12

Romance Series 37698

"Woi. Kau ni dah apahal terjerit jerit macam orang gila ah?" tegur satu suara garau.

Aku toleh.

"Amboi.. Suka hati akulah nak jerit jerit ke yang kau kisah sangat dah apahal?!!" marah aku.

"Aku tak kisah pun laa.. Cuma kau tengok ramai gila tengok kau macam orang gila.." ujar lelaki itu.

Aku memerhati sekeliling. Betul cakap Rayyan. Ada ramai pandang aku pelik. Tapi aku kisah apa?

"Ada muka aku nampak macam aku kisah?" soal aku kepada Rayyan.

Malangnya nasib. Ashik ashik jumpa terserempak dia aje..

"Kau tahu tak Tanjung Rambutan ada tempat kosong untuk orang gila macam kau" sinis Rayyan.

Whatt?? Dia tiru ayat aku??!

"Tak reti ke nak guna ayat sendiri??! Peniru!!" jerit aku.

"Kau ingat ini SPM ke? Dasar minah brutal"

Minah brutal? Dia ini memang melampau!!

"Kang ada juga aku sepak" tajam jelingan aku padanya.

"Sepak? Sepak bola pun tak reti ada hati nak sepak aku"

Panas telinga aku dengar.

"Hei, encik Rayyan! Siapa kata aku tak reti ah??"

Dia memandang aku dari atas bawah dengan jelingan dan senyuman sinis.

"Kau pakai kaca mata hitam lenggang lenggok, bawa tas hitam. Dari atas bawah aku tengok kau ini tak suka main panas"

"Who said??!!"

"Me" Rayyan mengangkat tangan kananya

"Kau ni kan....."

"Apa aku?" soal Rayyan selamba.

"Kenapa, Iris?" soal Faris yang tiba tiba muncul.

Whatt? Bertambah kecoh la..

"Iris? Siapa Iris?" soal Rayyan dengan dahi yang berkerut. Intonasinya sangat serius.

"Kau tak payah sibuklah!! Kepoci la!!" jerit aku padanya

"Kepoci? Pergilah kedai beli kuaci. Lepas itu makan sekali dengan air laici dengan cici" perli Rayyan selamba.

Kemarahan meluap luap.

"Kau tak mandi lagi? Again?" sinis Rayyan.

Memang laa aku tak mandi lagi.

"Mesti laa sebab aku pengsan la, lembap. Aku rasa kau patut makan semut laa.." ujarku kepada Rayyan.

"Apa kau kata??!" Rayyan mula naik bengang.

"Kau memang lelaki dayus kan sebab gaduh dengan perempuan?" perli Faris kepada Rayyan.

"Apa kau kata, PARIS??" sindir Rayyan.

Ah! Lelaki ini memang juara ejek ejek ni.

"Kurang ajar kau"

"Kau yang sibuk mula dulu"

Macam mana ni???? Actually..Rayyan dan Faris ini boleh dikatakan pesaing dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah and whatever.
Aku bukannya ada masa nak layan karenah diorang.

"Korang ini budak budAK ke ashik memekAK macam burung gagAK???!" jerit aku lantas mematikan pergaduhan mereka.

"Mulut kau memang tak dek insurance kan, perempuan?" soal Rayyan sinis.

"Whatever. Tak kuasa aku layan korang. Baik aku buat kerja aku. Sambung lah gaduh sampai raya haji tahun depan." ujarku selamba lalu melangkah pergi.

"Iris.. Tunggu..."

"Tak kisah.." ujar Rayyan lalu juga beredar.

Aku melajukan langkah apabila Faris mengejar aku.

"Kau blah laa aku nak pi rumah Fiera!!"

"Meh aku hantar"

"Sibuk aje kau"

Aku mulai lari pecut mirip Usain Bolt.
Aku lihat Faris gagal mengejar aku.

"Pulang ke rumah ke....atau lepak kedai mamak?" soalku sendirian.

Aku berfikir sejenak.

"Jalan jalan!" bukan balik rumah bukan lepak mamak.

Aku mulai menghirup udara segar.

Aku mulai berjalan jalan sekeliling taman.
Tanpa aku sedari aku melihat seorang budak lelaki memujuk adik perempuannya yang menangis
Aku lantas menghampiri budak budak itu.

" Dik.. Kenapa menangis?" soalku lembut sambil duduk mencangkung untuk sama tinggi dengan mereka.

"Papa dan mama dah tak dek.. Alif cuba tenangkan Alia yang menangis ni, kakak" terang Alif. Aku melihat air mata Alif juga turun namun sempat dia mengesatnya.

"Hu.. Hu.. Hu... Mama....papa jahat..sebab.. Tinggalkan. Kami.....akak..." ujar Alia sambil menangis teresak esak

Terasa sayu dihati melihat kanak kanak yang kehilangan ibu ayah ketika usia yang sungguh muda. Aku? Walaupun aku rasa mama dan papa ialah bukan ibu ayah kandung aku...but still aku dapat merasai kasih sayang.

" Alif dan Alia nak tahu sesuatu tak?" soal aku.

Mereka mengangguk.

"Allah ambil mama dan papa pergi dahulu sebab Allah lebih sayangkan mereka"

"Allah tak sayangkan kitorang ke?" soal Alia.

"Allah sayang. Cuma Allah nak tengok Alif dan Alia menjalani dan menikmati hidup.." terang aku lembut.

"Mama dan papa Alif dan Alia berada di atas sana.." ujar aku sambil menunjukkan Jari telunjuk di atas langit.

Alif dan Alia pun mendongak.

Aku baru perasan. Malam sudah mulai menyapa. Lama sungguh aku berada di luar ini.

"Nampak bintang bintang tuu?"

Laju mereka mengangguk.

"Cari mana bintang yang paling terang dan bersama. Itulah tempat mama dan papa Alif dan Alia"

Mereka mulai tekun mencari.

"Itu!! Ada dua bintang yang terang bersama!!" jerit Alif.

"Itu ke mama dan papa?" soal Alia dengan mata yang bersinar sinar.

Aku mengangguk.

Mereka menatap bintang bintang itu.

"Alif dan Alia nak tengok magic tak?"

Laju mereka mengangguk.

Aku membuka kaca mata hitam.

Anak mata aku dari warna violet mula berubah warna kuning.

"Wwaahh!! Mata akak berubah warna la!" jerit Alif dan Alia serentak.

"Cantikla.. Macam mana akak buat? Alif pun nak jugaa" soal Alif lalu cuba untuk menyentuh mata aku.

"Alia pun.."

"Buat? Rahsia" ujar aku sambil tersenyum.

"Alaa" Alia mula merajuk dengan muncungkan mulutnya yang kecil.

"Lia, kalau muncungkan mulut, nanti jadi macam itik tauu" terang Alif serius.

Alia laju menekup mulutnya cemas.

Aku hanya ketawa kecil melihat gelagat mereka.

"Alif dan Alia nak tahu tak sepanjang hidup akak, akak merana tau kerana mata akak"

"Eh, kenapa?" soal Alia.

"Mata akak cantik kan, Alia?" soal Alif.

Alia mengangguk laju.

Hampir gugur air mata aku. Sungguh suci hati mereka.

"Bagi kamu, cantik laa. Tapi bagi orang dewasa mata akak ini macam sumpahan. Raksasa. Alien" ujar aku sayu

Anak mata aku berubah warna menjadi biru.

"Mata akak berubah lagi laa!!" riang aje Alia.

"Alien? Diorang silap laa akak"

Aku hanya mampu senyum kelat.

"Alif!! Alia!! Kat sini pun korang!!" ujar seorang perempuan separuh abad.

"Eh, aunty.."

"Jom balik.." ajak aunty.

"Alaa.. Nak sembang dengan akak cantik.." ujar Alia.

Wanita itu terkejut melihat anak mata aku berubah warna.

"Kau.. Jauhkan diri kau dari anak buah aku!!!!" jerit Wanita itu.

"Saya tak buat apa apa pun.."

"Akak ini baiklah, aunty.." ujar Alif

"Dia boleh buat magic..." sambung Alia.

"Kau buat apa dekat anak buah aku? Pergi!!! Hantu!!!" dia terus menarik tangan Alif dan Alia kasar untuk beredar.

"Alaaa.. Tak nak aunty... Kakak..."

Alif dan Alia mula menangis.

Kenapa macam pernah tengok aje situasi ini? Bukan pernah tengok tetapi...pernah aku hadapi..

Seorang wanita menarik tangan kasar anak anak buahnya.

'Abang Qayyum... Mak cik.. Janganlah..' ujar seorang budak perempuan sayu.

'Lepas kan lah, kami..' ujar budak lelaki yang dinamakan Qayyum.

'Mari ikut aku!!!!!!' jerkah wanita itu.

'Tak nak!!!!' budak perempuan itu terus menendang perut wanita itu.

Budak lelaki itu pantas menarik tangan adiknya untuk lari.

'Cepat, Qairina!!' ujar lelaki itu.

POOM POOM!!!

Sebuah lori pecut menghampiri budak budak itu.

Aahh!! Aku tersedar dari bayangan. Kepala terasa sakit benar.

Qayyum... Qairina.... Wanita misteri... Kemalangan...

"Apa lagi persoalan yang timbul?" soalku sambil memegang kepala yang terasa sakit.

Aku jatuh rebah. Aku melihat seorang lelaki berada didepan aku. Siapa dia?

Perlahan lahan, kelopak mata aku tertutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience