"I'm not a monster!" marah aku.
Pelajar-pelajar mula mengelilingi aku.
"Monster!! Monster!!" ejek mereka lalu membaling baling kaca mata hitam yang tadi dipakai oleh aku.
"Janganlah!!!!" jerit aku.
'Kenapalah cikgu tiada pun lalu lalang dekat sini?'
"Eryna Sofea budak monster mata alien!!" ejek mereka lagi. Tapi lagi kuat.
"Aku bukan monster or alien!! Stop it you stupid!!"
Warna mata aku mula berubah.
"Woo hoo!!! Berubah doh!!"
Aku ternampak kelibat sahabat.
"Syasya!!!Tolong aku!!!"
Syasya pun pergi kearah aku.
Senyuman terukir diwajah. Tapi mata Syasya tidak menunjukkan warna simpati mahu pun ingin membantu.
Syasya menolak tubuh aku sehingga jatuh ke atas lantai.
"Syasya?? Why?Bukankah kita bestfriend?" soal aku tidak percaya.
Syasya melemparkan senyuman sinis.
"We are neither bestfriend nor friend."jawabnya
" What the hell you talking about??!! "soalku.
" Aku ingatkan nak kawan kau sampai kau bagi harta kau kat aku. Tapi kau bertindak dulu. Tak sangka kau ni monster bermatakan alien "jawab Syasya sinis.
Pelajar-pelajar mula menyokong Syasya.
Air mata jatuh di pipi. Warna mataku mula berubah biru.
Tidak menyangka aku bahawa Syasya sanggup mengkhianati aku. Ingatkan Syasya berkawan dengan aku sebab ikhlas.
" Baby Alien dah cry!! What to do?" sinis sekali ayat yang terkeluar dari mulut Syasya.
Mereka hanya mentertawakan Aku.
Aku tiba tiba ketawa mematikan ketawa geng lain.
Keadaan menjadi senyap sunyi untuk seketika.
"Manusia hati busuk semua sama aje!! Rapat dengan seseorang kerana hanya mahu mengambil kesempatan!! Inginkan kemewahan dunia tapi apabila seseorang mengalami kesempitan, mulalah nak mengutuk lagi menghina!! Kau orang semua!! Aku tak akan halalkan apa yang aku bagi atau buat kat korang!! Aku belanja makan, bagi duit, bagi pinjam buku, bagi salin jawapan aku, bagi korang hadiah, buat tugas korang, bagi korang tiket percutian, bawa korang makan kat hotel, rawat korang, aku tak akan sesekali halalkan!!! Jumpa lah aku di padang mahsyar kelak!! " jeritku dalam keadaan marah.
Mata aku mula berubah warna menjadi merah. Satu persatu manusia aku memandang. Mereka menjadi takut. Apalagi larilah.
Aku terus menggapai kaca mata hitamku lalu mendail nombor seseorang .
" Along, boleh tolong ambil Ryn dekat sekolah tak?" soalku
*****
Aku menunggu di stesen bas. Waktu sekolah belum lagi tamat. Suka hati aku lah.
Kereta BMW berwarna hitam mula berhenti.
Aku terus masuk kedalam kereta.
"Ryn, kenapa? Benda sama jadi ke?" soal along.
Ya. Along memang dapat agak kalau aku suruh along ambil aku kat sekolah, maksudnya aku dalam proses berhenti sekolah.
"Kalau tahu asal tanya macam orang bodo?" gurauku kasar cuba menutupi kesedihan yang aku alami.
Syasya merupakan sahabat aku selama hampir 1 tahun. Kenapa 1 tahun sebab aku banyak pindah sekolah pasal kes yang sama. So buat apa aku habiskan air mata aku ni secara free dekat budak budak terencat akal lagi tidak bertamadun.
Along berdiam diri lalu memandu dengan pecut.
Di rumah..
Aku masuk kedalam rumah banglo yang agak besar itu.
"Ryn.. Balik awal sebab kena buli ke?" soal Puan Sri Hanin iaitu ibu aku.
"Taklah. Ryn yang buli diorang" jawabku selamba.
Mama segera mengambil kaca mata hitam aku. Mata aku berubah menjadi biru.
"Eryna Sofea Binti Tan Sri Ibrahim.. Don't you ever lie to me." kata mama.
Ya. Bagi aku, jika aku bersama keluarga, aku ibarat Pinocchio sebab diorang boleh tahu aku bohong ke tidak dengan melihat emosi aku dimata.
"Mama nak kamu berhenti sekolah" kata mama tegas.
"Ya. Memang nak berhenti sekolah pun"
"No. I mean stop bersekolah di sekolah. Kalau nak belajar, mama akan homeschooling kan kamu. Tak lah kamu kena hina macam ni"
Aku terpana. What??
"What? Mama please.. Ryn dah homeschooling dari tadika sampai primary school. Biarlah waktu secondary school Ryn nak belajar dekat sekolah" bantah aku.
"Waktu UPSR dan PT3, Ryn kena homeschooling ok aje result. Straight A."
Memang benar. Straight A.
"But ma.. Please give me a chance to experience this journey. We only live once and disana yang abadi. Ryn never have a experience to study at school. I mean REAL. Please mama.. Please.. I'm begging you to let me choose my own freedom. " kataku.
Mataku berubah menjadi warna berharap.
Mama mengeluh.
" Ok. Ryn. Kalau diorang hina Ryn ke.. Buli Ryn ke. Report dekat mama and mama will homeschooling you. That is your only last chance. "jawab mama lalu beredar dari bilik aku.
Sebelum mama beredar.
" Mama.. "panggilku.
Mama toleh kebelakang.
" Ada lagi tak manusia yang hatinya suci lagi mulia dekat luar sana dalam dunia yang penuh dengan ketamakan? "soalku sebak.
Warna mata berubah menjadi biru kepada emas. Emas tanda harapan yang tinggi.
Mama segera memelukku.
" Ada lagi, sayang. Insha-Allah.. Kalau berdoa.. Masih ada lagi lah.. "jawab mama.
Along dan angah memerhati dari jauh.
" Ryn berharap sangat... Kata kata mama betul.. "
Share this novel