkan mata membayangkan beberapa wajah yang dia rindu.

Sudah lima bulan dia berada di sini,masuk bulan ke-enam,dia akan balik untuk cuti sem.AKHIRNYA!Tidak dia sabar ingin berjumpa keluarganya yang tercinta.

Tiba-tiba,telefonnya berbunyi."Hello?"

"Hello Malissa.Aku ni,Aqif,"

"Ouh Aqif..Kenapa?"

"Aku nak slide yang prof bagi tu..Aku dah terbuang,"

"Ouh okay..Kejap yee,"

"Okayy,terima kasih,"

"Sama-samaa,"

"Kau nak keluar makan tak malam ni?"

"Makan?Untuk?"

"Saja..Aku je pun.."

"Maksudnya,kita dua je ke?"

"Iye leee..Aku ajak yang lain,tapi diorang semua busy,"

"Ala la laa,kesiannya..Nanti aku tanya mak aku,"

"Okay,"talian pun dimatikan.Malissa menghembus nafasnya.Baru nak enjoy sikit.

(malamnya)

Malissa menyiapkan segala tugasannya dan cuba menghafal topik yang susah dia ingat.Dia mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah tersebut kerana bising dan hanya Allah sahaja yang tahu betapa susahnya untuk dia tinggal bersama dengan orang yang takdek common sense!

"Physiology of sight,physiology of balance,physiology of hearing.Okay,I can do this,"

"Malissa?"

"Eh,Aqif?"

"Kau buat apa kat sini?"

"Aku...Study..Kau?"

"Aku baru balik makan,"

"Pukul 12?"

"Kalau dah sorang,lama lah sikit.You know what I mean,cantik view waktu malam,"Malissa mengangguk.Dia menunduk.Rasa bersalah pula apabila menolak ajakan Aqif.

Sebenarnya,dia tidak menanya pun kepada emaknya kerana dia sudah bersuami.Jadi dia sendiri ingin menjaga statusnya.

"Kau study apa?"

"Anatomy and Physiology,"

"Ouh faham..Aku duk sini je boleh?"

"Untuk?"

"Teman kaula.Bahaya kau tahu perempuan duk sini sorang-sorang?"

"Aku okaylaa duk sini.Aku boleh jaga diri sendiri,"

"Takdek takdek..Nanti kalau kau kena culik,aku saksi pertama tau sebab aku jumpa kau.So I dont care.Aku duk sini jugak,"Malissa memandang Aqif yang sedang minum air susu itu.

"Apa-apa jelah,"

Aqif melayan telefon bimbitnya sambil menikmati air susu yang dia beli.Tiba-tiba,bayangan Malissa menangkap perhatiannya.Dia memandang Malissa yang sedang mundar-mandir menghafal sesuatu.

Tiba-tiba dia tersenyum.Entah mengapa dia sendiri tidak tahu.Pertama kali dia berjumpa dengan gadis itu?Pemalu orangnya.

"Nama aku Aqif,"

"Malissa,"

Mereka berkenalan di kelas.Walaupun Malissa pemalu,tetapi dia yakin di hadapan orang ramai.Cara dia bercakap dengan orang ramai dan cara dia berkomunikasi,pergh,hebat!

"Aqif?"

"Ha?"

"Kau termenung apa?"

"Takdek pape,"kata Aqif,menunduk.

"Argh,aku stres!Kenapa panjang sangat benda ni pun.Dia ingat aku robot ke?Argh!"

Aqif tersenyum memandang Malissa yang sedang tertekan itu.Dah macam adiknya.

"Duduklah dulu.Rehat,"Malissa datang ke arahnya dan mengambil tempat duduk di sebelahnya.Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya.Dia perlu bertahan.Dia perlu BERTAHAN!

Aqif memandang Malissa.Dia mengerutkan dahinya.Ada sesuatu yang dia ingin tanya.Tetapi adakah itu berbaloi?

"Aku nak tanya something,"

"Apa dia?"Malissa memandang Aqif dan itu membuatkan Aqif tertunduk seketika.

"Kau dah kahwin?"terkejut Malissa apabila mendengar soalan Aqif.Dia mengerutkan dahinya sekerut-kerutnya.

"Apa kau tanya ni?"

"Sebab waktu pendaftaran,aku tertengok surat pendaftaran kau..And aku ternampak martial status kau married..So,aku tertanya-tanya.."

"Damnnnn..Tajam gila mata kau,"

"Yeah..I can see everything,"Malissa memandang pelik kepada Aqif dan itu membuatkan Aqif tersenyum sinis.

"Everything,"bisik Aqif.

"EEIWUU!"jerit Malissa dan itu membuatkan Aqif ketawa.Dia rasa,dia boleh hidup berkawankan Malissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience