Bab 26 - Dia... Heroku
Mataku terbuka perlahan lahan. Aku tersedar dari pengsan.
Aku melihat ke dua dua belah tanganku digari.
Aku dibaringkan di atas katil. Di sekeliling aku semuanya berwarna putih. Dinding, meja, katil, lampu, pintu dan macam macam lagi.
Aku.. Dekat mana pula ni?
"Dah sedar Miss Iris?" soal satu suara garau.
Aku toleh kearah sang empu suara. Nampaknya bukan seorang sahaja. Tetapi beberapa orang sedang berdiri disebelah katil.
"Kau orang siapa?!" soalku kasar. Aku cuba meronta ronta untuk dilepaskan.
Mereka ketawa jahat.
"Kitorang adalah ahli White Room "
Keningku terjongket sebelah. White Room?
"Kau mesti tertanya tanya kan apa benda itu? White Room adalah dimana semua bahan makmal akan diuji"
Bahan makmal? Kiranya aku bahan makmal?
"Cuba kau tengok keliling kau" arah mereka.
Aku akur lalu melihat sekeliling dengan lebih jelas. Hampir luluh jantung aku melihat mayat manusia yang dibedah di bilik sebelah hanya melihat melalui tingkap jernih.
Bukan itu aje aku melihat kanak kanak menangis berkulit seperti sisik buaya.
Aku melihat anak harimau berwarna putih. Tiada belang! Dan bukan warna oren atau merah atau hitam!
Ada wanita berkaki lapan dan basah kuyup badannya.
Rama rama pula seolah olah menyanyi sumbang.
Kambing bermata satu terkena panahan laser.
Neraka apakah ini? Aku mendengar jeritan mereka. Air mataku bergelinang.
"Dah puas? Semua itu adalah spesimen. Macam ini lah.. Kitorang akan cungkil mata kau"
Terbeliak mata aku. Cungkil?
"Mata kau sangat 'power'. Especially tangisan Iris. Mata kau sangat rare. Warna mata yang sering berubah warna. Kitorang tak memerlukan badan kau. Kitorang cuma mahu mata kau yang bernilai" Mereka ketawa sinis.
Aku menggigil ketakutan. Diorang nak cabut mata aku dan buang jasad aku?
"Bayangkan mata kau yang 'Pinocchio' itu mampu dipandang tinggi oleh orang luar negara. Duit berjuta juta kami boleh dapat hanya dengab mata kau!"
Air mata aku laju mengalir. Aku tak nak!
"Spesimen di sini tidak berharga kalau nak dibandingkan dengan 'iris' kau"
"AAAHHHHHHHHH!! LEPASKAN AKU!!!" jeritku.
"Bising! Samad, Andy.. Kau pegang badan perempuan ni!" arah salah seorang
"Jack, kau ambil barang!"
Lelaki yang bernama 'Jack' memberi pisau kepada lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum sinis.
Air mataku mengalir deras. Mataku berubah menjadi biru.
Tolong..... Aku tak mahu! Sesiapa... Tolong aku! Abang Qayyum!
"Wah.. Cantiknya"
Dia cuba memegang mataku. Aku meludah kearahnya.
"KAU!!!" marahnya lalu mengambil pisau seraya mencucuk kepipi ku yang mulus.
Aku mengerang kesakitan.
"AAAAAAHHHHHH!!!!!" Jeritan ku bergema.
Perit.. Sakit... Pedih... Darah mengalir di pipiku.
Dia juga menampar nampar pipi aku bertalu talu. Bibirku juga berdarah.
"Wei, Man.. Sudah la tu.. Kita nak mata dia je. Cepat lah cungkil!"
Lelaki yang dipanggil 'Man' itu berhenti menampar aku. Dia mengambil pisau (mungkin) lalu mendekati aku.
Jack memegang dagu ku supaya diangkat. Lampu terang menikam mata aku.
Air mataku hangat mengalir. Mataku menjadi warna merah Kemudian biru. Aku takut..
Aku meronta ronta minta dilepaskan.
Tiba tiba kedengaran bunyi siren polis. Terkejut mereka.
"Wei, polis!!!"
"Macam mana polis boleh tahu tempat ni?"
"Baik kita lari!"
"Habis spesimen kita?"
"Nyawa ke spesimen lebih berharga?"
"AAAHHHHHHHHH! Lari!!!"
Mereka cuba untuk berlari. Malangnya pintu bilik diserbu oleh polis.
Dalam hatiku bersyukur kerana dapat diselamatkan.
"Iris!" Panggilan itu membuatkan aku tercari cari.
Macam kenal aje sang pemilik suara.
Aku melihat cahaya disebalik pintu. Polis polis telah menangkap orang jahat itu. Cahaya itu membuatkan aku tidak nampak wajahnya.
Penglihatanku semakin kabur. Aku pengsan serta merta.
????
Kelopak mataku terbuka. Aku dekat mana pula?
Aku melihat kesekeliling. Aku berada didalam hospital.
Syukur... Aku toleh kesisi apabila perasan ada seseorang sedang tidur nyenyak disebelah katil pesakitku.
Aku melihat wajah si dia. Aku tersenyum. Memang tepat tekaan aku.
Rayyan.. Ketua pengawas yang kerek.. Itulah suara yang menyelamatkan aku..
"Dia... Heroku"
Share this novel