Bab 32 - Tidurlah Wahai Iris
"Iris, kau cari dekat sana.."
"Ya."
Haiyoo.... Susah lah nak cari flower. Jenis bunga pun aku tak tahu. Cuma yang banyak aku jumpa bunga rose la.
Hint satu benda pun aku tak jumpa. Buat sakit hati aje. Setiap bilik penjuru aku cari tak jumpa. Berapa jam dah aku cari tak dek. Rayyan pun tak jumpa. Aku siap cari kat halaman tapi bila nampak pagar sesat cepat cepat aku masuk balik.
Huhu... Scary tau..
Aku rasa aku dah selongkar semua tempat dah.. Kaki ni lenguh tau nak berjalan.
Aku masuk kedalam sebuah bilik setelah membaca doa. Harap harap tak dek bom la..
Dan.. Akhirnya aku terjumpa sampul!
Aku membuka sampul itu.
"Peta?"
Ya. Hint yang aku jumpai ialah peta rumah agam. Besar gila rumah agam ni! Halaman dia pun luas bila aku lihat peta ini. Dan adakah titik merah ini tempat dimana flower itu berada?
Hadusss.. Aku mana reti tengok peta! Nak tak nak kena cari Rayyan la
"Rayyan!" panggil aku sambil turun menggunakan tangga kaca. Huhu... Terasa diri macam Cinderella aje..
Rayyan yang menyelongkar laci memandang aku.
"Ya?"
"Aku jumpa peta. Nah" Aku menghulurkan kearahnya.
Rayyan mengambil peta itu. Dahinya sedikit berkerut.
Keningku terjongket.
"Kau tahu dekat mana titik merah ni?" soalku.
Rayyan tidak menjawab sebaliknya berkata sendiri.
"Kejap... Kalau sini adalah sayap kiri.... Titik merah ini ada dekat atas!" ujar Rayyan seraya menarik tangan aku naik ke tingkat atas.
Aku yang terpinga pinga hanya mengikutnya sahaja. Dah aku tak tahu, aku nak buat apa lagi?
Kami sampai ke rooftop. Tak sangka rumah agam ini ada rooftop.
" Sinilah titik merah tu.. " ujar Rayyan sambil merenung peta yang dipegangnya.
Aku menghela nafas lalu membuka pintu.
Kelihatan ada banyak bunga rose di rooftop. Langit gelap yang mendung dan bintang bintang yang berkelipan di langit atas. Bulan pula menerangi bumi dengan cahayanya.
"Macam mana nak cari bunga yang banyak ni? Semua sama aje.." keluh aku
Rayyan diam sejenak.
"Aku rasa mesti ada bunga yang lain daripada bunga rose yang lain.." ujar Rayyan.
"Tunggu apa lagi? Jom lah cari!" Aku menarik tangan Rayyan. Rayyan tersenyum lebar.
Kami mencari bunga yang kami sendiri tak tahu apa benda.
Tiba tiba kedengaran suara halus di segenap rooftop.
"Sumpahan...... Kehilangan..... Keperitan.... Kepercayaan.... Persahabatan...... Cinta....."
Suara itu hilang
Aku memandang Rayyan yang berhenti mencari dek kerana suara halus itu.
Dahinya berkerut kerut seperti memikirkan sesuatu.
"Kau tahu something ke?" soalku.
"Aku rasa sini bukan tempat dia"
Keningku terjongket.
"Dah tu?"
Rayyan mengeluarkan peta lalu mengoyak kepada dua bahagian.
"Oi, asal kau koyak?" soalku hairan dalam nada yang sedikit tinggi.
Mataku terbuka luas apabila Rayyan mencantumkan dua bahagian itu.
"Jadi... Tempat ini adalah dekat sayap kanan?" soalku.
"Ya."
Apabila dua bahagian tercantum secara terbalik. Aku boleh lihat titik merah itu sebernanya ada dekat sayap kanan. Bijak betul.
"Apa lagi? Marilah!" Aku menarik tangan Rayyan lali mengangkat kaki untuk lari.
Rayyan ketawa geli hati.
"Asal?"
"Kau tahu ke sayap kanan dekat mana?" soal Rayyan dengan sisa tawa.
"Arah sini lah!"
"Itu jalan mati. Sini lah!"
Aku tersipu malu. Hehe..
Rayyan memandang aku.
'Uiii.. Comel betul bila kelam kabut. ' bisik hati Rayyan.
"Okay. Jom pergi sana!"
????
"Puan, nampaknya Rayyan dapat meneka di mana bunga itu berada" ujar maid itu.
Roseville tersenyum sinis.
"Tak sangka.. Mungkin klu aku terlalu direct.." ujar Roseville.
Direct mende? Indirect betul!
"Puan rasa diorang dapat jumpa buku tu?" soal maid.
"Mungkin. Lagipun aku nak tamatkan semua permainan ini dan humban keluarga Faydl masuk penjara. Itu janji aku pada Rizman, Ibrahim dan Saleha. Keluarga Faydl akan dapat pembalasan!" Ada nada serius pada percakapan Rosevills.
????
" Buku lama apa ni? " soalku. Kami berada di bahagian sayap kanan rumah agam. Tetapi tak dek pun bunga yang dicari.
" Cer buka "
Buku lama itu aku buka.
Buku lama itu mengandungi cerita tentang Iris.
"Pada zaman dahulu, wujud seorang gadis manis dan lemah lembut. Gadis itu mempunyai sepasang mata yang dapat bertukar warna mengikut emosi. Ibu bapanya dibunuh dengan kejam dek kerana harta dan cemburu. Gadis itu mempunyai abang kembar yang telah hilang." Aku membaca buku itu.
Aku memandang Rayyan lalu menyelak halaman demi halaman.
Cerita ini sebiji macam kisah aku!
Dan aku buka muka surat terakhir. Tetapi muka surat terakhir terkoyak.
" Mana ending dia? " soalku hairan.
" Ending dia apa yang berlaku sekarang. Dapatkah bunga Iris yang layu, hidup mekar semula? Dapatkah Iris hidup gembira semula" ujar Rayyan.
"Dan.. Aku rasa bunga yang Roseville maksudkan adalah Bunga Iris" sambung aku lagi.
Tiba tiba entah dari mana muncul lampu yang ada waktu dekat concert stage tu.
Lampu itu menerangi sekuntum bunga Iris yang entah dari mana terus ada.
"Rayyan, bunga itu!"
"Ya!"
Tangan aku pantas mengambil bunga Iris yang berada didalam bekas kaca lutsinar.
Alaa.. Yang macam dalam Beauty And The Beast tu.. Bunga rose yang ada dalam bekas tu.
Entah kenapa aku rasa pening selepas memegang bunga itu. Aku terduduk. Rayyan mendekati aku.
"Kau okay?" soal Rayyan.
Tiba tiba bunyi tepukan kedengaran.
"Good job guys.. Good job. I'm m impressed." ujar seorang wanita.
"Kau Roseville ke?" soal Rayyan.
"Yes."
"Apa yang kau buat dekat Iris?" soal Rayyan serius.
Roseville tersenyum sinis.
"Kalau dalam cerita cinta, mestilah diselitkan dengan cerita dongeng" ujar Roseville lalu ketawa sinis.
Aku hanya mendengar sahaja. Kepalaku terasa berat. Tidak mampu aku bersuara.
"Cerita dongeng?" soal Rayyan.
"Ya. Gabungan dari Cinderella, Beauty And The Beast, Sleeping Beauty and Snow White. Semoga kamu tertidur lena with Iris Touch ."
Rayyan mengetap gigi.
"Maid, lepaskan Aish. Biar dia tengok adik kembar dia." arah Roseville.
Maid itu terus beredar untuk melepaskan Aish Qayyum.
"Bye, Iris.."
Roseville terus pergi.
Kepalaku terasa berdenyut denyut. Pandanganku terasa gelap.
"Iris!!"
Share this novel