37

Romance Series 37698

Bab 37 - Wedding

"Aku terima nikahnya Iris Qairina Binti Farouk Ibrahim dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai" ucap Rayyan yang sedang berjabat tangan dengan tok kadi.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah.."

Hanya sekali lafaz, Iris Qairina menjadi isteri yang sah kepada Ezzul Rayyan.

Ketika pembatalan air sembayang, jurukamera memaksa aku dan Rayyan buat pelbagai pose. Kiss lah. Peluk lah. Pegang tangan lah.

Rimas aku!

Tak lupa juga dengan usikan dari best friends dan abang Qayyum.

"Bro, kau buat baik baik tau waktu malam pertama Satgi.." pesan Aish.

Mukaku merona merah.

"Of course. Tengok kakilah.." Yang lelaki ni pun satu! Ikut aje apa yang Aish kata!

Iris, lelaki itu sekarang sudah menjadi Encik Suami kau tahu..

Ucapan tahniah daripada pelajar pelajar sekolah dulu kami terima.

"Jangan berkasar tau. Iris ini innocent kalau bab first night.." seloroh Yana.

Aku macam nak campak aje Yana dekat Death Sea.

"Ha'ah. Itu aku sokong kau" sokong Farah.

Diorang perli aku dan Encik Suami, tetapi yang malunya aku!

"Guys. Jangan buat Puan Rayyan malu.. Muka Puan Rayyan dah macam udang bakar" usik Fiera.

Haishh.. Ini baru aje akad nikah. Belum lagi dengan pelamin. Kalau aku naik pelamin, lagi teruk diorang akan usik.

Tetapi aku pelik. Rayyan ini tak dek ke button malu dalam saraf otak dia?

Selamba aje! Yelah. Dia kan Mr. Ketua Pengawas kerek tahu! I mean ex Mr. Ketua Pengawas.

Usai habis majlis, aku dan Rayyan meminta diri untuk berehat.

"Iris? Apa kata kamu mandi dulu. Rehatkan badan dulu ya?" ujar Puan Maisara, umi Rayyan.

"Baik, umi.."

Puan Maisara baik tahu! Rayyan satu satunya anak dia. Dialah yang menjaga abang Qayyum. Dialah isteri Rizman. Aku bersyukur sangat dapat ibu mertua yang baik macam Puan Maisara.

3 bulan selepas Rayyan propose aku, kami langsungkan akad nikah.

Aku merebahkan badan diatas katil yang empuk.

Ah! Penat!

Pintu bilik dikuak.

Oh, Mr Suami rupanya..

"Penat?" soal Rayyan.

Aku mengangguk.

Rayyan duduk sekali diatas katil.

Encik Jantung jangan katalah. Bergerak laju!

"Sayang..." Gosh! Meleret gila suara Rayyan. Anyway... Sayang??

Aku toleh kearahnya.

"Jom"

"Jom pergi mana?" soalku.

"Jom buat perkara yang suami isteri kena buat.." ujar Rayyan menggoda.

Mukaku merona merah.

Rayyan mendekati aku. Aku menolak dadanya.

"Pergi lah mandi dulu!" balasku.

Terus Rayyan mencempung aku.

"Apa ni? Turun lah!!" Aku meronta ronta minta dilepaskan. Tetapi kudrat wanita mana setanding dengan kudrat lelaki.

"Jom mandi sekali"

Bulat mata aku.

Rayyan tersenyum nakal lalu kami lesap didalam bilik air.


????
Hari ini adalah hari penantian. Hari aku naik pelamin.

Nervous gila!

"Sayang, are you alright?" soal Rayyan prihatin.

Yelah. Dah muka aku pucat gila. Peluh tak berhenti turun. Habis make up aku.

Siapa tukang make up aku? It's Yana of course. Aku geram betul lah dengan minah itu. Dia conteng arang dekat muka aku!

"No. I'm not" jawabku.

Rayyan mengenggam tanganku erat. Rasa nervous berkurangan.

"Thank you, abang.." ucapku ikhlas.

Dia tersenyum kearah aku.

"Are you ready, sayang?" soal Rayyan.

Aku mengangguk sambil tersenyum.

Paluan kompang kedengaran. Kami masuk kedalam dewan dengan gayanya.

Rasa macam nak cungkil aje mata tetamu. Ashik pandang aje! Tak kan nak pandang tiang, Iris oi?

Pengapit aku mestilah Fiera! Abang Qayyum pula pengapit Rayyan.

Yana hanya memerhati dari jarak jauh. Dia melihat insan yang berada diatas pelamin bergelak ketawa.

'Aku sorang aje yang single..' Dia menghembus keluhan berat. Air minuman diteguk.

"Excuse me.. Are you Dayana Misha?" soal satu suara garau.

Yana toleh.

"Yes." jawabnya sambil tersenyum manis.

Lelaki misteri itu terus duduk tanpa disuruh.

"Kawan Iris?" soalnya lagi.

Yana hanya mengangguk.

"Who are you?" soal Yana.

"My name is Haris Ikhwan. Kawan Rayyan" tutur Haris.

Oh, patutlah muka hensem!

"So are you alone?" soal Haris.

"No, I'm with my friends. But they all gone with their boyfriend" Ada nada kecewa dalam pertuturan Yana.

"Then let's become friends" ujar Haris seraya menghulurkan tangan untuk berjabat.

Yana tersenyum lebar.

"Sure, Haris." Yana menyambut huluran tangan tersebut.

Percaturan Allah itu indah bukan? Segalanya terletak pada Allah. Jodoh itu kuasa Allah. Kalau kita bersabar, Insha Allah jodoh kita akan hadir. Cuma yang berbeza masa ia akan hadir.

Beginilah kisah hidup Iris Qairina. Bunga Iris yang layu dapat mekar semula. Tapi sampai bila?

P/S: Sila nantikan bab 38 ya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience