8

Romance Series 37698

"Guys!! Aku balik dulu!!"

"Bye!!"

"Bye!"

"See you soon!!"

Yana, Farah dan Fiera pun berjalan mengikut haluan masing masing untuk pulang ke rumah.

Aku? Aku pula pergi ke locker untuk mengambil buku teks dan barang barang aku.

Aku membuka locker itu. Terlihat ada sampul kecil berwarna biru gelap. Disebelahnya ada bunga berwarna violet ungu. Cantiknya!

"Eiik? Peminat ke?" gumamku sendiri.

Cewah!! Perasan kan??

Aku membuka sampul itu.

'Keluarga yang kamu ada sekarang bukanlah keluarga yang baik. Semuanya tipu belaka. Hati-hati.'

Lokasi:Cafe Delish & Cream. Jalan XXXXX


Madam X

Madam X? Siapa tuu? Apa maksud dia? Bukanlah baik? Tipu belaka? Hati-hati? Keluarga aku bahaya ke?

Pelbagai persoalan terlintas di kepala aku. Berlegar sana sini.

Aku mendail nombor mama.

"Hello? Mama... Ryn ada study group.. Balik lewat sikit ye. Jangan risau, kawan Ryn akan hantar Ryn.. Bye"

Aku tak dek pun study group ni.. Aku keluar dari sekolah itu lalu pergi tempat itu.

Entah kenapa terligat diotak aku untuk pergi ke cafe itu. Bukankah mama dan papa itu orang baik? Termasuklah along dan angah. Keluarga kandung aku itu..

Selepas 15 minit.. Aku pun tiba di cafe itu. Aku masuk ke dalam kedai itu lalu disambut mesra oleh pekerja itu.

"Selamat datang.. Cik .. Madam X sedang tunggu.." ujar pekerja itu dengan senyuman lalu aku mengikutinya ke meja.

"Madam... Cik dah sampai..."

Pekerja itu pun beredar. Kata cafe, tapi asal tak dek pun Pelanggan??

"Sila duduk." arah wanita yang memakai topeng ala ala masquerade yang berbulu untuk menutupi wajahnya. Rasanya dia ni mesti umur lingkungan 40 an.

Aku akur.

"Nama saya, Eryna Sofea Binti Tan Sri Ibrahim.." ujarku sedikit kasar dan tegas.

Wanita itu ketawa yang menyebabkan aku hairan.

"Kamu ni agak lurus laa.." balas wanita itu.

"Apa yang puan mengarut ini??" soal aku kasar.

"Saya, madam X.. Bukankah kamu memiliki 'Pinocchio' s eye'? Iris kamu bermasalah bukan? Kamu sedar tak yang emosi keluarga itu semuanya tipu?"

Aku terpana. Whatt? Tipu?

"Maksud.. Puan?"

Wanita itu senyum sinis.

"Saya rasa kamu dah cukup besar untuk tahu... Kalau ada masa, saya akan bagi hint. Rasa seronok pula bermain teka-teki... Bye... Iris" ujar wanita itu sambil melemparkan senyuman sinis. lalu memberikan surat kepada aku.

Wanita itu beredar.

Aku semakin pening.

Dengan Pantas, aku membuka surat itu.

'Hint 1: Bunga berwarna violet ungu di

locker kamu.

Merupakan nama sebenar kamu'


Madam X

Nama sebenar??? Apa nama bunga itu??

Aku membuka beg sekolah lalu mengambil bunga itu.

Warna ungu violet.. Lebih kurang sama dengan warna bola anak mata aku.
Ya. Warna mata aku yang asli adalah ungu violet. Sangat lain dari keluarga aku.

Aku dengan pantas research. Dunia semakin modern dan maju. Segalanya dihujung jari.

Lama juga laa aku buat research. Dan akhirnya jumpa nama bunga itu. Nama bunga itu...

"Iris....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience