Bab 24 - Sayap Iris
Aku terpampan.
Orang yang aku tunggu tunggu berada di depan mata aku.
Aku merenung bola matanya yang berwarna crystal biru itu dalam dalam.
Wajahnya seiras aku.
Manik manik jernih tidak henti mengalir dari kelopak mata.
Mata crystal birunya juga berkaca kaca.
"Qairina..."
Dia memanggil manggil nama aku lalu cuba memeluk tubuh aku.
"Abacadabra!!!"
Muncul dua ahli sihir lalu menghalakan tongkat kearah kami.
Bukan hanya itu, werewolves juga mengelilingi kami.
Aish Qayyum menolak tubuh aku supaya lari.
"Abang!"
"Lari, Qairina! Lari!"
"Tapi, abang?"
"Kalau kau lari, aku tak mengaku kau adik aku!!" jerit Aish tetapi kolam matanya pecah
Aku tergamam.
"Lari, Qairina! Lari, Iris Qairina!"
Aku masih teragak agak untuk lari. Apabila werewolves dan witches mengelilingi kami. Seram banget sih!
"Kau kena lari untuk kumpul maklumat pasal kematian mama dan papa kita supaya kita boleh balas dendam."
Betul lah. Aku kena balas dendam... Aku Iris Qairina. Bukan Eryna Sofea!
Kakiku berat meninggalkan Aish keseorangan.
"Awoooo!!"
Werewolves itu menerkam kearah Aish.
"Abang!!!!!" jerit aku dengan titisan air mata.
Ini bukan berlakon ke? Sudah kenapa sampai nak terkam? Ini dah lebih!
Salah seorang witches mengangkat tubuh Aish lalu ghaib.
Diorang ini pakai saka ka? Hilang macam superman. Siap ada asap bagai. Sudah lah pagar ini ada banyak kabus.
Kemudian witches dan werewolves mengelilingi aku. Aku menahan genggaman.
"Awoooo!!!!"
"Ah!! Bising lah, bodoh!!!" teriak aku. Vokal aku agak tinggi.
Mata aku berubah warna merah. Merah menyala. Tetapi kalau hendak dilihat secara kasar, warna mata aku bukan sahaja merah, tetapi warna biru tanda sedih dan hitam pekat juga ada. Kelabu pun ada.
Seperti semua perasaan yang dapat aku rasakan bergabung. Ini adalah kali pertama warna mata aku bersatu.
"KEMBALIKAN ABANG AKU!!!!!!" jerit aku. Air mata aku laju mengalir.
Bulan purnama di langit muncul betul betul di atas kepala aku.
Werewolves itu meneguk air liur. Begitu juga dengan witches.
"Antomania!!" Witches itu ghaib.
Werewolves pula lari menggunakan dua kaki.
Aku masih berada dalam keadaan marah. Air mata aku masih mengalir.
????
Seorang wanita menghirup air kopi.
"Puan, 'kuasa' cik Iris Qairina yang sebenar telah muncul" ujar seorang maid lalu meletakkan kek cheese strawberry diatas meja.
Wanita itu tersenyum sinis.
"Ya. Baru fasa kedua. Belum fasa seterusnya. Dia ingat 'iris' dia adalah penyakit. Tapi salah. Itu adalah sumpahan" Wanita itu ketawa kecil.
"Puan... Puan harapkan diorang dapat kumpul semua maklumat tak?"
"Tak tahu.. Tetapi kalau diorang tak berjaya kumpul maklumat sehingga matahari terbit, makin banyaklah game yang diorang kena main. Makin seronok lah aku" balas wanita itu.
"Oh. Mereka sudah tangkap tuan Aish Qayyum. Apa nak buat dengan dia?" soal maid itu.
"Memandangkan 'kuasa' sebenar Iris dah muncul, kau masukkan dia dalam game"
Bulat mata maid itu.
"Adakah puan pasti?" soal maid itu. Setahunya, Boss dia seorang yang kejam dalam permainan.
"Mesti lah. Lagipun Aish ada dua nyawa dalam game. Laju betul dia dapat cari. So, bebaskan dia. Sekarang"
"Baik, puan"
Maid itu beredar.
Kalau dia bebaskan Aish, pastinya keadaan lebih menarik. Pastinya 'kuasa' Iris yang lain akan muncul. Oh, bunga Iris...
Iris.. Iris... Kau ini bodoh lah.
Wanita itu ketawa sinis.
"Masa untuk tengok permainan..."
Dia menjamah kek itu sambil melihat TV. TV yang memaparkan tentang Iris yang sibuk berlari didalam pagar sesat itu.
"Kau ibarat angel yang tiada sayap. Lama lama, sayap kau muncul pada waktu tertentu.. Sayap Iris.. Semakin menarik nampaknya.."
????
" Citizen Aish Qayyum hidup kembali kerana mempunyai satu nyawa lagi. Dipersilakan Aish Qayyum untuk masuk kedalam pagar sesat " ucap satu suara.
Larian aku terhenti. Terbeliak mata aku. Yes!
Misi aku bukan untuk cari jalan keluar, tapi aku ingin mencari abang dan maklumat!
Ditangan aku ada sampul.
'Ada insiden lain sebelum Iris kemalangan'
Dan.. Aku tahu pasal insiden itu.
Insiden tentang aku dan abang Qayyum lari dari mak cik mana entah. Kemudian ada bunyi hon.
Tetapi, aku keliru.
Bukankah lelaki misteri itu buat 'something' dekat mata aku? Bukankah aku terpisah dengan abang Aish? Tetapi macam mana aku boleh kemalangan selepas itu?
Adakah insiden kemalangan berlaku sebelum aku masuk dalam kilang? Sebelum aku bermain sorok sorok? Tetapi kalau betul juga kan.. Kenapa aku mencari cari abang Qayyum selepas aku kemalangan?
Arrgghh!! Rumit betul lah misteri ini! Aku perlukan lebih maklumat dan aku perlu mencari abang Qayyum!
Itulah misi sebenar aku!
"Vampire akan masuk ke dalam pagar Bloody Rose sesat. Dipersilakan untuk masuk.." ujar satu suara.
What the fuck?!!! RM is out of mind!
Janganlah.. Kalau tak aku boleh jadi gila terperangkap dalam pagar sesat tiada penghujung!
Kenapa tak tambah lagi pelakon? Gosh... Bukankah vampire hisap darah? Bukankah vampire boleh terbang? Tak akan manusia boleh terbang?
Eh, witches pun hilang cam itu tanpa alasan logik yang berasaskan sains!
Aigooo.. Baka betul lah! Baka bermaksud bodoh dalam Bahasa Jepun.
Agak agak nya ada tak vampire yang hensem? Dah macam twilight pula dah.
Aku tersengih seorang diri sambil lari santai.
"Blood..."
What the hell?!! Vampire perempuan berada didepan aku! Mungkin dia bersembunyi disebalik pagar tadi.
Nak aku cerita macam mana pemakaian vampire betina ni.. Biasalah ada taring. Darah melekat dekat mulut. Bibir lipstick warna merah menyala. Rambut agak kerinting tetapi menawan. Wajahnya yang putih itu pucat.
Dress hitam merah yang agak meremang bulu roma itu menggetar jiwa.
Vampire itu cuba untuk menggigit aku.
Tetapi aku lebih pantas. Aku menolak tubuh itu sampai tersungkur jatuh. Kakinya tergesel.
"Adoiii!!!" Dia mengerang kesakitan.
Aku ketawa berdekah dekah.
"Tingkatkan lagi ye lakonan mu, ya wahai manusia.. Ooppss.. Vampire!" sinis aku lalu melarikan diri.
Hehehe.. Vampire pun boleh buat silap juga.
Aku mengambil sampul di atas tanah.
'R ialah orang yang membuat mata Iris begini'
R? Errgghh! Otak aku cuba untuk mengingati peristiwa itu.
'AAAAARRGGHHH!!!!' Jeritan Qairina bergema di bilik itu. Dia mengerang kesakitan den kepedihan.
Air mata laju mencurah curah apabila jarum suntik itu menusuk mata kirinya.
'Sabar, Qairina..' ujar pemuda bertopi 'R' yang bermain sorok sorok dengan Qairina.
'MATA AKU!!!!!!!!!!!!!' teriak Qairina. Suara Qairina sungguh nyaring. Mungkin sebab itu Iris mempunyai vokal yang agak tinggi. Siapa tahu?
Mata Qairina seolah olah terasa ditikam oleh pisau beribu kali. Jarum suntikan itu benar benar sakit dan pedih.
Dia dibaringkan disebuah katil usang. Bilik itu juga usang. Orang disekelilingnya memakai pakaian seperti doktor.
Apabila jarum suntikan itu mengenai mata kanan Qairina, bola mata kirinya mula berubah warna merah kemudian biru kemudian hijau lalu kelabu.
Pemuda bertopi itu tersenyum nipis.
'SAKIT!!!! SAKIT!!!! AAAHHHHHHHHH!!! " jerit Qairina lagi dalam esakan. Tubuh kecil itu tidak dapat bergerak apabila ramai orang berpakaian doktor itu memegang tubuh kecil itu.
Kemudian keadaan menjadi reda. Air mata Qairina mengalir deras dek menahan kepedihan. Matanya terbeliak luas. Kelopak matanya tidak dapat tutup.
'Beres, bro' ujar seorang lelaki berpakaian doktor kepada pemuda bertopi.
'Thanks' jawab pemuda itu.
Mereka semua meninggalkan bilik itu. Hanya Qairina dan pemuda bertopi itu sahaja yang berada didalam bilik.
'A.. Apa yang.. Aw.. Awak.. Bu.. Bu.. Buat de.. kat.. mata sa..Saya? "soal Qairina tergagap gagap. Air mata yang laju tidak diseka. Bola matanya berubah warna biru.
Pemuda itu tersenyum lantas menyeka air mata yang mengalir itu.
" Ouch, panas!! " Pemuda itu menjerit kecil apabila tangannya menyeka air mata Qairina.
Dahi Qairina berkerut.
Panas?
Pemuda itu ketawa kecil.
Lagilah dahi Qairina berkerut.
'Apalah.. Kan aku dah bagi kau power..'
'Power?' soal Qairina.
'Kau dengar sini ye budak.. Aku bagi kau power sebab aku kesiankan kau. Aku tak nak kau tertipu dengan keluarga bodoh itu. Aku nak kau dapat mengawal kuasa ni.'
'Kuasa?'
'Ya. Kuasa, budak. Kuasa sebenar kau akan unleash apabila kau betul betul faham perasaan kau. Kau betul betul ikhlas. Kalau tak, sia sia aje aku buat semua ni'
Bola mata pemuda itu berubah warna.
'Mata awak bertukar warna lah! Macam mana awak buat?' soal Qairina.
Pemuda itu tersenyum senget.
'Aku nak kau ingat. Ingat peristiwa ini. Aku nak kau ingat. Aku buat semua ini untuk masa depan kau. Suatu hari nanti kau akan faham. Buat masa sekarang, kau ingat benda ni penyakit. Tapi aku pasti ini akan membawa kebaikan pada kau. Semoga sayap Iris muncul kelak. Bye, budak..'
'Abang nak pergi mana?' soal Qairina
Sumpah. Dia langsung tak memahami apa yang dicakap oleh lelaki itu. Hanya dia tahu, 'Bye, budak'. Macam mana budak berumur 5 tahun dapat tangkap apa yang lelaki yang berumur 31 cakap?
'Bye, Iris.. Ingat aku, R'
Dia terus berlalu.
Share this novel