"Eryna Sofea Binti Tan Sri Ibrahim"
"Ya saya."
Pengetua yang berumur separuh abad itu merenung aku. Seram sejuk pula rasa.
"Mata kamu.."
Aah sudah... Pasti nak tanya pasal mata aku.. Ni yang aku tak suka.. Sibuk aje..
"Boleh kamu buka tak?"
"Maaf ye.. Saya tak boleh sewenang wenangnya membuka kaca mata hitam didepan orang." ujarku sopan.
Aku tidak percaya manusia termasuklah orang yang berpangkat tinggi.
"Saya cuma nak pastikan apa yang Tan Sri cakap itu benar.."
Isshh.. Pengetua ni kang aku sepak 'bird' baru tahu.
"Apa yang ayah saya cakap adalah BENAR. Diulangi adalah BENAR"ujarku agak keras.
Asal aku tiru stail mamat tu plak?
" So prove it "arah Pengetua lelaki itu sambil berpeluk tubuh.
Aku mendengus perlahan.
Aku membuka kaca mata hitam.
Jelas terpampang anak mata aku berubah dari warna ungu kepada warna merah.
Aku menyarungnya kembali.
" Merah? Marah ke? "soal pengetua.
" Taklah. Suka. "bohong aku.
Pengetua itu mengangguk.
" Suruh cikgu Adibah tunjukkan kelas 5 Antlantik. "
Aku mengangguk laju lalu beredar.
"Cikgu...Tuan suruh saya masuk kelas 5 Antlantik."
"Baiklah. Mari saya hantar."
Aku mengikuti cikgu Adibah dari belakang.
"Eryna... Kalau diorang buli kamu ke kamu report aje dekat cikgu.. Cikgu ni cikgu disiplin tau"
Aku mengangguk seperti burung belatuk.
Kelas 5 Antlantik sungguh bising mengalahkan pasar raya jalan P. Ramlee.
Apabila cikgu Adibah memasuki kelas, serta merta kelas menjadi senyap seperti pijak semut tak mati. Kentut tak berbunyi.
Hanya bunyi kipas aje yang kedengaran.
"Apa yang bising bising tu? Daripada tangga saya dengar!! Bising itu satu dunia boleh dengar!! Nak kata monitor tak dek ada je.. Assistant monitor pun ada. Pengawas? Ramai!! Tapi bising mengalahkan tadika!!" marah cikgu Adibah.
Tuu laa.. Siapa suruh bising. Kang dah kena..
" Ok class.. Kita ada new student. Perkenalkan diri. "
Semua pelajar memandang aku pelik. Mesti sebab aku pakai spek mata hitam.
" My name is Eryna Sofea Binti Ibrahim. I'm from Alice Smith Garden. Nice to meet you." ujar aku. Sengaja aku tak meletak nama 'Tan Sri'. Saja nak tengok kejujuran diorang.
" Eh. Alice Smith Garden bukan sekolah elit dekat Sri Bayu Tiara ke?" bisik pelajar
" Sekolah tuu pandai.. "
" Kenapa dia pakai spek? "
" Model ke? "
Bisikan mereka sama seperti bisikan syaitan!! Aahh... Bencinya.
"Sudah!!Eryna you may sit beside Syafiera."
Aku mengangguk lalu pergi ke arah meja.
"Nama aku Syafiera. Panggil Fiera aje.."
Sopan aje dia perkenalkan diri.
"Aku Dayana. Panggilan manja? Yana."
Perempuan yang duduk dibelakang aku turut perkenalkan diri.
"Aku Farah. Sorry...Tak dek panggilan manja"
Perempuan dibelakang Fiera juga turut perkenalkan diri.
"So welcome to the club!!" ujar Yana ceria sahaja.
Aku tersenyum. Tapi aku tidak boleh percayakan mereka sepenuhnya.
Tiba tiba seorang pelajar lelaki masuk kekelas.
"Hah. Rayyan asal lambat?" soal cikgu Adibah.
"Cikgu.. Tadi lepas jaga pagar saya pergi tolong cikgu Rozita jaga kelas. Tuu yang lambat" terang Rayyan.
"Tuu.. Kita ada pelajar baru. Nama, Eryna Sofea Binti Ibrahim. From Alice Smith Garden." ujar cikgu sambil menunjukkan kearah aku.
Dia memandang aku dengan penuh makna tersirat. Nak aje aku buka sikit spek mata nak tahu perasaan dia tapi takut kantoi.
Rayyan pun pergi kearah aku lalu duduk disebelah aku.
Oh. Dia duduk disebelah aku.
Fiera membisik ditelinga aku.
" Untunglah kau dapat duduk sebelah pelajar top." bisiknya.
"Ada aku heran?"soalku kasar yang dapat didengari oleh Rayyan.
Cikgu Adibah pun beredar.
Tiba tiba meja aku dikerumuni dengan manusia.
" Asal? Blah boleh tak? "kata aku kasar.
" Asal kau pakai spek? "soal pelajar perempuan.
" Suka hati mak bapak aku lah nak pakai spek ke sari ke kain kapan ke.. Spek ni kau punya ke? "sindir aku.
Seluruh kelas ketawa seperti beruk meroyan.
Dia mengetap gigi.
" Hello. Hanya Maya sahaja yang paling cantik kat kelas ni. So kau tak payah bajet diva. Kau ni anak kampung aje. Maya ni anak dato tau"ujar kawan sebelah pelajar perempuan tadi.
Nama dia Maya.. Kisah pula aku dia ni anak dato ke.. Aku ni anak Tan Srilah.
"Kisah pula aku kau ni anak dato ke anak nenek ke anak bangla ke anak raja Brunei ke anak tenuk ke anak haram ke anak ayam ke.. . Sebelum aku tukarkan kau jadi ayam betina, baik kau jangan ganggu aku" sindir aku.
Sindiran aku seperti cili tambah asam pedas tambah cabai. Pedas sungguh!!
Kelas kami mula ketawa.
"Kau..."
Maya terus mengambil kaca mata hitam milik aku. Terkejut beruk aku.
Aku terus menutup mata aku.
"Bagilah balik!!!" marah aku.
"Kau ingat mata kau lawa sangat ke? Please la.." sinis Maya.
Ayam betina ni la..
Aku terus menendang perut Maya dengan teknik flying kick.
Maya terjatuh dilantai. Pelajar-pelajar mula bising.
Aku terus mengambil kaca mata hitam lalu aku menyarungnya.
" Kau!! "
Fiera, Yana dan Farah cuba menenangkan aku.
Aku ada je spek hitam lebih tapi aku buat ni sebagai peringatan kepada semua orang. Jangan ambil kaca mata hitam aku.
"Aku nak kau ikut aku pi bilik disiplin sekarang juga. Maya, kau pun!! " arah Rayyan.
Heran pula aku.
"Now!!"
"Whatever."
Aku bangun lalu mengikuti Rayyan.
"Perbuatan kau melanggar peraturan sekolah" katanya.
"Kisah pula aku. Aku ni bukan budak nerd. Clishe sangat. Apa punya peraturanlah." ujar aku selamba.
"Kau buat ni macam kau tak pernah pi sekolah aje."
Ya. Aku memang tak pi sekolah.
"Rayyan, ni perempuan tak guna ni yang buat I" kata Maya sambil memeluk lengan Rayyan
Gedik betul minah ayam ni.
"Lepas boleh tak?" marah Rayyan lalu melepaskan pelukan.
"Kalau nak berasmara pun tunggu habis sekolah la" ujar aku.
"Kau kata apa?" soal Rayyan.
"Yang kau ni sibuk sangat apasal minah kampung!! Jealous ke??" soal Maya.
"Apa kejadah pula aku nak jeles?"
"Asal kau pakai spek? Kau ingat kau cantik ke? Aku lagi cantik Daripada kaulah!!"
"Kau tergugat ke dengan kehadiran aku?"
"No!!! It's just too lapuk"
"Dah sampai bilik disiplin pun nak bergaduh. Dah!! Masuk!" arah Rayyan.
Rayyan membuka pintu.
"Ya, Rayyan?" soal cikgu Aidil.
"Saya nak report ada budak gaduh."
"Ni sekolah bukan tempat gaduh!! Siapa yang gaduh??" marah cikgu Aidil.
"Ni."
"Cikgu, perempuan ni yang tendang saya dulu"ngadu Maya.
" Betul ke, Eryna? "
" Ya. "jawabku selamba.
Terbeliak mata Rayyan mendengar pengakuan aku.
" Maya ambil kaca mata hitam Eryna ke? "soal cikgu Aidil.
" Ya"jawab Rayyan.
"Maya! Kamu dah kenapa ambil kaca mata hitam Eryna??!!" marah cikgu Aidil.
Maya dan Rayyan Terkejut melihat cikgu marah pada Maya.
"Tapi dia tendang saya!!"
"Kamu tahu tak mata Eryna..."
"Mata saya ni sensitive pada cahaya.. Betul, cikgu?" sambungku gagap.
Nasib tak kantoi.
Cikgu ni pun.
"Y.. Ya.."
"Alaa... Sensitif je pun!!" rungut Maya tak puas hati.
"Maya, cikgu nak kamu jalan itik keliling blok A, B dan D. Keputusan cikgu adalah muktmat!!" marah cikgu lalu masuk kebiliknya.
"Kau..."
"Apa aku?"
"Jangan gaduh boleh tak?"
"Rayyan... Tengok minah ni..."
Menyampah gila aku tengok. Geli geleman aku.
Aku terus beredar.
Baru first day school dah hampir kantoi.
Kriingg..
Waktu rehat dah tiba.
"Ryn... Nak join kami rehat sekali?" pelawa Yana.
"Joinlah kami"
"Tak pe.. Aku tak lapar pun" tolakku sopan.
"Ye ke?" soal Farah.
"Tak pelah kalau macam itu.." kata Yana
"Kami pi kantin dulu tau?" ujar Fiera lalu meninggalkan kelas.
Kelas 5 Antlantik tiada orang kecuali aku. Kelas ini berada ditingkat atas sekali.
Aku menundukkan wajah kemeja lalu air mata mula bergelinang.
Aku nak join diorang...
Tiba tiba seseorang duduk disebelah aku.
"Asal kau menangis?" soal suara garau.
Aku kenal sang pemilik suara. Faris!! Lama aku tak berjumpa dengan dia tapi still boleh kenal.
Aku pandang matanya.
"Tak payah sibuk boleh tak?"
"Dah papa kau suruh aku jaga kau.."
"Tapi aku tak suruh. So don't waste your energy just to look after me."
"Asal nangis?" soalan yang sama terkeluar dari mulutnya.
"Aku tak nangislah!!" nafi aku.
Dia merampas kaca mata hitam aku.
Mata aku menjadi biru.
"Jangan tipu. I saw it right into your eye!" kata Faris dengan tegas.
Aku mengalihkan pandangan.
"Kau nak percayakan manusia dan persahabatan tapi kau takut hati kau terluka. Adakah itu yang kau rasa?" soal Faris.
Bulat mata aku. Macam mana dia tahu?
"Aku tak kata kau kena percayakan sebanyak 100%. Kau test lah seseorang tu.. Lepas itu kau check sikit dengan mata kau.Ok? ."ujarnya lalu memulangkan kaca mata.
Aku mengambilnya sambil mengangguk.
" Nah tisu. Dah lah muka kau hodoh tambah lagi dengan kau menangis jadi double hodoh la.. "gurau Faris.
Mata aku berubah menjadi merah.
" Chill.. I'm just kidding"katanya sambil mengangkat kedua dua belah tangan tanda surrender.
Aku dan Faris ketawa.
Mata aku berubah menjadi kuning.
Share this novel