Bab 21 - Dunia Apakah Ini?
"Rumah Agam Blood Rose?" soalku. Nama pun dah creepy. Macam Bloody Mary. Kejap! Terperangkap dalam hutan. Tersekat dalam dunia entah apa apa.
Macam citer hantu malam Jumaat aje.
"Ya." jawab suara misteri itu.
Aku pergi ke arah patung beruang pink yang agak mencurigakan.
Aku melihat poket beruang itu. Macam Doraemon aje.
Sah! Ada speaker! Aku lihat sekeliling bilik mewah itu. Mana tahu ada CCTV. Mana tahu kalau aku Tengah diperhatikan.
Bilik tidur mewah ini sangat creepy dan scary. Warna bilik ini merah hitam. Mana tak scary? Bilik ini pun tak dek tingkap.
Pintu terkunci.
Ada la bilik air yang luas dalam bilik tidur ni. Tapi tak dek tingkap. Macam mana nak bernafas. Sekarang pun aku tak tahu malam ke siang. Pukul berapa pun aku tak tahu.
Ding Dong......
Kedengaran bunyi loceng dan gong seiringan. Bunyi binatang apa pula ni?
"Masa untuk makan..." ujar suara itu.
Aku baling dalam sungai juga teddy bear tu. Kecil besar kecil besar je aku tengok teddy bear itu.
Bukan teddy bear tapi empu suara. Coward betul lah siapa yang perangkap aku! Jangan jangan Madam X?
Hatiku berbicara.
Tiba tiba pintu bilik dikuak. Finally!! Adakah aku bebas? Siapa pula perempuan ni?
"Tiba masa untuk santapan, cik muda..." ujar perempuan yang memakai topeng masquerade. Dia memakai baju maid yang macam dekat luar negara tu.. Warna hitam putih.
Asal pakai topeng? Tak nak aku tengok wajah dia ke? And.. Kenapa santapan? Ingat aku ratu ke apa ke?
Perempuan itu membawa dulang emas yang mengandungi Chicken Chop dan jus oren. My favorite!
"Apa semua ni? Siapa dalang disebalik benda jahanam ni? Kauorang siapa?" soalku bertubi tubi.
Perempuan itu mengukir senyuman manis.
"Kalau nak tanya apa apa, sila tanya patung beruang pink love tu ye... Boss besar suruh cik muda makan..."
"Mana tahu kalau kau bubuh racun. Ini kes culik ni!! Aku keluar aje dari rumah ni aku report dekat polis!" marahku.
"First sekali... Makanan ni dijamin sihat tanpa racun, halal dan boleh dimakan. Second, bukan culik. Cuma, cik muda pengsan. Itu yang boss besar suruh angkat letak dalam bilik. Third, one you step your foot in this house, you never know when can you get out. Because you need to play when big boss act you out" terang perempuan itu.
Errrr.. Terkulat kulat aku cuba memahami ayat perempuan tu. Ok. Makanan ni no problem. Pasal culik tu bukan ke ada asap kabus. Kiranya itu racun!! Apa maksud dia ayat last?
"Who's your 'big boss'? Do you think I am mannequin?" soalku sinis.
"My big boss is RM." jawab perempuan itu.
RM? Apa benda tu? Ringgit Malaysia ke?
Perempuan itu meletakkan dulang diatas meja.
"Sila makan sebelum masa tamat."
Masa tamat? Ingat ni sekolah ke?
"By the way, what time is now?" soalku.
"Don't know.." Dia menguak pintu bilik untuk beredar. Aku dengan pantas pergi kearah pintu untuk freedom!!
Paaap!! Dia menghempap pintu kuat.
Aku mengeluh kuat. Aku memicit otak aku. Cuba memikirkan apa yang berlaku hari ini atau semalam. Sebab aku tak tahu Sekarang ni apa tarikh atau pukul berapa.
Mula mula birthday aku.. Kemudian aku dikhianati... Tak sangka aku 'keluarga' aku dan lelaki jahanam itu sanggup tikam belakang aku. Kerana apa? Harta...
Lebih menyedihkan diorang seperti berpura pura baik dengan aku. Lakonkan role seperti 'keluarga tercinta'. Tapi dalam hati memang busuk mengalahkan bangkai anjing!! Aku memaki maki didalam hati.
Faris... Sepupu atau ex sepupu yang brangsat. Selalu bagi kata kata semangat. Tapi apa? Hampeh!!! Talam dua muka!! Kerana apa? Harta...
Tak cukup dengan itu, diorang bunuh ibu bapa aku. Pas tu berkomplot nak bunuh aku pula! Abang Qayyum... Dimana kah kau wahai Aish Qayyum..
Mataku berubah warna biru. Hidangan yang sangat menyelerakan kusuap sehingga licin. Air jus ku teguk dengan lahap.
Aku menggosok gosok mata. Baru ku perasan. Mana kaca mata hitam aku. Ah! Biarlah! Kesakitan mata aku ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kesakitan dihati yang bagai disiat siat!
Mataku berubah warna merah.
Ding Dong...
Bunyi loceng atau gong itu Kedengaran sekali lagi.
Bilik tidur dimasuki oleh perempuan berbaju maid dan bertopeng.
Aku melihat kedalam matanya. Dalam dalam. Urghh.. Bukan perempuan tadi.
Perempuan itu mengangkat dulang dan pinggan gelas.
"Cik muda. Masa santapan sudah tamat.. Sekarang cik muda dipersilakan bersiram. Baju cik muda akan saya letak di kamar beradu." ujar perempuan maid itu.
Aku pelik la. Santapan? Bersiram. Kamar beradu? Oh, gosh! Dah macam istana pula!
Kejap! Kalau nak dipikir balik, rumah agam yang dikatakan 'Blood Rose' ni tadi aku nampak memang macam istana dengan saiz dia yang hampir menyamai saiz istana. Ye ke?
Aku hanya mengangguk kecil. Memang lembu dicucuk hidung betul lah!
"Selepas cik muda bersiram, cik muda kena ready untuk cabaran game ye.." pesan perempuan itu lalu beredar. Aku ingin keluar namun sempat dia menutup laju laju.
Argghh!! Dengan kepantasan karate pun tiada gunanya!!
Siapa punya angkara ni??!! Siapa??!! Siapa??!!
Aku membuka almari. Ada tuala yang bercorak rose merah putih. Gosh.. Creepy gila.
Aku terus masuk kedalam bilik air yang luas. Yelah. Bau badan aku sungguh tengik. Mungkin dek sebab aku lari sampai masuk hutan. Perhaps?
Wow. Aku terpegun. Dinding bilik air bercorak bunga rose merah. Bath tub yang telah dipanaskan air panas. Macam masak maggie aje... Bunga rose diletak di atas permukaan air. Bau bunga rose menusuk hidung. Gosh...
Macam anak raja je aku ni. Hehehe.. Berendam lah nampaknya..
****
Aku keluar dari bilik air selepas berendam. Macam bercuti aje aku ni..
Aku melihat diatas katil sepasang dress merah hitam. Baju dalam juga ada.
Mesti perempuan tu yang buat. Oopss.. Macam kurang ajar je bunyinya. Okay lah. Aku namakan 'Mistery Maid'.
Terus aku memakai baju itu. Woa.. Sungguh elegant.. Warna dress yang merah rose dan hitam menjetik perasaan aneh dihatiku.
RM memang suka bunga mawar ke? Pilih warna pun merah. Bilik pun merah. Sabun pun rose. Nama rumah agam pun 'Bloody Rose' Oopps.. 'Blood Rose'
Ding Dong...
Isshh.. Ingat ni sekolah ke ashik ashik bunyi kan loceng aje..
"Seronok bersiram?" suara aneh itu! Aku syak suara RM.
Aku pandang kearah teddy bear itu. Haishh..... Siapalah kau wahai RM?
"Sekarang mari mulakan game.."
"Hei! Kenapa kau kurung aku dalam rumah ni ah???!!!?" soalku marah direct. Tak habis habis game aje!!
Yelah. Macam haiwan peliharaan je aku rasa. Dikurung didalam sangkar.. Tetapi diberi makan dan dimandikan. Tak ke sama macam haiwan peliharaan?
"Sabar... Bukan kamu sorang aje yang kena kurung"
Eiikk? Bukan aku seorang?
"Siapa??!!"
"Orang yang kamu sangat rindukan.."
"Yelah siapa??!!"
"......."
Share this novel