36

Romance Series 37698

Bab 36 - Will You, Iris?

Mataku terbuka perlahan lahan. Aduhai.. Sungguh malang betul nasib aku.

Selalu sangat pengsan dan diculik!

Eh dekat mana aku ni?

Keadaan sungguh gelap gelita. Aku sekarang sedang duduk diatas kerusi.

Creepy gila!

Adakah ini kerja Roseville? Atau Faydl nak balas dendam? Ah! Angkara siapa pula kali ini?!!

Lilin menyala. Lampu lampu malap juga dinyalakan.

Aku perasan aku sekarang berada diatas rooftop. Sebab boleh lihat view bangunan. Bunga bunga rose menghiasi kawasan ini. Haruman sungguh wangi!

Meja makan?

Tiba tiba seorang lelaki yang memakai suit putih sedang menghampiri aku lalu bermain violin.

Kemudian, waiter menghidangkan chicken chop, milkshake, macaroon dan pavlova di atas meja.

"Jemput makan ya, cik" Dia terus beredar.

Aku tercengang. What the heck is going on right now?!

Tetapi bagi aku, ianya agak romantis. Melodi violin, suasana, cahaya, makanan dan everything are very sweet!

Tanpa menunggu lama, aku menjamah makanan yang dihidang didepan mata. My favorite!

Chicken chop, milkshake, pavlova dan macaroon! Lengkap satu set!

Sedang aku memotong chicken chop, muncul lagi seorang insan yang memakai kostum beruang. Aku tidak dapat melihat mukanya.

Dia menghulurkan bunga rose berserta coklat Cadbury kearah aku.

Aku menyambut dengan perasaan teragak agak. Belum sempat aku nak tanya, dia terus pergi.

Aku mengetap bibir. Siapa punya kerja ini?

But never mind. Sebab aku tengah lapar gila.

Manusia yang memakai kostum itu muncul lagi sewaktu aku ingin menyuap makanan kedalam mulut.

Dia memberi dua kuntum bunga rose dan Cadbury.

Wah! Bunga Rose aku dah dapat tiga!

Aku menghirup air milkshake. Dan.. Dia muncul lagi dengan memberi 3 kuntum bunga rose lagi serta Cadbury.

"Siapa bagi?" soalku.

Kemudian dia terus pergi. Urrghh!! Kurang asam sungguh! Tak belajar sivik ke?

Aku sedang menikmati pavlova.

Ah! So sweet and yummy ~

Krim sungguh sedap dan texture yang menarik!

Manusia bear pergi kearah aku. Again?!

Dia memberi tiga kuntum bunga rose.

Berapa banyak bunga dia nak bagi?

"Siapa boss kau? Aku dekat mana?" soalku tetapi dia terus blah macam itu aje.

Aku ada juga bertanya kepada lelaki yang bermain violin dan waiter.

"Boss akan muncul" Itulah jawapan mereka.

Adakah aku akan berdepan dengan final boss macam dalam game? Oh my!

Tiba tiba seekor kucing yang berwarna oren datang kearah aku.

Ah! Comelnya mata dia! Gebu!

Kucing itu memakai topi kecil. Kawaii!!

Dahiku berkerut melihat topi mini itu.

Tertera.. 'Sila buka' di reben topi itu.

Perasaan ingin tahu membuak buak. Jadi, aku membuka topi itu.

Ada sekeping kertas diatas kepala kucing itu. Aku membacanya.

'Will you marry me, Iris?'

Tersentak aku. Bulat mata aku.

Siapa pula yang buat lawak malam Jumaat ni?

Manusia beruang muncul lagi dengan membawa sekuntum bunga Iris.

Eikk? Bukan bunga Rose?

Dek kerana geram kerana terasa dipermainkan, aku bingkas bangun.

"Siapa yang upah kau? Kalau nak propose, face to face la" soalku kepada manusia beruang.

"Dia dekat depan mata kau" jawab manusia beruang itu.

Tersentak aku.

"S... Siapa kau?" soalku.

Dia membuka sarung kepala muka beruang nya.

Bulat mata aku.

"Rayyan?"

Ya. Dialah Rayyan.

"Aku bagi kau 9 kuntum bunga Rose dan 1 bunga Iris.."

"Jadi?" soalku.

"Aku lebih tertarik dengan bunga Iris daripada bunga rose yang lain. Macam itulah perbezaan kau dengan perempuan yang lain. Warna, haruman dan bentuk boleh diubah kepada perwatakan, sifat dan nilai.. Semua ciri ciri wanita idaman aku ada dekat bunga Iris. Aku tercari cari dimana aku boleh menjumpai bunga Iris. Tetapi aku lupa. Iris yang aku tengah cari ada didepan aku. Bersembunyi sebagai bunga rose.. " tutur Rayyan.

" Aku nak tarik kau keluar sebab itu aku ikut segala plan Roseville. Dalam masa yang sama, aku jatuh cinta dekat kau. "

Aku tergamam. Dia ni budak sastera ke? Why he is so romantic? Dia tulis skrip ke?

"Aku dah banyak kali confess dekat kau tapi kau tolak. Mungkin sebab aku tak buat betul betul.."

Rayyan mengeluarkan sekotak cincin lalu dia duduk melutut.

Tergamam aku. Is he want to propose me?

"Aku sukakan kau sejak aku perang mulut dengan kau dekat pagar first day. Aku nak confess waktu itu tetapi mungkin sebab dua benda.."

Aku diam memberikan dia peluang untuk meluahkan segala yang terbuku didalam hati.

"Sebab percaturan Roseville dan... Ego aku sebagai lelaki yang tinggi. Aku tak suka bila kau rapat dengan Faris. Walaupun aku tahu kau suka dia waktu itu. Tetapi aku betul betul jatuh cinta dekat kau." tutur Rayyan.

Siapa kata aku suka Faris? Aku hampir aje tersuka

" So, will you marry me? Will you become my Hawa? Will you be my soulmate till Jannah? Will you be my wife? Will you, Iris?" soal Rayyan sambil merenung redup mata violet aku.

Otak aku ligat memikirkan jawapan yang sesuai untuk Rayyan. Lalu aku ketawa membangkitkan perasaan hairan pada Rayyan.

" Kau nak propose memang kena pakai kostum bear eh? " soalku dengan sisa tawa.

Rayyan mengetuk dahi. Dia terlupa yang dia hanya menanggalkan kepala sahaja. Badan belum lagi.

Keadaan menjadi reda sekejap. Rayyan masih sedang menanti jawapan aku. Begitu juga dengan orang yang berada disekeliling.

"Jujur aku katakan, aku langsung tak tahu apa erti cinta. Aku tak suka Faris. Malah aku benci Faris. Tetapi bila kau hadir dalam hidup aku, menyinari hati aku yang kian tertutup untuk insan yang bernama lelaki. Walaupun kau agak kerek, itu yang membuatkan aku suka kau. Tetapi aku confuse dengan perasaan sendiri sebab iris" tuturku lalu memegang mata aku.

Rayyan memandang aku dengan sinar mata yang penuh harapan.

"Kau jaga aku, kau tolong aku.. Dan hati aku mula terbuka. Kerana apa? Kerana kaulah pemilik hati Iris" ujarku sambil tersenyum.

Rayyan turut tersenyum lebar.

"For the answer of your question..."

"I will"

Makin lebar senyuman Rayyan. Dia terus melompat keriangan.

"Yahoo!!!!"

Aku menggelengkan kepala melihat telatah Rayyan.

Muncul pula Aish, Fiera, Yana dan Farah entah dari mana.

"Congrats guys" ucap Fiera ceria.

Aku semakin hairan.

"Apa semua ini?" soalku.

"Kalau nak tahu, tanya mastermind kita" ujar Yana lalu menunjukkan kearah Aish.

"Abang??" Aku mulai bercekak pinggang.

Aish Qayyum membuat tanda peace.

Eeii.. Geram betul aku dengan abang Qayyum! Kata ada hal dengan company lah! Ini rupanya plan diorang!

"Anyway... Bro, take care of my sister" ujar Aish lalu menepuk bahu Rayyan.

"My pleasure" balas Rayyan.

"Kalau kau nak kahwin dengan adik aku, kau kena belanja aku KFC, then belanja aku ice cream Mc Flurry. Weekend, kau belanja aku pizza. Kau beli barang dekat aku.." Abang Qayyum sudah mula melalut.

"Kejap.. Aku nak kahwin dengan kau ke adik kau?" soal Rayyan pelik.

"Mestilah adik aku. Tetapi aku ini bakal abang ipar kau tahu. Kau mestilah tambat hati aku.. Kau kena belanja aku macam macam!"

Fiera mencubit pinggang Aish supaya diam.

Aish mengerang kesakitan.

Kami ketawa terbahak bahak.

"Iris, aku tak tahu pula bakal kakak ipar kau ada potensi jadi mak ketam" ujar Farah lalu ketawa.

"Matilah abang kalau macam ini, Qairina" sambung Aish.

Kami ketawa lagi.

Fiera menjuih bibir.

"Errmm.. Rayyan? Kau tak nak tanggalkan kostum beruang kau ke?" soal Yana.

Rayyan termalu sendiri.

"Confirm bau hapak!" ujar Aish.

"Mana ada!" balas Rayyan.

"Iya!"

"Tidak!"

Aku, Fiera, Yana dan Farah ketawa. Budak habis SPM dah macam budak ribena pula.

Aku harap aku buat pilihan yang betul. Tetapi aku yakin.. Dialah Pemilik Hati Iris.

P/S: Ada lagi beberapa chapter sebelum ending. Sila tunggu ya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience