Kelopak mata aku perlahan lahan terbuka.
Bilik yang berwarna putih.
"Kau dah sedar?" soal lelaki dalam lingkungan 20 an memakai baju doktor.
Doktor Akmal.
"Emmm" aku memegang kepala aku.
"Aku dah suntik ubat. Kau sudah koma 3 hari... Buat masa ni, sakit kau berkurangan...." ujar doktor Akmal.
Whatt.... 3 hari???
"Parents aku macam mana??"
"Aku dah mesej. Jangan risau, aku tulis kau terpaksa tidur rumah kawan sebab buat kerja"
Otak aku kembali berhubung.
"Kau..... Kenal madam X ke?" soalku tanpa teragak agak.
"Boleh dikatakan begitu..."
Aku mengetap gigi.
"SIAPA AKU??!! SIAPA MADAM X??!!SIAPA BUDAK LELAKI DAN BUDAK PEREMPUAN YANG MUNCUL DALAM KEPALA OTAK AKU??!!" jerit aku macam orang gila. Air mata yang ditahan akhirnya gugur.
Dia agak terkejut.
"Kau... Dah tahu siapa budak lelaki dan perempuan itu??" soal doktor Akmal.
Aku menggelengkan kepala.
Doktor Akmal menghela nafas panjang.
"Kau terbayangkan apa?"
"Seorang wanita menarik tangan budak lelaki dan perempuan itu. Kelihatan budak budak itu seperti diseksa. Nama budak tu... Qayyum? Budak perempuan tu pula nama dia..... Qai... Qairina? Lepas itu ada lori datang... Itu aje..."Air mata aku jatuh.
Kenapa? Kenapa aku menangis? Kenapa aku sedih? Kenapa aku sebak? Kenapa?
" Nampaknya kau dah tahu banyak. Nah"Doktor itu terus menghulurkan sampul surat yang berwarna biru. Dan bunga Iris.
Sah! Madam X!
Dengan laju aku membuka surat itu.
Hint 3: Nama kamu Iris Qairina. Qayyum ialah abang kandung kamu. Satu hari, dia akan datang kepangkuan kamu.
Madam X
Whatt? Dia abang aku?? Aku... Nama aku... Iris Qairina? Abang kandung aku akan kembali? Betul lah.... Keluarga yang aku ada Sekarang, bukan keluarga aku
Air mata aku bergelinang di pipi. Lagi. Sudah banyak kali aku menangis.
"Sudah lah menangis.." doktor Akmal menghulurkan tisu.
Dengan malu setebal kamus Dewan Bahasa, aku perlahan lahan menyambutnya
"So.... Nama aku... Iris Qairina? Dan abang kandung aku...nama dia.... Qayyum?"
"Lebih tepat lagi, Aish Qayyum." balas doktor Akmal.
"Bila saya boleh keluar dari tempat ni?"
"Belum lagi.."
"Apa belum lagi??? Aku nak cari abang aku lah!!!!!" jerkah aku.
"Kan madam X sudah tulis... Abang kau akan kembali..."
"Tapi bila???!!!"
Doktor Akmal agak terkejut
"Aku sudah penat. Aku sudah jemu menunggu.. Aku nak tahu kebenaran sekarang juga.. Bukan main teka teki!!!" jerit aku.
"Kau ingat kau sorang ke? Abang kau juga penat menunggu... Dia juga sedang menjawab teka teki dari madam X!! Kau tahu tak? Kau baru sampai sekerat jalan... Kau belum tiba di penghujungnya...Ada banyak lagi kebenaran yang kau perlu tahu... Siapa ibu bapa kau? Macam mana kau dengan Qayyum boleh terpisah? Tapi abang kau tetap sabar menunggu walaupun penat yang amat!!!! "
Kata kata doktor Akmal sungguh menusuk kalbu hatiku. Tajam.
" Kalau kau nak sangat balik..Dipersilakan untuk mampus... "ujar doktor Akmal.
Dia beredar.
Apakah ujian yang terpaksa aku hadapi... Ya Allah..... Aku buntu...
Mata mulai terasa berat. Aku tertidur dengan air mata jatuh. Air mata aku untuk hari ini begitu murah. Sangat murah.
*********
" Qairina!!! Bangun!!!!" kejut seorang budka lelaki kepada adiknya yang sedang enak dibuai mimpi.
"Kenapa dengan abang Qayyum ni??" soal Qairina sambil menggosokkan mata.
"Mama dan papa sudah hilang!!!" ujar Qayyum dalam keadaan panik.
"Hah? Hilang? Macam mana?" soal Qairina bertubi tubi.
"Mama dan papa tak dek kat katil"
"Alaaa...mama dan papa pergi tandas sama sama kott" ujar Qairina selamba lalu menguap.
"Abang Qayyum sudah tengok dah!! Tak dek!!!" Budak lelaki berumur 5 tahun tidak menegakkan benang yang basah.
"Ye ke?" soal Qairina yang juga berumur 5 tahun.
"Tak percaya ke? Jom." Qayyum lantas menarik tangan adik kembarnya.
Adik perempuannya hanya mengikuti abang kembarnya.
"Tengok!! Kan abang sudah kata!!" ujar Qayyum
Qairina menangis teresak esak.
"Mana mama dan papa???!! Puas kita cari!!!" Qairina tersedu sedu berkata.
Qayyum berasa serba salah.
"Eh, Qairina! Tengok! Ada darah!" ujar Qayyum sambil menunjukkan jari telunjuknya yang masih kecil dibawah lantai.
"Betul lah..." Qairina mengesat air matanya dan juga hingus yang meleleh dek kerana menangis.
"Jom ikut." ajak Qayyum berani.
"Selagi abang Qayyum ada, jom!" ujar Qairina.
Mereka mengikuti darah yang mengalir itu
Satu aje yang pasti dalam minda kanak kanak yang berusia 5 tahun itu..
Itu darah mama dan papa mereka!
*******
"Bangun..." kejut seorang lelaki.
Mata mulai terbuka.
"Kau tak nak balik ke?" soal dr. Akmal.
"Aku dah boleh balik ke?" soalku takut takut.
Yelah. Tadi bukan main lagi halang aku balik. Sekarang dia pula yang halau. Manusia... Manusia...
"Aku tanya kau, kau tanya aku balik?"
Aku menelan air liur lalu pantas bangun.
Aku bersiap sedia untuk beredar dari hospital itu.
"Hati hati."
Aku toleh kearah dr. Akmal itu.
"Apa?" soalku.
"Hati hati dengan 'keluarga' kau." ujar Dr Akmal.
Aku hanya mengukir senyuman nipis.
Share this novel