Bab 27 - Saat Tirai Rahsia Dibuka
Kiutnya muka Rayyan tidur. Dari harimau yang suka baham orang, bertukar ke kucing.
Dia.. Hero aku.
Rayyan membuka matanya. Dia bangun menghadap tubuh ku. Dia merenung mukaku yang banyak luka yang sudah dibalut.
"Maafkan aku..." ujarnya kesal.
"Untuk?"
"Maafkan aku sebab lambat sampai.. Kalau tak kau tak dek lah luka sampai macam ini sekali. Aku gagal protect kau.. Aku gagal lindungi kau.." ujarnya. Bola matanya berwarna biru.
Hatiku tersentuh dengan omongan Rayyan.
"Bukan salah kau pun... Cam mana kau tahu aku dekat situ?" soalku.
"RM"
Tersentak aku. RM?
"Kau tahu siapa RM?"
Dia mengangguk
"Rose Marie.. " jawab Rayyan.
Rose? Patutlah rumah agam ada banyak bunga rose. Dah nama tuan rumah bunga rose.
"Rose Marie tu adalah Madam X" sambung Rayyan.
Ma.. Madam X? Macam mana Rayyan tahu?
"Macam mana kau tahu?" soalku.
"Dari awal lagi aku tahu"
Awal? Siapa kau Rayyan?
"Kau kenal Aish Qayyum?" soal Rayyan.
Aku mengangguk. Mestilah kenal abang aku kot. Rayyan pun tahu pasal abang Qayyum?
"Aish itu anak angkat keluarga aku"
Anak angkat.. Yalah.. Abang Qayyum pernah beritahu dia diambil sebagai anak angkat selepas kemalangan. Tidak sama sekali ku sangka Rayyan adalah keluarga angkat abang Qayyum.
"Aish minta aku siasat dimana kau. Klu paling simple adalah 'iris' kau. Kau pakai spek hitam waktu kau datang sekolah."
Err.. Pertemuan pertama antara aku dan Rayyan yang bukan dalam keadaan baik.
"When your feet step at the school, I already recognized you..." sambungnya dengan nada menggoda.
Lagi lagi dengan 'I already recognized you..' Ah, cair! Siapa yang dengar suara garau Rayyan yang romantik confirm cair!
Jantungku berdegup kencang.
" Kalau kau kenal aku kenapa kau tak bagitau terus pasal Qayyum? " soalku.
Rayyan mengeluh.
"Aku memang nak tapi RM tak bagi. Katanga terlalu awal untuk kau tahu" jawab Rayyan.
Terlalu awal? It is too late!
"Kau tahu ke Faris and 'family'?"
"Ha'ah. Keluarga tipu tipu tu tak bagi kau keluar sebab takut aku jejak kau.."
Patutlah 'mama' itu beria ria tak nak aku pergi sekolah!
Aku mengetap bibir.
"Tetapi, emosi diorang warna ikhlas la.. How?" soalku.
Setiap kali aku renung mata diorang tak dek pula warna jahat.
"Dr. Redza tu spray antidot dekat mata kau. Antidot tu bagi Iris kau lain sikit. Kalay kau tengok mata diorang, warna lain akan pamer"
Erggh! Dr. Redza!
"Tetapi aku kagum dengan kau sebab masih lagi nak pergi sekolah menuntut ilmu" puji Rayyan sambil tersenyum. Seraya tangan kanannya mengusap perlahan kepala ku.
Aku meneguk air liur. Why he is damn sweet talker now?
Bola mataku bertukar menjadi warna pink tanda malu.
"Kenapa mata warna pink eh?" usik Rayyan lalu mengenyit mata nakal.
Mukaku merona merah. Ah! Rayyan yang kukenal sudah berubah sebanyak 360°!
"Ma..mana ada!" nafiku. Susah betul lah bila dapat 'Pinocchio eye'!
"Ye ke?" usiknya lagi.
Aku mengalihkan pandangan ke luar jendela. Panas betul muka aku! Kalau nak dilihat secara kasar, ada asap yang keluar dari segala rongga terbuka aku. Hehe..
Rayyan memegang dagu ku tiba tiba supaya aku melihat dia. Aku agak terkejut dengan tindakan Rayyan.
Pandangan mata kami bertaut. Mata kami bertemu. Aku memandang mata hazelnut itu dengan redup.
Jantungku dah lari macam marathon aje!
"Tingkap lagi hensem dari aku ke?" soalnya.
Apa punya soalan la?
"Entah.."
Asal dia buat memek muka sedih? Merajuk ke budak ni?
"Errmm.... Kenapa kau layan aku dingin eh?" Soalan yang seringku tanya sekarang sudah terpacul dari mulutku.
Kata recognized la.. Tapi layan aku dingin.
Rayyan tersenyum lagi.
"Sebab orang itu comel sangat bila marah... Itu yang seronok. Aku saja je nak tarik perhatian kau. Kau sememangnya buat aku tertarik" jawabnya dengan suara garau seksi yang menggoda.
Ah! Hari ini aku akan cair dengan suara dia! Entah kenapa singa kerek sudah bertukar menjadi kucing manja! Kejap.. Tertarik? Aku tertarik? Mana mungkin!
"Macam macam lah kau ni!" ujarku.
Dia ketawa kecil. Ah! Ketawa dia juga menggoda. Senyumannya manis.. Tiada lagi senyuman sinis..
"One last question.."
"Dipersilakan, Iris Qairina.."
"Siapa Rizman?" soalku.
Terus berubah raut muka Rayyan. Wajahnya Kelihatan lagi tegang. Errr.. Aku salah cakap ke?
"Kau tak salah cakap..."
Eik? Dia dengar ke apa aku cakap dalam hati?
"Rizman tu ayah aku"
Jawapan itu membuat aku tersentak. Jadi ayah Rayyan yang mengambil abang Qayyum sebagai anak angkat.. Orang yang membuat mata aku begini?
"Mana dia?" soalku.
"Dia... Dia dah meninggal.."
Jatuh rahangku. Aku menelan air liur. Meninggal?
" Haissh.. 'Papa' kau, nama sebenar Faydl yang langgar ayah aku. Dia bunuh ayah aku!" marah Rayyan.
Bola matanya berwarna merah.
Bola mataku berubah menjadi biru. Air mataku mengalir. Sungguh jawapan yang ku tercari cari sangat menyeksakan..
Rayyan mengesat air mata aku.
" Shuu.. Jangan nangis.. Aku tak nak tengok kau nangis.. Aku tak nak air mata kah gugur.. Aku tak suka kah nangis.. Aku tak nak bola mata kau menjadi warna biru.. Aku tak suka.." Rayyan.. Kenapa waktu aku sedih, kau sempat boleh cakap sweet sweet. Tergoda aku.. Pembetulan, hampir tergoda!
"Pembalasan.. Aku akan balas dendam!" bentak aku.
Rayyan tersenyum.
"Aku akan sokong kau!" sokong Rayyan.
"Abang Qayyum mana?" soalku.
"Dia masih terperangkap dalam mansion.."
Bulat mataku.
"Kawalan Madam sangat ketat.. Nah, sampul" Rayyan menghulurkan sampul biru.
Aku membuka sampul itu.
'Iris.. Your brother is in the mansion. If you want to rescue your brother, you should come over here with Rayyan and play some games to rescue your brother'
RM
Aku mengetap gigi. Aku meronyokkan surat itu.
Memang sengaja!
"Kau ikut aku?" soalku.
"Mestilah. Lagipun bahaya tahu tak kau pergi. Aku tengok baju kau tadi pun penuh dengan tanah dan terkoyak rabak. Aku akan teman!"
Aku tersenyum kecil.
"Thanks..."
"Anything for you.."
Mukaku merona merah. Bola mataku menjadi pink.
Macam macam!
Abang Qayyum, tunggu Qairina!
Share this novel