BAB 19 (love is you)

Drama Series 9938

BAB 19

Malissa melihat ke arah Marzuki yang sedang menyediakan semuanya untuk dibuat sahur.Dia menjeling ke arah kaki Marzuki yang dibalut dengan tuala panjang yang berwarna merah jambu itu.Dia pun pergi ke arah Marzuki dan mengambil beberapa pinggan.

"Eh takpek Malissa.Aku boleh..."

"Cikgu,kaki cikgu sakit.Biar saya yang buat,"kata Malissa,mengambil pinggan di tangan suaminya itu.Marzuki tersenyum.Dia memegang wajah Malissa dan mencium dahinya.Terkejut Malissa apabila dilakukan sebegitu.

"Terima kasih,"kata Marzuki.Malissa tersenyum.Melihat senyuman Marzuki membuatkan hatinya tenang.Entah mengapa dia merasakan sebegitu.

"Saya sayangkan cikgu.Saya harap sangat saya boleh bagi apa yang cikgu nak.Saya nak cikgu tahu saya cintakan cikgu.Saya nak kita berdua macam suami isteri yang sebenar,bukannya terpaksa tahan diri.Saya cintakan cikgu,"

"Malissa?"terkejut Malissa apabila ditegur sebegitu.Hilang segala lamunannya tadi.

"Hmm?"

"Okay?"Malissa mengangguk lalu tersenyum.Dia pun meletakkan pinggan tersebut di atas meja.Berharap agar kata-kata itu dapat dikeluarkan daripada mulutnya.

"Kenapa dengan kaki uncle?"tanya Asina yang baru bangun dari lenanya dan Marzuki hanya tersenyum memandang budak itu.

"Terkena kaca pecah semalam.Nasib baik ada auntie,"katanya,tersenyum sambil memandang Malissa.Malissa hanya menunduk.Sudah,seksi pula dia buat muka macam tu..

"Ouh.."balas Asina.Malissa tersenyum lalu meletakkan sepinggan nasi dan lauk.Dia juga perasan bahawa Marzuki meletakkan sejug air coklat di atas meja juga.Malissa membulatkan matanya.Sebagai anak tunggal,dia selalu melakukannya sendiri.Tiada siapa di samping.Namun kali ini?

"Terima kasih,"Marzuki tersenyum sambil mengelapkan tangannya."No problem~"balas Marzuki tersenyum.Dia melihat sekejap Malissa yang berada di hadapannya.Seperti biasa,pasti hatinya akan berdegup kencang.

(siangnya)

Marzuki meletakkan keretanya di tempat kereta dan mula masuk ke dalam pejabatnya.Dapat dia mendengar bunyi telefonnya berbunyi tetapi hanya dia biarkan.Nombor tidak dikenalinya itu membuatkan dia berasa curiga.Buat kali ketiga barulah dia mengangkatnya.

"Helo?"

"Hi..Its me Hanim.."

"Ouh.."

"Asina okay?"

"Dia okay je dengan isteri aku.."

"Herm..Tak tahu pula dah kahwin?"

"Nak bagitahu tapi nombor hang takdak.."

"Ouh.."

"Bila hang balik?"

"Seminggu lagi.."

"Okay..Aku kerja ni.."talian pun dimatikan.

"Dengan isteri ye.."terkejut dia apabila ada kawan sekerjanya mendengar dia dari belakang.

"Eh..Macam mana hang ada kat situ?"

"Kahwin tak habaq.."kata salah seorang lagi.

"Bukan...Aku..."

"Takpaklah...Kami tahulah kami ni siapa kan.."

"Okay fine..Sorry.."

"Hermm..."Marzuki menggigit bibirnya.Sudah apa pula yang hendak dijawab?Majlisnya hanya orang taman sahaja yang tahu.

"Erm,nanti datanglah raya.."mereka pun menarik muka masam ke arah Marzuki.Marzuki hanya tersenyum kekok.

"Hangpa nak berbuka apa harini?Aku belanja.Okay?"kata Marzuki dan yang lain pun ketawa.

"Takdaklah hang ni.Kami gurau ja.Tahniah,"Marzuki tersenyum kekok.Rasa bersalah pula di dalam diri.

Malissa bermain bersama Asina di depan rumahnya.Dia memandang langit yang cerah dan mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah dek kerana kepanasan.

"Asina okay?"

"Okayy,"kata Asina,tersenyum lebar dan begitu juga Malissa.Dia membuka televisyen dan menayangkan kartun kepada Asina.Tiba-tiba,perutnya terasa sesuatu.Sesuatu yang sangatlah membuatkan dia tidak selesa.

"Asina tunggu sekejap ye,"Asina mengangguk dan Malissa pun pergi ke tandas.Perutnya memulas.Ye betul,dia period.Masalah senggugutnya mula datang.

"Asina..."panggil Malissa dan Asina pun datang ke arah Malissa."Ye auntie?"

"Ambilkan...Pad auntie..Dalam almari..."

"Pad?"Malissa mengetap bibirnya.Mana mungkin budak 5 tahun itu mengerti.Perutnya memulas lagi.YA ALLAH SAKIT!

"Auntie okay?"Malissa menggeleng.Matanya ditutup rapat.Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.Asina pun pergi menghilangkan diri dan itu membuatkan Malissa tertanya.Asina datang semula dengan kain di tangan.

"Auntie ambil ni,"kata Asina dan pergi.Malissa yang keliru hanya menurut.Dia membersihkan apa yang patut dia bersihkan dan cuba untuk berdiri namun malang,kakinya lemah.

"Malissa?"suara itu mengejutkannya.Cikgu?

"Malissa,buka pintu ni,"kata Marzuki dari luar.Mana mungkin dia nak buka pintu?!

"Cikgu.."

"Buka Malissa,"hatinya berbolak-balik.Patutkah dia membukanya?Dia memakai tuala yang diberikan oleh Asina untuk menutup kakinya.Rambutnya?Ye,tidak dia kisah kini.Perutnya yang sakit membuatkan dia tidak peduli tentang itu.Perlahan-lahan dia membuka.Dapat dia melihat Marzuki yang memandangnya."Cikgu?"

Marzuki pun membuka pintu tersebut perlahan dan menahan Malissa daripada jatuh.Dia mendukung Malissa dan membawanya ke arah bilik.Dia membaringkan Malissa dan membawa secawan air kosong untuknya.

"Hang ada ubat ke?"Malissa mengangguk.Dia menunjukkan ke arah mejanya.Marzuki pun membuka laci meja tersebut.Sibuk dia mencari,dia ternampak sekeping gambar perkahwinannya bersama Malissa.'Cintaku yang pertama dan yang terakhir'

Marzuki tersenyum malu.Benarkah apa yang dia baca kini?Cepat dia mengambil ubat papan tersebut dan memberikan kepada Malissa."Hang makan ubat dulu.Hang nak coklat?Keropok?Aiskrim?"

Malissa mengangkat bahunya.Marzuki tersenyum dan menggosok kepala isterinya."Rehat tau,"kata Marzuki dan pergi.Malissa menunduk malu.Entah macam mana sakit itu tidak terasa lagi.Waw,magik apa yang dipakai Marzuki?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience