2

Romance Series 37698

' Menangis hati ini!!!

Ku juga bersimpati..

Hancurlah harapanku..

Maafkan saya...

Kasihmu yang berubah..

Aku pun tak menyangka..

Itulah alasanmu..... Pergilah sayang!!!

Biar rindu diberjauhan..'

Lagu Achik dan Nana bergema dibilik tidur aku. Aku yang set alarm ni.. Menyesal pula. Aku mematikan alarm itu lalu menyambung aktiviti aku iaitu tidur!!

"Ya Allah!! Budak ni tak bangun lagi... Ryn!! Bangun!!" kejut angah.

Angah ni dah sawan ke terjerit jerit macam orang gila. Makan ketum ke pagi pagi buta ni?

Tapi aku tidak bergerak mahupun bernafas.

"Ishh.. Budak ni.. Angah lempar Ryn dekat bathtub yang ada air sejuk baru tahu!!!" ugut angah.

Lu pikir gua heran?

Tangan angah mula memegang kakiku bersedia untuk diangkat.

Terasa seperti ada electric shock. Aku automatik bangun.

"Tak payahlah.. Lempar lempar macam main batu seremban.." ujarku lalu menggosok mata

Mataku berubah menjadi merah.

Angah hanya tersenyum kemenangan.

"Tapi.. Angah badan aje nampak sado tapi angah ni penakut mengalahkan anak tikus mondok kepunyaan pak Wahab!!" gurau aku.

"Angah bukannya takut.. Tapi kalau buat betul betul kang Ryn pi rengek report dekat mama siapa yang susah? Angah juga.."

"You know me well"

Aku terus menggapai tuala.

"Jangan berendam berangan lama lama dalam bathtub . Kang jadi macam Minah Jenin pula." gurau angah.

Minah Jenin? Bukan Mat Jenin ke? Entah entah bini Mat Jenin. Mengharapkan kahwin dengan puteri tapi dapat kahwin dengan perempuan yang satu kepala dengan dia!! Hehe he.

Aku ketawa kecil.

Angah melihat mata aku berubah menjadi kuning. Angah lantas tersenyum.

*****
Usai mengenakan baju kurung, aku mengikat rambutku yang panjang stail ponytail gitu.

Aku terus turun kebawah di meja makan lalu duduk.

"Siapa yang hantar dan ambil Ryn kat sekolah tuu satgi?"soalku sambil menyuap nasi goreng.

" Tuu ikan emas.. "gurau along sambil menunjukkan ke arah akuarium.

Kami ketawa.

" Along laa ambil.. Tak kan angah pula.. Dia mana rajin.. Asyik menghadap game aje.. "perli along.

Angah hanya menjeling.

Aku melihat mama dan papa dari tadi senyap.

"Kenapa ni mama, papa?" soalku khuatir.

"Ryn..kamu dah fikir masak masak ke?" tanya mama.

"Ya, ma. Ryn dah fikir masak masak sampai hangit dah nasi dalam kepala otak Ryn ni.." gurau aku.

"Awak ni pun.. Its her own choice to choose.. Its a right thing to do. Biarlah dia hidup sebagai ordinary girl.. Selagi dia memakai spek tuu.. She will be fine" ujar papa cool aje sambil mengirup air nescafe.

Ya!! Respect, bro!! Just kidding. Dad...

"Memanglah.. Macam mana kalau ada murid pi tolak dia ke... Curi dia punya spek ke.."

Risau sungguh mama terhadap aku membuat aku terharu.

"ingat pesan papa, Ryn. Kalau diorang ambil spek kamu.. Kamu Bawa aje spek lebih. Bawalah empat.. Satu pakai.. Satu dalam poket.. Satu dalam beg.. Satu dalam kotak pensel kamu tu.." pesan papa.

Aku membuat isyarat tangan 'beres boss'.

" Nasib baik ada Faris dekat sekolah tu.. "ujar angah.

Whatt? Mamat tuu? Sepupu aku dooh... Oklah... Mamat itu boleh diharap.

"Suka la tuu.. Faris ada.." sindir along.

Mata aku bertukar menjadi warna merah. Serta merta along tertunduk.

Kami ketawa.

*******
"Bye, along.. Assalamualaikum.." ujarku sambil menyalami tangan along. Abang kan?

"Bye.. Waalaikumussalam.. Shuh..shuh.. Ryn Dah lambat ni!!" halau along

Betullah.... Dah lambat..

Dahlah first day bagi aku. Tahun ini aje dah dekat 10 kali aku tukar sekolah atas kes yang sama. Iaitu mata aku.

Aku berlari ke pintu pagar.
Nampaknya dah ada 'guard' jaga dekat pintu pagar. Kacaulah.

Aku segera membetulkan kaca mata hitam.

"Oi. Asal pakai spek hitam ah? Ingat ni shopping mall ke nak fesyen fesyen? Dahlah datang lewat 12 minit 31 saat! Muka kau aku tak pernah tengok!! Bak nama kau!!" arah pengawas itu sambil mengeluarkan pen dan buku nota bersedia untuk mencatat.

Mereng gila dia ni.

" Suka hati aku la nak fesyen ke nak pakai dress labuci ke nak datang lambat brapa jam ke.. Sekolah ini kau punya ke?!! Yang kau kisah sibuk macam mak nenek sangat pasal apa??!! "marah aku.

Terbeliak mata pengawas itu.

" Aku kisah sebab aku ni KETUA PENGAWAS.. Diulangi.. KETUA PENGAWAS.. Jadi kalau ada student buat hal sudah menjadi tugas aku.. Budak hingus meleleh macam kau aku langsung tak heran la.. "sindirnya.

Wah!! Panas telinga aku.

" Ada aku tanya kau ketua pengawas ke KETUA BUDAK NERD ke KETUA KELAB MALAM ke??!! Ada??!! Ada??! Tak dek kan? So shut your big mouth up before I zip it for you!!! "tengking aku.

Aku hendak masuk tapi dihalang oleh mamat itu.

" Mulut kau memang tak dek insuran kan? " soalnya.

Aku bertekad untuk berlaku dingin kepada sesiapa sahaja. Persahabatan? Aku tak percaya semua itu apatah lagi cinta. Semuanya bohong dan palsu belaka.

"Kalau tak dek kau nak buat apa? Aku nak masuk lah!! Blahlah!!" marah aku.

"Woi! Bagi nama kau dulu, perempuan!! Aku letak dalam sistem salah laku murid!Kalau tak aku tak bagi kau masuk. Duduklah merempat dekat sini. " ugutnya.

Aku mendengus geram.

"Sofea"

"Nama panjang kaulah" marahnya.

Ewah..Ewah.. Dah Kira bagus aku bagi nama aku.

"Suka hati akulah nak bagi nama panjang ke glamour ke..nama manja ke.. Yang penting nama bukan?" soalku.

Dia mengetap gigi.

"Kau memang nak mati ke?"

"Mati ditangan Allah. Aku tak takutlah dengan kau. Setakat jawatan remeh aje buat apa?" jawabku dengan Penuh sindiran.

"Eryna Sofea!! Datang lambat ye.. Memang betul lah kamu pakai cermin mata hitam" tegur cikgu Adibah.

Aku tersenyum.

"Ah. Rayyan.. Please don't write her name.. She is a new student.. And please don't ask about her sunglasses. Ok?" soal cikgu Adibah.

Oo.. Nama mamat tuu Rayyan..

Dia mengangguk terpaksa.

"Eryna. Follow me."

Cikgu Adibah mula melangkah pergi.
Aku toleh kebelakang dan menjelir lidah kepada mamat bernama Rayyan.

"Kau.."

Aku mengangkat sedikit kaca mata hitam untuk melihat emosinya.

Matanya berwarna merah! Betul sangkaan aku!

Aku terus lari sebelum dia bertukar menjadi raksasa yang tamakkan kuasa.

'Eryna Sofea ye...' kata hati Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience