Bab 38 - Sweet Night
"Abang! Mana abang nak bawa sayang pergi ini?!" soalku dalam nada yang sedikit tinggi.
Mana tak nya? Dia menutup mataku dengan kain warna hitam. Gelap! Tak nampak!
"Sabar ye, sayang ..." balas Rayyan perlahan.
Sabar apa? Hempuk kang dengan handbag ni! Eh, Iris.. Kau tak boleh cakap macam itu, Iris dengan Rayyan. Dia kan suami kau.
Aku cepat cepat beristighfar.
Syaitan ni kan! Sehari tak hasut anak Adam memang tak boleh!
Tetapi Rayyan ini kan dah kenapa suruh aku pakai cantik cantik. Make up lawa lawa. Then tutup mata aku. Tak ke pelik?
Huaargghh! Ingatan aku teringat kepada semua game Roseville! Seram banget sih! Tak sanggup aku untuk ingat semula!
"Abang nak bawa sayang pergi Siam ke? Abang jangan macam macam.." Aku memberi amaran keras. Nak aje aku ugut suami aku. Tetapi terbayangkan betapa aku teramat sayangkan Rayyan, aku tidak jadi. Bukankah syurga itu di bawah tapak kaki suami?
Siap suruh bawa luggage. Pack baju. Nak pergi mana ni? Huaargghh!
"Kita nak sampai dah." ujar Rayyan perlahan.
Tetapi, aku ini jenis orang yang tidak pernah kenal erti sabar! Itulah aku!
Aku mendepakan tangan aku supaya aku dapat tahu apa yang berada disekeliling aku. Emmm... Tak rasa apa apa pun. Tetapi tangan kananku berlaga dengan satu benda.
Hidung mancung, bibir, dagu yang tiada jambang. Ah, itu Rayyan!
"Ouch!" Aku menjerit kecil apabila Rayyan menggigit kecil jari telunjuk aku.
"Apa ni? Sakitlah.. " marahku. Nada suara masihku kawal. Suka hati aje gigit jari aku. Apa dia ingat dia vampire? Oh, suamiku Mr. Vampire!
"Sakit ke? Sorry ye.." ujar Rayyan lalu mengusap jari telunjuk aku.
Mestilah sakit! Nasib baik mata aku tertutup, kalau tak dah lama aku cabut lari!
Aku memalingkan wajah dari menghadapnya.
Kita ini sebagai kaum Hawa, kena lah merajuk sikit. Aku nak juga tengok bagaimana Rayyan nak pujuk aku. Aku ini kan Princess Ice. Princess Ice? Sejak bila kau cipta nickname kau, Iris? Bukan kah monster, alien, witch? Ah, kisah silam harus dilupakan!
Rayyan terus mengambil tangan kananku lalu dibawanya kebibirnya. Dia mengucup jari telunjukku dengan penuh kasih.
Aku terpana. He kiss my finger? Ya. Aku dapat merasakan jari telunjukku mengenai kucupan kasihnya.
Aku cuba mengawal riak wajah. Aku hanya memasamkan muka yang sedia masam.
Rayyan mengucup tangan kananku pula.
Aku melaksanakan lakonanku. Membuat reaksi masam tanda masih marah.
Rayyan tersengih nakal.
Tiba tiba dapatku rasakan bibir lembutnya terkena bibir basahku. Bibir kami bertaut. Lama.
Aku kaget dengan tindakan drastiknya itu.
Tetapi, aku hanya membiarkan sahaja. Aku terbuai didalam hangatan ciumannya.
Pautan dilepaskan.
"Looks like you really enjoy and love my kiss. I know I am a good damn kisser" bisik Rayyan romantis di telingaku yang berbalut dengan shawl.
Terus wajahku berubah menjadi tomato dek kerana menahan malu yang amat.
Allah! Malunya!
Rayyan tersenyum nakal melihat mukaku yang serupa udang bakar.
"Sayang, dah sampai.." ujar Rayyan.
Rayyan memaut tanganku lembut untuk memimpinku.
Dia membuka kain hitam. Aku membuka kelopak mata.
Kelihatan rumah banglo yang tersegam indah berdiri dihadapan aku.
Terlopong mulut aku. Lagi besar dari rumah Faydl!
" Ini rumah siapa, abang?" soalku polos.
Sumpah. Memang aku tak tahu ini rumah siapa. Kami melawat rumah Siapa ni?
Aku berteka teki didalam hati.
"Sayang rasa?" soal Rayyan sambil tersenyum nakal.
Aku mengetap bibir. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Nampaknya Rayyan tengah main tarik tali ni!
" Ah! Abang ini! Mana sayang tahu!" balasku.
"Rumah orang" jawab Rayyan.
Ouch.. Patah seribu... Hatiku... Baru teringat ingin mempersuamikan rumah banglo ini. Tetapi sayangnya.. Sudah menjadi suami orang. Punah harapanku. Ah, apa yang kau melalut ni, Iris?
"Hehe.. Ini rumah kita la, sayang" jawab Rayyan apabila melihat perubahan raut wajah sang isteri.
Terbeliak mata violet ku. Rumah kita? Aku tersilap dengar ke? Tahi telinga aku penuh ke dalam telinga itu.. Eh, tetapi baru semalam aku korek tahi telinga. Tak kan ada lagi?
"Rumah kita?" soalku inginkan kepastian.
"Rumah kita lah. Tak kan rumah hantu pula.." Rayyan mencubit perlahan pipiku.
Aku menjerit keseronokan didalam hati.
"Mesti mahal kan? Abang kerja apa eh?" soalku. Mana tahu kalau Rayyan pergi hutang dengan along ke semata mata untuk beli rumah ini untuk aku. Ya untuk aku. Hehe..
Tetapi rasa tak berguna la sebab isteri sendiri tak tahu apa kerja sang suami. Bukan apa. Rayyan tak nak bagitahu!
"Abang kerja apa? Cuba teka?" Rayyan mengangkat sebelah keningnya nakal.
Isshh.. Dari tadi ashik main tarik tali. Tak penat ke encik suamiku ini?
"Abang! Cepat lah jawab!" rengekku.
"Tak nak!"
Geramnya aku!
Aku membuat muka sedih.
"Yelah.. Sayang tahu lah siapa sayang dalam hidup abang.." ujarku mendatar. Sengaja aku merajuk. Buat buat sedih.
Rayyan terus memaut pinggang rampingku.
"Alolo.. Jangan merajuk. Abang kerja dekat syarikat arwah ayah la.."
Terus senyap aku. Arwah uncle Rizman? Ah, rasa bersalah pula sebab tanya!
"Abang.. I'm sorry.." Belum sempat aku ingin berkata selanjutnya, Rayyan meletakkan jari telunjuknya dibibir mulusku.
"Shhuu.. Sokay.. I'm fine. Come on. Jom masuk rumah.." ajak Rayyan.
Aku menggangguk kecil.
Kami mengangkat luggage. Lebih tepat lagi, Rayyan yang bawa.
"Sayang, let me carry this. Berat tahu.."
"Sayang, meh abang angkat beg ni.."
"Sayang, jangan tolong angkat."
Terasa dilayan seperti permaisuri pula. Hehe...
????
Aku melipat pakaian aku dan Rayyan. Memang banyak.
Lalu aku masukkan kedalam almari dan rak.
Master bedroom ini sungguh cantik, luas, mewah dan romantik.
Katil king pun empuk aje. Bunga rose yang dihiasi berbentuk love memang romantik habis. So sweet!
Aku menggapai tuala untuk mandi. Pakaian aku ambil masuk kedalam tandas.
Usai mandi, aku berfikir dahulu sebelum keluar dari tandas.
Aku melihat pakaian yang dipegangku. Lingerie! Gosh..
Seksi gila.. Seksa aku tengok. Alamak! Aku yang kena pakai!
Aku dapat lingerie ini pun dari kawan. Cuba teka siapa yang bagi?
Ah. Kalau aku tak suruh kau teka pun kau tahulah.. Siapa aje yang nak bagi benda yang memalukan dekat aku?
Yana lah!
Macam nak sekeh aje kepala dia.
Aku merenung lingerie yang dipakaiku. Aku menelan air liur.
Lingerie satin yang berwarna merah. Reben dan renda yang dihiasi. Jujur aku katakan, memang la cantik tetapi terseksa pula sebab aku yang pakai!
Dadaku terdedah sedikit. Lingerie ini pun sampai betis aje. Ah, rasa macam bogel aje!
Tidak, Iris! Kau kena kuat!
Rayyan tak pernah tahu sentuh aku. Setakat kiss pernah la. Kalau secara 'real' tak pernah.
Rasa bersalah menyebelungi diri. Waktu Rayyan mencempung aku masuk kedalam tandas, aku cepat cepat lari.
Rayyan merajuk juga la selama seminggu! Gila kau! Aku juga lah yang jadi tuan pujuk... Tetapi I'm not ready!
Aku melafaz bismillah lalu keluar dari tandas. Aku melihat Rayyan yang sedang enak dibuai mimpi.
Line clear! Boleh aku make up sikit!
Aku duduk di hadapan cermin dengan penuh berhati hati. Takut Rayyan terjaga..
Macam perisik pula.
Aku terus baring diatas lantai yang berlapit karpet apabila Rayyan mengeliat kecil. Dah macam ular sawa pula.
Aku memandangnya. Dia terus menyambung tidurnya.
Aku menghela nafas lega.
Rayyan sekali lagi bergerak.
Automatik aku sekali lagi baring diatas karpet. Kalau aku baring, Rayyan tak nampak aku. Serupa suster ngesot!
Aku mengintai. Dia menyambung tidurnya.
Aku duduk dihadapan cermin dengan langkah macam banduan yang terlepas dari penjara.
Huhuhu.... Aku buat salah ke? Salah kau sebab tak layan suami!
Aku menempek nempek bedak dimukaku. Gincu warna pink cerah aku tempek dibibirku.
Kata Farah, warna gincu ini sesuai dengan warna kulitku yang putih. Ye ke?
Selepas berpuas hati dengan penampilan, aku tenung diriku didepan cermin. Serupa serah diri aje...
Aku pergi kearah Rayyan yang sedang tidur.
Alahai.. Kiutnya dia tidur!
Aku memegang pipinya lembut.
Automatik dia terus terjaga.
Terbeliak mata Rayyan apabila melihat aku. Matanya terancap pada lingerie merah menawan yang aku pakai.
Aku menahan gugup yang amat apabila mata nakalnya tidak kalih dari merenung dadaku yang sedikit terdedah.
"Abang....." panggilku. Suara dibiarkan meleret sedikit. Baru dapat menaikkan nafsu lelaki encik suami walaupun mungkin nafsu Rayyan sedang bergelora.
Tanpa menjawab panggilanku, Rayyan terus menarik tanganku sehingga aku jatuh diatas badan sasanya.
Aku dapat merasa hembusan nafas Rayyan. Jantungku berdegup kencang.
"Sayang, are you seducing me?" soal Rayyan. Ah, suara garaunya sungguh seksi!
"If I say yes?" Suara aku pastikan meleret hanisy...
Aku mendekatkan wajahku ke Wajahnya. Sedikit lagi hidung kami hampir berlaga.
"Are you sure, darling?" soal Rayyan.
Aku mengangguk laju. No turning back!
Rayyan melafaz bismillah lalu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Pada malam itu, aku dan Rayyan sudah sah menjadi suami isteri. Ditemani drngan bintang yang berkelipan. Malam yang bahagia itu tidak dapat aku lupakan.
P/S: Anggaran untuk ending adalah bab 40 keatas. Terpaksa dinaikkan sebab author nak buat sweet moment antara Iris dan Rayyan. Please wait for ending!
Share this novel