4

Romance Series 37698

"Ryn...Kitorang nak no.phone kau boleh?" soal Farah.

"Ha'ah. Kitorang nak add kau dalam group kitorang" sambung Yana.

"Boleh aje." ujarku seraya mengeluarkan phone Apple.

Sekolah ni adalah sekolah private. Pelajar dibenarkan bawa phone cuma kalau hilang kena pandai pandai bertanggungjawab.

"Woa. Apple dooh.."

Aku hanya tersenyum.

"Hadiah birthday aje.." tipu aku.

Tipu sunat tak pe kan?

"Untunglah..." ujar Fiera.

"Ermm.. Aku nak tanya boleh?"soal aku.

" Tanya jelah"jawab Yana

"Korang... Ni.. Ikhlas tak terima aku sebagai kawan?"

Dahi mereka berkerut.

"Apa yang kau merepek ni?" soal Farah.

"Saja tanya. Mana tahu aku ni macam sombong ke sebab pakai kaca mata hitam.. Korang Ikhlas tak?"

"Kitorang Ikhlas tapi tu la kan... Manusia sendiri tidak tahu diri dia ikhlas ke tidak. Even malaikat. Hanya Allah aje yang tahu" ujar Fiera lembut.

Woa.. Aku tak expect jawapan ni.. Aku rasa diorang ikhlas ni..

"Even kalau aku macam cacat ke? Buta ke?Not normal ke.." soal aku lagi.

"Semua manusia tak sempurna.. Kau tengok si Farah. Ada masalah mulut. Tak reti dok diam" sindir Yana.

Farah mencebik.

"Si Yana ni.. Ada penyakit suka berangan. Berangan kahwin dengan putera raja.. Pergghhla.."sindir kembali Farah.

Yana memuncungkan mulut.

Kami ketawa.

" Dalam erti kata lain don't judge a book by it's cover. Macam kau, Ryn. Orang ingat kau sombong tapi bila kenal kau, kau bukannya sombong pun. Ramah dan friendly lagi.. "ujar Fiera.

Aku tak pernah dengar jawapan sebegitu.
Aku terharu

" Fiera pula dia ni ustazah jadian"ujar mereka serentak.

Kami ketawa lagi.

Aku mengangkat sedikit kaca mata hitam aku untuk melihat emosi diorang.

Kuning... Diorang memang ikhlas.. Akhirnya... Dapat juga aku kawan dengan manusia yang ikhlas.
Tanpa aku sedari, air mata aku mengalir kesyukuran.

"Asal kau menangis ni, Ryn?" soal Yana khuatir.

Aku menggeleng.

"Tak dek apa apalah.. Guys.. Aku balik dulu tau." ujar aku sambil mengelap tangisan.

"Bye" ujar mereka.

Aku pun beredar dari kelas.

Tangan aku tiba tiba ditarik manusia busuk hati. Siapa lagi kalau AYAM BETINA and her CHICKS..

"Apa kau nak?" soal aku kasar.

"Kau jangan rampas Rayyan aku,perempuan kampung!!" marah Maya.

Pertama kali dalam hidup aku, aku dimarah kerana lelaki. Selalunya pasal mata.

Aku tersenyum sinis.

"Maaf ye, MAK CIK.. Dekat atas dahi dia ada tak tulis 'MAYA' S'? Ada tak? Tak pun 'AYAM BETINA PUNYA'. Ada? Ada?" sinis aku.

Maya membulatkan matanya lalu melemparkan kaca mata hitam aku kelongkang.

Babun punya minah ayam panggang!

Aku cepat cepat tutup mata aku.

" Betul ke kau sensitif dengan cahaya? Aku nak tengok la.. "ujar Maya sinis.

" Kau okay? "soal satu suara.

Aku toleh dan ianya Faris.

" Kau jangan menyibuk boleh tak, NERDY?!"Maya menekankan perkataan itu.
Genga Maya pula gelak sinis.

PAAKKK!!

Tamparan hinggap dimuka Maya yang putih. Padan muka aku cop mohorkan!!

" Kau..."

Aku terus mengeluarkan spek hitam yang berada di dalam poket. Aku terus menarik tangan Faris yang kelihatan terkejut dengan tindakan aku.

"Tunggulah, perempuan bodoh!!!! Sial!! Kampung!!" jeritnya lagak orang gila sorang sorang.

"Dia memang gila eh?" soal aku sambil berbisik.

"Ha'ah. Wayar dekat otak dia shock tang mana pun tak tau" ujar Faris selamba dalam loghat Utara yang agak pekat.

Kami ketawa.

"Boleh tak aku panggil kau Iris?" soal Faris.

Dahi aku berkerut. Salah makan ketum ke?

"Dah kenapa pula? Nama Ryn kan ok je.."

Dia geleng lalu membuka spek hitam aku.
Aku agak terkejut tapi mujur tak dek orang

"Sebab Iris kau cantik.." ujarnya.

Mata aku berubah warna pink. Cepat cepat aku ambil balik spek hitam aku ditangan Faris.

Jantung aku berdegup kencang. Pipi sudah serupa buah tomato. Tak dapat beza.
Aku lari meninggalkannya.

"Iris!!!iris kau tukar warna ke??!! Pink ke??!!" soalnya tapi bagi aku dia sudah tahu.

"Suka hati kaulah, Faris Si Gemuk!!!" jerit aku lalu menjelirkan lidah kepada Faris lalu berjalan pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience