"Along!!! Cepatlah sikit!! Ryn dah lambat!!" marahku.
"Sabar la cik adik oi...." perli Along.
Aku mengetap bibir. Along ini memang sengaja!
"Kan hari ini ada competition, mestilah kena cepat. Tak pasal pasal miss Rita membebel dekat Ryn!" bebel aku lagi.
Yup! Kalau lambat, aku terpaksa kena ceramah free dari miss Rita. Lagipun miss Rita dah sound dekat aku awal awal lagi.
Mampus aku kalau lambat! Innalillah laa jawabnya!
" Yelah!! " Along menyarungkan kasutnya.
Aku berlari ke perut kereta setelah along sudah unlock.
"Haihh!! Kenapa lah si angah ini boleh pula pergi keluar date" keluh along.
Aku tersenyum senget. Angah pergi keluar bersama aweknya. Bak kata omputih, date.
Papa as usual, busy as always with work at the company. Along ini pun boleh dikatakan dapat 'waran' dari papa sebab nak hantar aku.
Pak Daud pulak time time cam ni kena lawat anak dia dekat Melaka sebab dengar cerita anak dia bakal berkahwin. So, since yesterday Pak Daud tak dak. Sibuk dengan macam macam hal. Mama ada tolong untuk uruskan baju pengantin.
Tak sabar aku nak tengok Aisyah kahwin!
"Termenung apa tuu dik?" soal along sambil mata sibuk memerhati kearah jalan raya. Tengah drive ni..
"Takut lah satgi performance.." keluhku.
Hal itu juga aku takut. Kaca mata hitam aku perbetulkan.
"Nak takut apa? Chill leks, Ryn! Buat macam biasa aje.." Along memberi kata kata semangat.
Perkataan 'biasa' tiada ada dalam kamus hidup aku. Cee wah!! Bajet Betul aku. Tapi memang betul pun. Walaupun perkara yang aku buat ni 'biasa' tapi aku nak 'luar biasa'.
" Tak semua orang perfect dalam dunia ni" sambung along lagi.
"Memang betul pun. Tapi, walaupun tiada siapa perfect, kita boleh buat kita jadi perfect yang bukan 100%. Macam dianggap perfect." ujar aku sambil mata menghala kearah pemandangan diluar.
"Apa yang Ryn buat ni dianggap perfect la"
"Itu kata along, bukan kata orang lain.." balasku lemah.
"Kalau nak dianggap perfect, mestilah bagikan sepenuh tenaga dan semangat! Pastikan perkataan 'nervous' atau 'kalah' atau 'berputus usaha' dalam hidup Ryn. Buang segala perkataan negatif dan ambil segala perkataan positif sebagai perangsang dalam hidup Ryn supaya dapat mengalunkan melodi dengan baik. Along tahu Ryn boleh!"
Kata kata along aku serap dalam otak dan simpan dalam hati. Sungguh menusuk jiwa dan raga.
Malah, aku lebih bersemangat!
" Thanks, long.."
Along tersenyum hambar.
?????
" Eryna, duduk diam diam sedikit.. " ujar miss Rita.
Mana tak duduk diam?? Miss Rita tengah 'conteng arang dekat muka aku'. Errr.. Ye ke? Tapi memang betul pun! Miss Rita sedang bubuh make up dekat muka aku. Tak ke namanya conteng arang?
Eyeshadow warna putih. Bedak. Lipstick warna pink muda yang sesuai dengan warna kulit yang cerah.
Rambut yang elok didandan. Dress labuh warna putih. Kasut kaca (tak pasti) disarung. Sayap warna krim biru. Accessories Entah apa namanya berada dirambutku sebagai penghiaa.
Betul ke ni aku?
Aku tenung muka aku agak lama di cermin.
Miss Rita tersenyum kepuasan.
"Cantik bukan?" soal miss Rita sambil tersengih.
"Tak. Tak kerana mata" balas aku sayu. Aku melihat anak bolaku berubah warna biru.
Miss Rita mengesan perubahan mata aku.
Aku menggapai goggle kaca warna biru lalu disarung. Harap aje semua cantik, tapi terpaksa pakai benda untuk tutup mata yang sekali gus menutupi wajahku yang cantik dihias.
Sadis bukan hidup seperti aku? Kalau benar namaku adalah bunga Iris, apa gunanya nama bunga tapi hidup seperti orang yang lari dari kesalahan? Lama lama kesalahan itu akan dibongkar jua. Termasuklah Iris aku.
"Kamu termenung apa itu? Giliran kamu sekejap lagi."
Aku tersentak. Cepat gila Giliran aku. Tadi elok punya berhias, sekarang kena tarik pergi dewan. Jantungku seperti lari marathon aje! Dup Dap Dup Dap!
"Miss lupa nak bagitahu kamu, satgi ada gimik selepas kamu habis main piano." ujar miss Rita.
Aku mengangkat kening.
"Gimik?"
"Now, its time for Eryna Sofea from SMK Convent Armanda to come to the stage. With a title, The Tear Of Angel"
Alamak! Turn aku! Tepukan gemuruh dari orang yang berada didewan, seperti membakar semangat. Aku dapat menangkap pelajar dari sekolah aku memberi sorakan.
Aku naik ke pentas dengan penuh anggun dan lemah gemalai. Aku duduk di atas kerusi. Jari jemari aku sudah bersedia!
1.... 2....3!
Aku mengalunkan melodi irama itu. Jari jemariku menari nari diatas keyboard yang berwarna hitam putih.
Dengan lembut dan ayu, aku menekan setiap kekunci dengan emosi dan riak wajah yang sangat tepat dengan tajuk lagu.
Juri juri pula terpegun melihat aura.
Lagunya berbunyi....
Aku keseorangan ~
Tiada teman.. Sering kali dihina...
Dek kerana sayapku..
Air mata menjadi peneman buatku..
Aku sunyi! Aku sepi!
Sunyi sepi!
Dek kerana sumpahan yang ditanggung,
Aku merana kesedihan...
Dimanakah cahaya?
Dimanakah cahaya buat diriku?
Segala seperti gelap gelita..
Gelap yang sering menyelubungi diriku..
Walaupun begitu!!
Aku tak akan pernah mengalah!
Aku bangkit....!!! Lalu tumbang
Ke tanah.
Aku menangis..
Aku sedih..
Aku merana..
Aku mengalir air mata kesedihan
Siapa yang dapat menghulurkan bantuan?
Buatku....
Walaupun diselubungi dengan kegelapan, ada insan yang menghulurkan bantuan~
Oh, kakak~~~~
Kakak yang selama ini hilang, membantuku..
Ajari aku cara untuk terbang,
Akhirnya aku bisa terbang..
Dek kerana pertolongan kakak yang tercinta..
Aku bisa terbang! Aku bisa terbang!
Aku mengalir air mata kegembiraan..
Terima kasih buat kakak ku yang tercinta............
Aku mengakhiri lagu dengan not yang tinggi.
Semua orang menepuk tangan. Juri juga begitu.
Aku bangun dari kerusi. Tiba-tiba, ada seorang pelajar memeluk aku. Aku tergamam. Siapa pula ni? Gimik ke?
Kelihatan pelajar itu memakai baju yang sama seperti aku. Kostum.
Pelukan pelajar itu sangat hangat. Air mata aku gugur. Seolah olah aku sangat merindui pelukan ini.
"I will protect you because you are my sister!!" jerit pelajar itu. Macam garau aje..
Dewan sangat gemuruh dek kerana tepukan gemuruh.
Pertemuan antara kakak dan adik la kononnya..
Kami turun dari dewan. Pelajar itu langkah ke hadapan.
"Tunggu.." panggil aku.
Dia tidak berhenti malah percepatkan lagi langkah.
"Tunggu!!" panggil aku.
Pelajar itu berhenti lalu toleh kearah aku. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana dia memakai topeng ala ala masquerade.
Aku dapat mengesan kelopak matanya pecah. Air matanya gugur. Air mata aku juga begitu.
Aku tenung mata crystal biru miliknya dalam dalam. Kenapa seperti ada.....connection?
Aku dapat melihat ada urat urat yang jelas kelihatan ditangannya. Sah lelaki!
Pandangan mata kami bertaut. Air mata masing masinh gugur.
Perasaan apakah ini? Kenapa aku menangis?
"Siapa..... kau?" soalku.
"Aku....."
Share this novel