Bab 29 - Adventure In The Rose Forest
"Hah.... Huh.... Hah..." Aku tercungap cungap mengambil oksigen. Aku tak cukup oksigen!
Sudah 4 jam aku keluar dari hospital. Dan dekat 2 jam kami terperangkap didalam hutan!
Kami? Aku dan Rayyan lah. Tercari cari di mana rumah agam Rose.
Mesti kau pelik kan? Waktu aku lari dari birthday party itu macam mana aku boleh sampai ke rumah agam dengan cepat?
Sebab ada suara Rose ditelinga aku. Kebarangkalian, pasti dari subang silver itu.
"Kau okay tak ni?" soal Rayyan. Caring mungkin.
"Okay aje..." Aku membuat jari 'ok'
Aku cuma pelik dengan Rayyan. Kenapa dia nak juga pergi rumah agam waktu malam? Kenapa tak siang aje? Tak lah kami susah susah suluh lampu suluh dekat seluruh kawasan hutan.
Aku syak Rose bela saka lah. Berjam jam cari rumah agam tapi tetap tak jumpa.
"Ye ke? Jalan pun lembap macam siput sedut.." perli Rayyan.
Ai... Ada juga yang masuk hospital satgi.
Tiba tiba Rayyan menghulurkan tangannya kearah aku.
Aku terpinga pinga.
"Meh aku pimpin kau yang slow tu." ujar Rayyan.
Wow.. Walaupun kasar tapi sweet and caring. Ala ala bad boy gitu. Bad boy mende? Ketua pengawas kot.
Aku mengukir senyuman.
"Ya!" Rayyan memimpin tangan aku.
Dalam diam hatiku berbunga bunga. Tetapi cepat cepat aku buang.
Ingat, Iris. Semua manusia suka tipu. Tiada sesiapa pun yang layak menjadi pemilik hati Iris! Tak dek siapa pun...yang layak...
"Aku boleh jalan sendiri lah!" marahku dingin. Aku menepis tangannya.
Rayyan agak terkilan dengan tindakan spontan aku. Matanya juga berubah warna.
"So, ikut kiri ke kanan?" soalku. Tak betah untuk melihat mata hazelnutnya.
"Aku rasa kiri" jawab Rayyan.
"Tak. Aku rasa kita kena ikut kanan" balasku.
"Tak... Kiri!" Amboi, Rayyan nampaknya tidak mahu mengalah.
Aku mengetap gigi.
"Kanan!" Siapa kata aku nak mengalah?
"Kiri!!"
"Kanan!!"
"Kiri!"
"Mana ada! Kanan!"
"Bukan kanan lah, kiri!"
"Kita stuck dekat hutan sebab aku ikut kau lah!" bidasku lagi.
Terus Rayyan senyap. Memang betul. Sepanjang dua jam ni, aku ikut pilihan jalan dia.
"Apa kata kita guna waze aje?" cadang Rayyan.
Terlopong mulut aku. Iya tak iya juga. Kenapa lah aku ikut sama bengap macam Rayyan?
"Kau bawa phone ke?" soalku.
Dia mengangguk lalu mengeluarkan phone yang berada didalam poket.
Aku mengetap gigi. Kenapa tak bagitau aje bawa phone awal awal?
"Asal tak guna aje phone kau? Tak dek lah kita stuck dekat sini!" marahku.
Rayyan tersenyum.
"Sebab aku nak spend time dengan kau" jawab Rayyan dengan suara garau yang seksi.
Terus senyap aku. Iris, jangan termasuk dalam perangkap romantik dia!
Aku membuat muka selamba. Don't ever melt into his word. Remember. It just a trap.
"Cepat lah buka !" gesa aku.
Rayyan membuka apps. Dia menulis jalan yang mereka lalui. Mujur Rayyan pakai data.
Tetapi jalan yang mereka lalui tiada dalam senarai. Jalan yang mereka ingin lalui namanya ialah Rose Forest.
Tetapi tiada dalam senarai.
Aku terkejut. Bulat mata aku. Tak akan tak dek? Aku pasti hari itu aku nampak signboard Rose Forest. Sebab hutan ini ada banyak bunga rose.
Aku memandang Rayyan. Dia memandang aku.
"Jangan jangan... " ujar Rayyan.
"... Tempat itu sebernanya tak wujud..." sambung aku.
Entah mengapa meremang bulu roma aku.
"Jom lah lalu kanan" ujar Rayyan.
Eikk? Tadi bukan pilih kiri ke?
"Errr... Kiri lah" ujar aku.
Hehe.. Bila tahu kata Rose Forest tak dek dalam senarai, baru kalut nak ikut kanan.
"Jom, ambil kanan" Rayyan terus menarik tangan aku.
Isshh..
Kami ikut laluan kanan. Kami tiba di zon bunga rose. Tadi hanya pokok aje yang kelihatan.
Bunga rose merah dan hitam. Seram pula!
"Tak pe. Pegang aje tangan aku" ujar Rayyan nakal.
Hek eleh. Ambil kesempatan betul! Tetapi disebabkan takut, aku mengeratkan lagi genggaman.
Dalam diam, Rayyan mengukir senyuman.
Aku mencebik.
????
Hampir 15 minit jalan, tetapi batang hidung rumah agam pun tak nampak.
Manik manik peluh membasahi dahi aku dan Rayyan.
Angin sepoi malam pun tak mampu menyejukkan kami.
Entah mana silap aku, aku terjatuh.
"Ouch!" Kakiku terseliuh.
Rayyan cepat cepat toleh kebelakang. Dia mendapati aku.
Dia membuka beg galasnya lalu mengeluarkan first aid.
Nampak macam dia dah buat preparation.
Aku hanya membiarkan dia merawat aku.
"Sakit lah bengong!" marahku.
"Senyap boleh tak?"
Aku diam seribu bahasa. Usai siap rawat aku, Rayyan menghulurkan bantuan untuk mengangkat aku. Bukan mencempung eh.
"Aku boleh jalan sendiri lah" tolak aku. Aku cuba untuk bangun Tetapi aku terjatuh sebab Kakiku tak larat untuk bangun.
"Kalau kau tak suka aku pun, jangan degil! Kita nak pergi selamatkan Aish! Kalau kau dengan kedegilan dan ego kau tetap macam ini, sampai bulan depan kita tak dapat selamatkan Aish! Stop being ego please!" marah Rayyan.
Terhinjut bahuku sedikit. Tak pernah sekali pun aku melihat Rayyan marah sampai macam ni sekali. Betul lah. Misi aku untuk selamatkan abang Qayyum..
Warna matanya berubah.
Nampaknya aku patut akur dengan arahan dia.
Aku membiarkan dia menolong aku bangun.
Dia memapah aku. Baik sungguh Rayyan. Ah! Aku kena ingat, Iris. Jangan tertipu!
Manusia semua hati busuk. Kenapa aku selalu alpa? Tiada sesiapa pun lelaki yang layak jadi pemilik hati Iris.. Aku akan pegang kata kata aku sampai bila bila!
Share this novel