19

Romance Series 37698

"Aku........." belum sempat dia berkata lebih lanjut mengenai identiti dia,

"Iris!!" panggil Faris.

Jejaka bertopeng angel terus lari.

"Oh, Faris"

"Siapa dia?" soal Faris serius.

"Entah" jawab aku sambil menjongket bahu.

Faris terdiam sambil dahinya berkerut.

"Asal kau ni?" soal aku kehairanan.

"Eh. Tak dek apa apa lah. Bagus kau main tadi" puji Faris.

Aku hanya tersenyum.

"Ryn!!" panggil Fiera, Yana dan Farah lalu menuju kearah kami.

"Oopss, kami ganggu privasi korang ke?" soal Yana sambil kening sebelah terangkat.

"Tak dek la" balas aku acuh tak acuh.

"Hebat la kau tadi" puji Fiera apabila mendapati Yana tersenyum senget.

"Air mata aku meleleh!" sambung Farah.

"Confirm menang!" celah Yana.

Aku tersenyum.

"Thanks, guys"

"Ehem ehem." Kami toleh kearah sang yang berdehem.

Kelihatan miss Rita sedang bercekak pinggang.

"Pertandingan belum habis lagi ya"

Kami tersengih.

"Kami pergi dulu ya, tuan puteri" sindir Yana diikuti dengan gelak ketawa Farah dan Fiera.

Aku mencebik.

Mereka beredar.

"Aku pun pergi dulu ya, Iris.. Good luck! Aku yakin kau boleh menang!" ujar Faris sambil tersenyum.

"Thanks, Faris"

Faris menganggukkan kepala lalu beredar.

"Emm... Ryn, kenapa Faris panggil kamu.... Iris?" soal Miss Rita was was.

"Entah. Otak dia memang mereng. Dia kata sebab Iris saya cantik" balasku.

"Kalau boleh, jangan rapat sangat dengan Faris tau" pesan miss Rita.

Dahi aku berkerut. Kening aku terangkat
Dah kenapa pula?

"Kenapa miss?"

"Time to announce the winner of piano competition. From bronze to gold. Hope you guys ready" ujar pengacara majlis.

"Mari kita masuk dalam dewan semula ya, Ryn"

Aku mengangguk.

...

"The winner of this competition, will get a title 'Pianist Angel'. The Pianist Angel goes to........ Eryna Sofea from SMK Convent Armanda with a song The Tear Of Angel!"

Orang yang berada di dewan bersorak riang. Kebanyakannya pelajar SMK Convent Armanda. Of course diorang happy.

Aku naik ke pentas lalu mengambil Hadiah.

Aku tak pasti dengan perasaan aku.
Terkejut sebab menang? Mestilah. Happy? Entah laa..

Fikiranku melayang layang. Aku terfikir tentang dua perkara. Jejaka misteri tadi dan...... Faris.

"Tahniah, Ryn"

"Kau memang mahir"

"Lagi hebat dari Maya"

"Kau memang patut menang"

"Syabas, Ryn!"

Semua pujian pujian aku balas dengan senyum kelat. Korang nak aku kata apa lagi? Kira okay apa aku senyum walau tak ikhlas. Eh eh. Ikhlas hanya Allah yang tahu.

"Tak sangka monyet cam kau menang. Agaknya juri buta kott" sindir Rayyan.

Ya Allah! Beruk ni nak apa? Cubalah puji aku sedikit. Boleh lah hidung aku kembang sedikit. Ni tak. Perli aku ada la!

Aku mencebik.

"Kau aje yang buta campur pekak! Kau kata aku monyet? Kau tu beruk terlepas dari Zoo!!!" bidas aku sambil berpeluk tubuh.

"Whatever you say"

"Kau mengalah ke?" soalku tak percaya.

Woo ho!! Ketua Pengawas sudah down!!!

"Bukan angkat white flag tapi cuba berundur untuk budak ribena tak cukup umur macam kau" balas Rayyan bersahaja.

Ciss!! Ingatkan sudah give tadi! Mulut dia memang pedas gila
Aku menjuihkan bibir. Benci! Benci! Benci!

"Kau tak payah muncung Mulut serupa bapak itik. Tak dek Siapa nak tengok" sinis Rayyan.

Issh!!! Semua omongan yang keluar dari Mulut dia memang sakitkan hati aku!

"Tadi, ada tak sorang budak yang pakai kostum angel cam kau?"soal Rayyan serius.

Maksud dia... Jejaka bertopeng? Kalau nickname dia panjang...aku ringkaskan ke Mr Angel.

" Ada. Kau kenal ke? "

" Dia ada kata apa apa tak dekat kau? "soal Rayyan lagi. Riak Wajahnya yang tegang sangat serius. First time tengok head prefect serius. Selalunya jalankan tugas sambil lewa (Bukanlah sambil lewa sangat)

Aku menggeleng.

Rayyan mengeluh kuat. Aku terkejut dek kerana keluhan dia agak kuat.

"Kau kenal ke dengan Mr Angel?" soalku

"Taklah. Dah kenapa kau panggil dia Mr Angel?" soal Rayyan pelik.

Aku tersenyum.

"Sebab dia pakai kostum angel sebiji dengan aku!"

Rayyan mengangguk faham.

"Tadi kau turun stage dengan dia, dia tak kata sepatah pun?" soal Rayyan dengan nada serius.

Aku mengangguk kecil.

"Kami turun aje dari stage aku tanya dia siapa dia. Tapi belum sempat dia jawab siapa dia Faris muncul. Then Mr Angel lari bila nampak Faris" terang aku.

Bulat mata Rayyan. Errr.. Aku salah kata ke?

"Dia tak kata apa apa then Faris muncul??" soal Rayyan dalam nada yang agak tinggi. Nak masuk vokalis ke? Sini bukan tempat percubaan suara. Sila pergi ke Konti Radio ye..

Aku mengangguk lagi.
Rayyan mendengus kasar.

'Darn it!' keluh Rayyan dalam hati.

" Dia lari mana? "

Eh eh. Banyak tanya pula. Dia ingat aku PA Mr Angel ke?

"Dia lari dekat sana" aku menunjuk kearah belakang blok C.

Tanpa berkata apa apa, Rayyan terus lari menuju ketempat yang aku tunjuk.

'Darn it!! Plan tak jadi!!' jerit Rayyan dalam hati.

Isshh mamat ni! Bukan nak kata thanks ke apa ke. Ni terus blah! Dasar mamat kerek betul.

Aku menujuk ke satu bilik.

"Miss.. Saya nak pergi tandas salin baju ye"

"Pergilah, Eryna" jawab Miss Rita.

Aku mengambil baju sukan dalam beg galasku. Air didalam botol diteguk.

"Nak miss buang make up?" tawar Miss Rita.

Aku menggeleng. Gila nak cakap dengan air penuh dekat Mulut. Serupa pipi baby hippo aje. Kau rasa?

Aku keluar dari bilik.


????
"Nampaknya.. Plan tak jadi la Madam..." ujar seorang lelaki kepada seorang wanita bertopeng yang sedang menghirup air cappuccino.

"Bagus laa.. Memang itu yang aku nak" balas wanita itu dengan nada sinis.

"Tapi kenapa?" soal pemuda itu

"Bertambah seronok la aku." jawab wanita itu.

Itu adalah madam X.

Pemuda itu menggelengkan kepala berulang kali.

'Isshh.. Kalau nak tolong orang, tolong la betul betul. Dia ingat diorang tu boneka ke?' pemuda itu bermonolog di dalam hati.

"Rumah agam tu dah beres?" soal madam X sambil menjamah kek Red Velvet Cheese.

Disuapnya kek itu kedalam mulutnya.

"Sudah,madam"

"Bagus..."

"Madam tak nak bagi hint ke?"

Madam X tersenyum sinis.

"Belum sampainya waktu. Permainan yang sebenar belum bermula lagi...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience