11

Romance Series 37698

Aku berjalan jalan di taman selepas tamat waktu persekolah.

Hint 2 dari madam X membuat aku pening.

Oh Iris,
Bunga Iris cantik di berkembang
Sekuntum bunga Iris terkena sumpahan.
Cantik ungu violet. Sumpahan.
Oh Iris,
Dek kerana cemburu, sekuntum
bunga Iris merana kesedihan
menanggung beban.
Siang malam, air mata bergelinang.
Mengenangkan nasibnya.
Alahai
Hanya kerana cemburu dan dendam, sekuntum bunga Iris layu kesedihan

Apa maksud lagu tu?

"Oh, Iris.....
Bunga Iris cantik berkembang, sekuntum bunga Iris terkena sumpahan, cantik ungu
violet, sumpahan
Oh Iris.....
Dek kerana cemburu, sekuntum bunga Iris merana kesedihan menanggung beban Siang malam, air mata bergelinang Mengenangkan nasibnya,
Alahai,
Hanya kerana cemburu dan dendam, sekuntum bunga Iris layu kesedihan "

Tanpa disedari, mulutku lancar bersuara.
Cepat cepat aku tekup.

Sekejap! Mesti ada sambungan lirik!

"Bunga Iris yang layu kesedihan
Alahai...
Dapatkah hidup subur lagi?
Alahai, kasihannya...
Terkena sumpahan,
Merana sendirian..
Alahai, malangnya...
Dahulu subur..
Namun sekarang layu..
Apa lah nasib.. Alahai.."

Aku menekup mulut aku.
Apa ini? Kenapa mulut aku bergerak tanpa keiinginan aku. Tak dek pun lirik itu dalam surat.

" Alahai... Dibuang tuan sendiri.
Dikurung ditempat sunyi..
Acap kali warna bertukar tukar.. "

Peliknya!! Kenapa aku boleh tahu lirik lagu tuu?

"Sering kali menutupi wajahnya yang manis...Apalah nasib...
Alahai....
Dapatkah bunga Iris yang layu..
Hidup mekar kembali?"

Mata mulai berkaca kaca. Tunggu masa untuk jatuh sahaja.

Kenapa? Kenapa macam pernah dengar? Kenapa? Kenapa macam pernah menyanyi lagu ini? Kenapa? Kisah hidup bunga Iris macam aku?

Kepala terasa sakit yang amat. Aku memegang kepala aku..

" Iris!!"

Terdengar sang suara garau. Faris kah?

Aku pun rebah diatas muka bumi itu.

********
*******
******
*****
****
***
**
*

Kelopak mataku dibuka perlahan lahan.
Terasa seperti ada tangan yang menggenggam tangan aku.

"F.. Faris?"

Kepala yang ditundukkan segera diangkat apabila terdengar namanya dipanggil.

"Iris.. Kau tak apa apa ka?" soal Faris.

Aku mengangguk perlahan.

"Kau.. Kau call mama papa aku ke?" soal aku.

Dia menggeleng.

"Kau nak aku call ke?" Faris segera memegang phone Samsung miliknya.
Bersiap sedia untuk mendail.

Aku laju menggeleng.

"Ja.. Jangan... Tolong" kolam mata aku mula pecah. Air mata bercucuran turun.

Faris agak terkejut melihat air mata aku gugur.

"Cik Eryna?" seorang doktor lelaki memanggil.

'Doktor Akmal..'

"Kenapa dengan Iris, doktor?" soal Faris terlebih dahulu.

"Faris... Boleh tak kau keluar sekejap.. Aku nak berbincang sekejap" pinta aku.

Dia mengangguk lalu beredar.

"Macam inilah, cik Eryna.. Badan cik tak stabil lagi dan masih berada dalam keadaan lemah. Cuma...."

Cuma?

"Cik tahu tak sebernanya cik ini pernah mengalami kemalangan?"

Kemalangan? Bila?

"Err.. Tak tahu pula saya.."

"Saya dah buat analisis dekat otak cik. Ada retakan yang agak kuat. Ia menyebabkan cik amnesia"

Aku terpaku. Whatt? Retakan? Amnesia?

"Kenapa saya tak tahu pun?"

"Sebab retakan itu agak lama. Beberapa tahun yang lepas... 10 tahun atau lebih." terang doktor itu.

Whatt? Begitu lama!!

"jadi?"

"Jadi cik perlu menjalani rawatan selanjutnya"

What the fish?!!! First, Iris aku yang problem. Second, otak aku!

"Tak pa.. Lagi pun saya ada banyak hal yang kena buat" ujar aku lalu cuba untuk beredar.

"Iris cik.."

Kata-Kata dia membuat langkah aku berhenti.

"Iris cik bermasalah,bukan? Mengikut teori saya, iris cik 'bercahaya'. Kemudian cik mengalami kemalangan. Bagi saya, semua ini disengajakan. Itu apa yang saya tahu"

Bulat mata aku.
Aku menghampiri doktor itu.

"Berapa banyak lagi kau tahu???!!!" jerit aku.

Dia mulai melangkah pergi.

"Kalau cik tak nak buat rawatan, cik siasat la semua ini ya.. Siapa dalang disebalik kemalangan.. And one more thing.. Kirim salam dekat madam X."

Doktor itu pun beredar.

Peningnya!! Ya Allah!!! Apa ini?? Amnesia?? Kemalangan yang disengajakan?? Dalang?? Madam X pun ada kaitan?? Doktor ini pun tahu pasal madam X????

Misteri semakin lama semakin susah untuk dibongkarkan. Makin cuba untuk mencari jawapan.. Makin banyak persoalan yang timbul..

Hidup juga macam itu. Like miracle. Semakin banyak diterokai semakin banyak persoalan... Ianya acap kali berulang ulang.. Kitaran hidup..

Aku keluar dari hospital itu bersama dengan Faris.

"Doktor kata apa?"

Aku hanya berdiam diri.

"Aku balik dulu tau.." ujar aku.

"Meh aku hantar" tawar Faris.

"Aku nak pi rumah Fiera la.. Bye" tipu aku lalu beredar sebelum Faris sempat berkata apa apa.

Lagu itu.. Apa maksud dia? Aku amnesia? Siapa dalang disebalik kemalangan? Madam X... Aku rasa dia tahu semua perkara. Dari A ke Z.

Aku mendongak ke langit.

"Aku bersumpah atas mata aku yang bermasalah, Iris! Aku akan bongkarkan misteri ini!!" jerit aku serupa orang gila.

Orang yang lalu lalang memandang aku dengan pelik.
Tidak aku hiraukan.

Keadaan menjadi makin rumit untuk aku ketahui siapa aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience