Sorry sebab lewat update. Author ada terlalu banyak assignment yang nak kena siapkan. Sangat banyak. Presentation, group discussion, project, experiment dan banyak lagi. So, author tengah kejar deadline. Tak menang tangan nak handle. Anyways I hope you enjoy my story!
Bab 34 - Revenge
"Abang Qayyum, ada ke dokumen dalam rumah ini?" soalku.
Kami sekarang berada didalam rumah lama arwah mama dan papa. Abang Qayyum yang bagitau.
"Ada. Abang rasa ada." jawab Aish.
Aku, Aish dan Rayyan sedang menyelongkar satu rumah sebab ingin mencari bukti pembunuhan mama, papa dan uncle Rizman.
"Iris, Aish.. Aku rasa aku dah jumpa.." ujar Rayyan yang sedang mencari di pejabat arwah papa.
"Mana mana?!" Kalut aku dan Aish pergi kearah Rayyan yang sedang duduk diatas kerusi lama itu.
"Ini" Rayyan menunjukkan pendrive yang tertulis 'Revenge'
"Pasang!" arah aku. Untung Aish membuat persediaan dengan membawa laptop.
Aish memberikan laptop kepada Rayyan. Rayyan mencucuk pendrive didalam komputer riba milik Aish.
Dan... Pendrive itu masih berfungsi.
Walaupun 10 tahun telah berlalu, barang barang lama masih boleh digunakan. Berkualiti tinggi sungguh bukan?
Rayyan menekan file 'Untuk Aish, Iris, Rayyan'.
Nama kami?
Terpapar segala bukti berkenaan dengan kematian arwah mama dan papa melalui video.
Mungkin ada orang telah merakam video itu. Segala tindakan dan cara arwah mama dan papa mati sangat serupa dengan apa yang aku mimpi
"Tak guna..." marah Aish apabila melihat video Faydl melepaskan das tembakan.
Bukan setakat itu sahaja, ada banyak bukti mengenai Faydl yang menggelapkan wang syarikat, menukar identiti mereka dan percubaan membunuh Roseville.
Persoalannya... Apa kaitan Roseville dengan arwah mama, papa dan uncle Rizman?
Aku melihat video pembunuhan uncle Rizman. Nampaknya bukan Faydl sahaja yang berdiri didepan Rizman. Faris si jantan keparat tak guna! Tetapi mengapa dia macam tidak membesar jika dia sekarang berumur 17 tahun?
"Aku rasa dah cukup bukti untuk kita masukkan keluarga tak guna tu dalam penjara." tuturku
"Ya." jawab mereka.
Mataku tertangkap pada sebuah diari lama yang berwarna merah di rak buku.
Aku mengambil lalu membukanya. Perrgghh!! Habuk! Debu!
Aku membuka helaian demi helaian.
"Abang! Come here!" arah aku.
Aish pergi kearah aku. Rayyan turut pergi kearah aku.
"Kenapa dik?" soal Aish berkerut melihat bola mataku warna biru. Mataku berkaca kaca. Tunggu masa untuk menitis dan hujan air mata akan turun bila bila masa sahaja.
Aish membaca diari itu. Rayyan turut sama membaca.
Kepada anakanda Aish Qayyum...
Sihatkah anakanda sekarang? Papa dan mama sentiasa mendoakan kamu supaya sihat sejahtera. Maafkan kami kerana gagal melindungi kamu dan Iris.. Saat kamu membaca diari ini, kamu pasti berumur 17 tahun sekarang. Betul tak? Papa dan mama harap kamu dapat menjaga diri kamu dengan baik. Kami pasti di sebelah kamu adalah Iris Qairina bukan? Baguslah.. Kamu dah jumpa dengan Iris. Kami berharap agar Aish dapat membalas dendam demi kami dan uncle Rizman. Walaupun kami sudah tiada, kami harap agar Aish tidak akan melupakan kami. Papa berharap agar Aish dapat mengambil alih syarikat yang semakin bankrupt. Kami yang sedang menghadap Illahi berharap supaya kamu dan Iris akan sentiasa bersama.
Bonda Saleha & Ayahanda Farouk
Mengalir air mata Aish tatkala membaca muka surat yang dituju oleh papa dan mama kepada dia.
Aish menyelak muka surat seterusnya.
Kepada anakanda Iris Qairina...
Adakah Iris sihat? Maafkan kami kerana kamu terpaksa tinggal bersama dengan keluarga Faydl selama 10 tahun. Jangka masa yang sangat lama. Maafkan kami kerana tidak dapat melindungi Iris dan Aish. Maafkan kami... Sudah tentu kamu tahu, kami sekarang berada didalam kubur. Kami menulis diari ini seolah olah kami tahu ajal kami sudah tiba. Iris.. Janganlah kamu berduka cita dengan 'penyakit' yang terpaksa kamu hadapi selama 10 tahun. Vaksin penyembuh mata kamu berada didalam lokar rumah kami. Anugerah ini semata mata untuk memberi tahu mengenai segala tipu muslihat keluarga Faydl. Akhir kata, kami yang sedang berada disana berdoa agar pembalasan dendam tercapai.
Bonda Saleha & Ayahanda Farouk
Air mata Aish menitis. Sungguh dia rindu akan kedua ibu bapa nya. Muka, kenangan dan suara Aish Qayyum ingat semuanya.
Kecuali aku. Air mata aku bergelinang. Kenapalah aku kemalangan? Rupa mama papa aku langsung tak ingat!
Tetapi.. Aku bertekad! Aku akan balas dendam!
Keadaan sungguh sunyi sepi. Air mata mengganti butir bicara.
Aku mengesat air mata.
"Mari kita humban diorang dalam penjara !"
????
No ones P. O. V
"Hahaha! Harta Farouk kita dah dapat!" ujar Faydl lalu ketawa jahat.
"Ya. Kita tak perlukan Iris itu.." Azmi tergelak kecil.
"Setelah 10 tahun kita tunggu.. Akhirnya dapat juga!" ujar Siti.
Siapa Siti? Dia lah 'mama' Iris.
"Selepas ini kita tinggalkan syarikat Farouk tak guna. Then, kita pergi France. Amacam?" cadang Azim.
"France? Kenapa tak California?" Faris seolah olah membantah.
"Dah dah. Tak payah nak gaduh! Dengan duit banyak yang kita ada, pergi satu dunia pun boleh." balas Faydl lalu ketawa jahat.
"Satu dunia? Kenapa tak pergi masuk ke dunia 'Barzakh'?" soal Iris tiba tiba muncul di rumah banglo yang pernah menjadi rumahnya.
Cara dia muncul memang suspens.
"Kau?!!" Mereka terkejut melihat seseorang yang sudah berminggu minggu hilang!
"Aku memang bodoh sebab tak perasan dari awal..." ujar Iris.
"Eryna! Kemana Ryn pergi? Penat mama dan papa cari Ryn tahu?" Siti sudah memulakan babak air mata.
"Kau pergi matilah" ujar Iris kasar. Sungguh dia jijik melihat drama tidak berbayar itu.
"Kau kan yang bunuh mama, papa dan uncle Rizman?" soal Iris.
"Kalau ya?" soal Faris semula.
Aku mengetap gigi.
"Kenapa aku tak perasan? Faris.. Kau dah berumur 32 tahun. Betul tak?" teka Iris.
"Aku tak tahu lah siapa yang bagitau.. Dan kau patut mati!" ujar Faydl lalu menghalakan pistol kearah Iris.
Iris diam kaku tidak berganjak. Sebaliknya dia mengukir senyuman sinis.
"Aduhai... Kau ingat aku akan serbu rumah ini tanpa pasukan?" Iris ketawa kecil.
Yang lain menelan air liur.
"Masuk!!" jerit Iris.
Pihak polis terus menyerbu rumah banglo. Tangan Faydl dan yang lain sedang digari.
"Tak guna kau, Iris!" jerit Faydl.
Iris tersenyum sinis.
"Bukan Iris aje.. Aku sekali" sambung Rayyan yang tiba tiba muncul disebelah Iris. Memang gempak betul!
"Rayyan.." ujar Faris yang tangannya digari.
"Eh, bukan aku je, Paris.. Abang Iris juga ada" Rayyan tersenyum sinis.
Terus mata mereka terbeliak.
"A.. Abang?"
"Yo!" Aish juga muncul.
Ini semua plan gila Aish. Katanya lebih menarik kalau mereka muncul satu persatu.
"Aish Qayyum.." ujar Faydl.
"Do you miss me?" soal Aish sinis.
"I will be back!!!!" jerit Faydl.
"Err... Bisingnya.. Polis, bawa diorang!" arah Rayyan.
Polis membawa mereka keluar dari rumah. Kedengaran suara mereka menjerit.
"This is what we called Revenge, Darling"
Share this novel