"Eryna... Bagus.. Kamu semakin dapat memperbaiki not not yang kamu tak mahir." puji Miss Rita
Aku hanya tersenyum kecil.
"Emm.. Miss... Competition ini bertempat dekat mana?" soalku
"Dekat sekolah ini la.." jawab miss Rita.
Bulat mata aku.
"Sekolah ini?"
Miss Rita mengangguk.
Adoii.. Parah... Parah... Mesti satu sekolah akan datang tengok. Kalau kalah, malu wei! Tak pasal pasal kena kecam!!
"Kalau baju yang nak pakai pula?" soal aku.
Yelah. Lagu punyalah sedap. Entah Entah pakai baju kurung aje..
"Jangan risau. Pasal baju, miss dah sediakan dah. Kamu akan pakai kostum angel" terang miss Rita.
Kostum angel??
"Tak rasa...err.. melampau ke, miss?"
Miss Rita ketawa kecil.
"Jangan risau,.. Tak melampau pun.. Kamu kena pakai sayap warna krim biru yang kecil . Baju pula warna putih labuh."
Aku mengangguk seperti burung belatuk.
"Pasal mata saya kan, miss.. Tak boleh pakai apa apa ke nak cover?"
Yelah. Juri duduk dibarisan hadapan. Mesti lah diorang dapat lihat aku punya perubahan warna.
"Yang itu.. Miss dah tempah goggle kaca. Bukan yang berenang tau.. Goggle ni trend. Warna biru."
Biru? Kenapa biru? Mungkin sebab lagu ni yang macam kisah aku buat mata aku jadi warna biru kott.
"Ada apa apa soalan? Kalau tidak mari kita sambung berlatih lagi."
Aku menggelengkan kepala. Hujan turun dengan agak lebat. Melodi irama pianoku seirama seiringan dengan bunyi hujan yang tenang.
*******
"Iris!! Nak rehat sekali?" soal Faris.
"Aku on aje.." jawabku.
"So, jom!!"
Kami menuju kekantin. Kelihatan ramai orang sudah duduk ditempat duduk. Tiada langsung tempat kosong.
"Salah kau la ni!!" Aku acah acah marah.
"Eikk? Asal pula? Kau yang lambat, kita pula"
Aku hanya tersenyum.
"Jom, aku bawa kau makan tempat special.." ajak Faris.
"Tempat special mana pula?" soalku seraya mengangkat sebelah kening.
"Kau ni banyak tanya laa.. Ikut aje"
"Yelah.. Yelah.." akur aku. Yelah. Malas nak bertekak.
Lupa nak bagitahu. Hubungan aku dengan Faris makin baik. Bukan maksud kami move to another relationship. Just.. Dari seorang sepupu ke kawan.
Aku selama ini tidak menganggap Faris kawan aku. Pelik bukan? Tapi kenyataan.
Aku mengikuti Faris dari belakang. Hari ini, Farah tidak hadir kesekolah. Yana pula pergi berlatih tarian sebab dia perlu masuk pertandingan tarian tradisional. Bertempat di? Tak tahu. Tanya lah Yana.
Fiera pula kena 'bertapa' di PSS. Pusat sumber sekolah. Al maklumlah, dia kan pengawas PSS. Kenalah menghadap buku.
So, dia tak dapat rehat. Sadis bukan?
"Cantik kan?" soal Faris seraya mendongak ke langit.
Aku turut sama mendongak. Kelihatan pelangi yang sungguh nian indah. Dengan terdiri dari 7 warna itu sangat cantik. Hebat sungguh ciptaan Allah..
Aku mengangguk sebagai jawapan.
"Asal kau bawa aku pergi rooftop ni?" soalku kehairanan.
"Saja" balas Faris selamba.
"Saja?? Kau tahu tak perut aku tengah nyanyi lagu rock ni!! Baik aku pergi kantin!" marahku. Mana tak marah? Punya lah penat jalan naik tangga 4 tingkat... Pergi rooftop sebab alasan lembap Faris 'Saja'??!!!
Faris ketawa kecil.
"Apa yang lawak sangat??!!"
"Kau ini kelakar la.."
Dupp Dapp!! Jantungku berdegup kencang. Kelakar? Adakah itu satu pujian?
"Itu satu pujian tau.." ujar Faris.
Eikk?? Dia dengar ke apa aku soal dalam hati.
"Kau pertandingan bila?" soal Faris sambil menghirup udara segar.
Aku juga berbuat demikian. Mengangumi keindahan ciptaan Allah.
"Lusa" balasku ringkas.
Angin sepoi sepoi bahasa menyejukkan muka aku. Rambutku mula berterbangan dek kerana angin yang sejuk.
"So, good luck ye"
Aku tersenyum kecil.
"Thanks.."
"Tak sabar nak dengar kau main piano. Lama gila kau tak main. Sejak kita balik kampung" ujar Faris.
Whatt?? Dia ingat??!! Impressive.. Aku sendiri tak ingat.
"Kau tak ingat kan?" soal Faris sambil merenung mataku yang berlapit dek kerana kaca mata.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal lalu mengangguk kecil.
"Aku tak marah pun.. Lama juga Benda tu berlaku. Tak mustahil kalau kau tak ingat" balas Faris tenang.
"Macam mana kau boleh ingat ye?" soalku ingin tahu.
"Err.. Err... Dah ingatan aku kuat!! Nak buat macam mana?" jawab Faris gagap.
"Ye ke? Muka cam tak boleh caya aje.." ujarku sambil membelek belek muka Faris. Jari telunjuk diletak dipipi acah acah berfikir.
Faris ketawa kecil. Mungkin geli hati.
"Kau ni memang menyeronokkan la..Puas aku... Jom lah gi rehat. Tadi nal sangat" ajak Faris.
"Err... Ya!" sahutku.
Aku melangkah pergi bersama Faris. Hatiku agak terkesan dengan ayat Faris 'Kau ni memang menyeronokkan la.. Puas aku!'
Ayat itu membawa beribu makna tersirat.
Dalam erti kata lain, aku tidak boleh percayakan Faris 100%.
Jadi...dengan siapa harusku percaya?
Allah... Aku harus percayakan Allah. Dia sentiasa berada disisiku. Walaupun auratku tidak sempurna dan sesuci gadis lain, tapi aku masih solat 5 waktu.
Kadang aku solat Tahajjud dan Hajat untuk meminta pertolongan dari Yang ESA. Untuk mengetahui tentang aku..
Walaupun banyak kita berdoa, doa mesti lah disusuli dengan usaha. Itulah yang apaku cuba lakukan sekarang.
"Gambar apa ni?" soalku sendiri sambil mengambil gambar yang terletak di locker.
Masa balik sudah habis.
Kelihatan gambar seorang bayi yang comel. Dan ada kesan renyok dan terkoyak seolah olah ada bahagian lain.
Aku melihat ada bunga Iris dan sampul biru. Memang dari madam X.
Hint 5: Gambar
Madam X
Itu aje??!! Itu aje hint??!! Geramnya!!!
Aku menutup pintu locker dengan kuat kerana bengang.
Aku berjalan pergi ke pagar dengan fikiran yang bercampur. Marah, resah, gelisah dan gementar juga ada.
Sesekali aku menjeling sekilas kearah gambar yang di pegang.
Kejap!! Macam pernah nampak aje gambar itu! Tapi dekat mana eh?
Aku berfikir sejenak. Hon dari sebuah kereta mematikan lamunan aku.
Pak Daud!! Aku lari masuk kedalam perut kereta untuk pulang.
Share this novel