BAB 33
Marzuki menarik nafas panjang.Dia tersenyum memandang gambar isterinya yang sedang tersenyum di galerinya.Ouh rindunya dia kepada isterinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi."Sayanggg~"katanya sambil menari-nari.Yes yes!
"Hello,"katanya dengan nada bersahaja selepas mengangkat telefonnya.
"Abang,abang buat apa?"
"Abang tunggu sayang telefon laaa.."
"Alo lo lo,kenapa tak telefon dulu?"
"Takut sayang busy,"
"Abang,sayang takkan busy kalau abang telefon.Abang dah makan ke?"
"Dah,"
"Mesti ngantuk kan?Rehat tidur ye.."
"Okay sayang..Sayang hati-hati ye,"
"Okayy..Byee Assalammualaikum,"
"Waalaikummussalam,"talian pun dimatikan.Dia tersenyum mendengar suara isterinya di talian.Oh rindunya..
Dia melihat gambar Malissa yang baru dihantar.Oh comelnya..ISTERI SIAPA NI!!ARGHH!
Sudah lima bulan mereka berpisah dan hanya Allah je yang tahu betapa seksanya dia menahan rindu.Takpekla,satu bulan je lagi.Satu bulan je lagi!!
Malissa cuba melelapkan matanya.Dia memeluk sekeping gambar yang dia selalu simpan di bawah bantalnya.Gambar perkahwinan mereka.Yep,gambar itulah yang tidak akan pernah dia buang.
Hari bersilih hari,akhirnya tibalah hari terbesarnya iaitu hari peperiksaan.Yep!Gementarnya hati dia apabila mengetahui perkara tersebut.
"Eh eh,semua meh sini dulu,"kata Aqif,mengarahkan semua pelajar membuat bulatan.
"Sebelum jawab exam,kita doa dulu okay?"kata Aqif dan yang lain bersetuju dan menadah tangan.
"AAMIIN!"jerit para pelajar di situ.Semangatnya mereka seperti semangat ingin berperang.Aqif tersenyum sehingga dia melihat seseorang yang jauh darinya.
"Allah Yuftah Alaiki Malissa,"bisik Aqif dari jauh apabila akhirnya dapat dia melihat Malissa yang sedang menunduk memeriksa segala alat tulisnya.
"Bismillah,"bisik Malissa sebelum memasuki dewan yang besar itu.Phew,mesti senang punya!!
(2 jam 30 minit kemudian)
Satu persatu pelajar keluar.Hilang stres satu paper.Malissa mengemas begnya dan memasukkan peralatan tulisnya ke dalam beg.Dia terperasan Aqif memandangnya dari jauh dan itu membuatkan lelaki itu beralih.
Aqif melihat Malissa pergi.Dia menarik nafas dalam.Salah dia berharap.
"Iye,aku dah kahwin," - Malissa
"Jadi,lelaki sebelah kau tu?" - Aqif
"Suami aku," - Malissa
"Weyh Aqif.Okay tak soalan tadi?"tanya kawannya yang lain dan itu membuatkan dia terhenti mengelamun.Dia mengangguk dan tersenyum.
"Alhamdulillah,okay sangat!Jom jom.Move to the next paper pulak,"
"Okayy!"
(malamnya)
Malissa menggaru kepalanya.Aiyo apa ni?Tiba-tiba telefonnya berbunyi."Abangg~"
"Hello?"
"Hello sayang.Buat apa tuu?"
"Study~"
"Sayang dah makan ke?"
"Sudah.Sayang masak nasi lauk paprik tadi,"
"Amboi sedapnya!"
"Hehehe, mestilah.."
"Exam okay?"
"Ya Allah,abang..Phew nasib baik tauu!Sikit lagi tu sayang nak lupa.."mulalah sesi bersembang di antara pasangan kekasih itu.Malissa yapping and Marzuki just listening.Itulah yang mereka lakukan setiap kali mempunyai masa bersama.
"Result mesti A punyalah isteri abang!"
"Aamiin!"
"AAMIIN!"
"HAHAHAH sayang tutup dulu tauu,"
"Okay sayang..I love you,"
"I love you too,"talian pun dimatikan.Masing-masing berharap agar segala-galanya akan baik-baik.
Share this novel