Bab 28 - Sweet Moment
"Tak nak! Bubur tak sedap!" rungutku.
"Jangan nak ngada ngada eh.. Makan!" arah Rayyan lagak komando. Al maklumlah, Rayyan kan ketua pengawas kerek. Eh silap. Ex kerek.
Sudah 2 hari sejak aku dimasukkan kedalam wad. Aku nak keluar, doktor kata kondisi aku masih belum pulih sepenuhnya. Aku mengaku aku masih berasa penat.
"T. A. K. N. A. K!" aku siap mengeja satu satu sambil berpeluk tubuh.
Bubur hospital sangat tidak sedap! (bagiku) Tak nak lah makan!
"Ke kau nak aku kiss kau?" ugut Rayyan dalam lirikan menggoda. Rayyan mengukir senyuman nakal.
Cepat cepat aku membuka mulut luas.
Rayyan ketawa kecil lalu menyuapkan bubur kedalam mulut aku.
Aku mencebik. Uweek!! Tak sedap!
Namun kutelannya juga.
Rayyan hanya menggelengkan kepala. Macam budak budak!
Sepanjang aku berada didalam wad, Rayyan lah yang setia menemaniku. Dialah yang menjaga aku. Tetapi batas pergaulan masih terjaga.
"Aku boleh makan sendiri lah"
Terasa kekok pula bila Rayyan nak suap aku untuk round yang kedua.
"No!" jawab Rayyan
"Aku ada tangan lah!"
"Kau nak aku kiss kau betul betul ke?" ugut Rayyan.
Aku mencebik.
"Hek eleh.. Bukannya kau nak buat buat betul pun.." cabar aku.
Rayyan tersenyum nakal. Dia mendekatkan wajahnya kemuka aku.
Degupan jantungku mula terasa.
"Yelah!" Aku mengalah apabila jantungku berdetak laju.
"Malu ke? Asal warna pink eh?" usik Rayyan lalu mengenyit mata nakal.
Ah! Iris ni memang tak boleh control! Kalau muka pink tak pe.. Ni mata! Memang Pinocchio betul lah!
"Cepatlah suap!"
"Ok ok"
Rayyan menyuap bubur kedalam mulutku. Pandangan mata kami bertaut. Aku melarikan pandangan apabila mata kami bersatu. Tak pasal pasal mata berubah menjadi warna pink.
Tiba tiba satu sentuhan lembut mengenai daguku.
Aku toleh.
Urrghh! Rayyan mencalit bubur dekat dagu aku! Aku dapat merasakan betapa lembiknya bubur itu.
Rayyan ketawa berdekah dekah melihat mukaku yang comot.
Amboi amboi.. Main perang makanan ye..
Aku meletakkan jari telunjuk kedalam mangkuk bubur itu lalu mencalit dekat pipi kanannya.
Aku mula ketawa terbahak bahak. Hehe.. Walaupun kondisi belum pulih, aku masih mempunyai tenaga.
Rayyan memuncungkan mulut sedepa. Aku ketawa kecil.
Jujur nak dikatakan sifat Rayyan sudah berubah sebanyak 360°. Dari ketua pengawas kerek ke ketua pengawas sweet. Tak ke pelik?
Walaupun percakapan masih kasar Iaitu 'aku kau' cara percakapan Rayyan semakin lembut dan romantis.
Memang tipulah kalau aku kata aku tak cair. Banyak kali cair tau!
"Amboi sukanya dia..." ujar Rayyan.
Aku menjelir lidah.
"Sudah! Habiskan bubur ni!" arah Rayyan
"Alaa..." Aku memuncungkan mulut sambil mata dibesarkan buat buat comel.
"Heh. Ingat comel ke?"
Aku mencebik.
Dengan keterpaksaan aku menghabiskan bubur yang tak sedap itu.
"Now time for your medicine..." ujar Rayyan.
Aku mengeluh. Alaa... Ubat pahit lah.. Macam budak budak kan aku?
"Kalau tak makan tak boleh ke?" soal ku. Mata dikerdip kerdip Banyak kali. Kasihani lah aku..
"T. A. K. B. O. L. E. H."
Urrghh! Nampaknya Rayyan juga mengeja satu persatu. Apa boleh buat? Nasib badan..
Aku memakan ubat itu. Errr.. Kenapa susah sangat nak telan?
Okay lah.. Jujur aku katakan.. Aku tak pernah mencuba ubat biji sepanjang hidup aku. Pelik bukan? Pelik tapi benar. Itulah kenyataan. Itulah hakikat.
"Rayyan, tak boleh telan la.." aduku sambil cuba menelan ubat itu. Ubat itu besar okay! F. Y. I aku tak pernah ada experience Air masak diteguk banyak kali hingga kering kontang. Namun masih tidak dapat ditelan.
Bulat mata Rayyan. Rayyan kelihatan seperti mahu ketawa.
"Haihh...itu pun tak boleh ke?"
Aku tayang gigi putih. Tersengih macam beruk la.
Rayyan menghampiri aku. Dia menyua botol air lalu membantu kutelan.
Tangan kirinya memegang botol air .
Paap! Ubat itu berjaya masuk kedalam kerongkong ku.
Aku melihat botol tersebut. Bukan ke botol tu botol... Rayyan?
Botol yang hampir Penuh tanda pernah diminum terus menjadi seperti titisan hujan. Hanya beberapa titik sahaja air yang tinggal.
Aku memandang Rayyan.
"Itu botol kau ke?" soalku teragak agak.
"Ha'ah" jawab Rayyan dengan riak selamba.
Oh no! Indirect kiss!
Aku memegang bibirku lembut.
Rayyan ketawa kuat.
"Do you want to get a real kiss from my sexy lips?"
Usikan itu mampu membuat bukan setakat mata aje warna pink, tapi muka pun!
Muka aku dah macam udang bakar je! Boleh cicah dengan nasi!
Rayyan ketawa semakin kuat.
Aku mengetap bibir.
"Errr... Bukan kau sepatutnya ada dekat sekolah ke?" soalku cuba mengubah topik.
Dalam masa sehari, teruk aku diusik! Iris pun tak habis habis warna pink aje! Muka pun ashik merah! Hari ni April Fool ke? Or Valentines? Or White Day?
Rayyan tersenyum kecil. Eleh..nak lari la tew..
" Aku tak pergi sekolah sebab nak jaga orang yang aku cintala"
Zup! Mulutku bagai terkunci mendengar jawapan dari mulut Rayyan.
Kenapa Rayyan ashik membuat indirect confession of love? Kalau nak confess pun, biar lah direct.. Errr.. Kenapa aku pula terlebih emo dan perasan sangat ni?
"Siapa orang yang kau cinta?" soalku sengaja buat buat tak tahu.
Renungan mata hazelnut Rayyan membuat hatiku bergetar.
"Kau"
Tersentak aku. Benar.. Tetapi bukannya aku tak nak tetapi aku masih belum mampu untuk percayakan orang lain. Walaupun Rayyan setia, tetapi aku masih belum mampu untuk mencintai dia.
Faris... Orang yang kupaling percaya tikam belakang aku. Bukan setakat itu, satu family pakat tikam belakang! Rupanya ada musuh dalam selimut. Ada musuh menyembunyikan identiti mereka disebalik topeng. Aku akan balas dendam!
Apa gunanya ada Iris yang diberikan oleh ayah Rayyan tetapi tak kuguna dengan sebaik sebaiknya?
Bukannya aku tak mahu merasa betapa manisnya cinta tetapi hati ini serik dilukakan. Aku takut hati ini terluka untuk kesekian kalinya.
Takut untuk mempercayai benda yang bergelar cinta! Kerana tiada sesiapa pun yang merupakan pemilik hati Iris!
"Esok kau teman aku ke?" soalku sengaja mengubah topik.
"Mestilah. Rumah agam itu scary kot" jawab Rayyan mendatar. Mungkin kecewa kerana aku tidak memberikan jawapan. Matanya menjadi biru.
"Gila tak scary! Siap ada vampire, werewolves, witch!" ujarku separuh menjerit.
Nurse yang berada di luar menjeling tajam tanda perlahankan volume.
Aku terus menekup mulut.
Ooppss..
Rayyan ketawa. Aku juga perlahan lahan ketawa.
Aku melihat iris Rayyan bertukar kuning. Biarlah.. Asalkan aku dapat menikmati moment ini.. Sweet moment!
Share this novel