Special Part

Romance Series 37698

Actually, Fiera Yana dan Farah dah tahu pasal siapa Iris dan masalah mata.
Sebelum hari competition lagi.

***************************

Di cafe...

"Wei, guys.. Aku penat lah dok hadap nombor aje..." rungut Yana.

Farah sudah menekup muka dengan buku addmath.

"Jom rehat" cadang Fiera.

"Wei, Ryn. Nampak ke nombor kalau pakai spek hitam?" soal Farah.

Aku tersentak. Nak jawab apa eh?

"Nampak aje.." jawabku sambil membetulkan kaca mata hitam

Yana kelihatan berfikir sejenak.
Tiba tiba Yana menjerit kecil. Seolah olah ada lampu mentol yang sedang menyala disebelah kepala Yana.
Laa.. Yang macam dapat idea tu..

"Aku ada idea!!!"

"Idea apa?" soal Fiera sambil menghirup air sirap.

"Let's play some game"

"What kind of game, Yana?" soalku sambil tangan tekun memegang pen.

"Truth or Dare" Yana tersenyum penuh makna.

"Aku sokong!" ujar Farah sambil mengangkat tangan kanannya.

"Okay la.. Tapi jangan lama tau" ujar Fiera.

"Alaa. Tak lama pun.." Rilek gila Yana bersuara.

"Aku on je" balasku.

"Okay. Semua sudah ready kan?" soal Yana.

Kami mengangguk persis burung belatuk.

"Haid!!" Macam orang jepun aje.

Yana mengambil botol plastik. Jenama Spritzer? Diteguknya air yang tinggal suku.
Dia meletakkan diatas meja.
Buku buku addmath kami tutup.

"Siapa nak start?" soal Fiera.

"Aku cadang. Aku start dulu" Yana tersengih.

Farah sudah tarik muka. Tak aci!

Yana memusingkan botol. Paap!! Fiera!

"So, Fiera? Truth or Dare?" soal Yana.

"Of course dare" balas Fiera tanpa teragak agak.

'Ada hati nak korek rahsia aku?'

Yana tersenyum sinis yang menyeramkan. Naik bulu roma.

"Aku nak kau pergi dekat meja abang abang hensem tu.. Kau minta no phone abang hensem baju polo warna hitam merah. Amacam?"

Terbeliak mata Fiera.

Wahh!! Yana ni memang kaw kaw la idea cabaran dia!

Aku dan Farah cuba menahan ketawa bila melihat wajah Fiera yang cemberut serupa cacing kepanasan.

" Tak leh ke lain? "soal Fiera.

Tanpa belas kasihan, Yana menggelengkan kepala.

Air liur ditelan Fiera. Err.. Mampus aku..

" Please, Yana.. Kau gila ke?? "

" I'm not crazy. I am very intelligent crazy"

Aku dan Farah ketawa mendengar omongan Yana. Perasan gila!

"Tuu laa.. Jangan kau berani kata dare lagi. Kalau kau kata its just a game, aku tumbuk kepala kau. Now go!"

"At least, bagi aku bawa teman, Yana" Fiera membuat muka cute.

"Yelah yelah."

Wajah Fiera bertukar ceria.

"Let's go, Ryn!"

"Huh? Whatt? Me?" Tiga soalan terpacul dari mulutku. Blur bukan?

"Yes. Eryna Sofea!"
Tanganku ditarik oleh Fiera.

Kami melangkah kearah 'abang abang hensem'.

Asal la aku yang jadi mangsa keadaan. Syafiera ni satu. Ajak la Farah ke si tuan punya cabaran, Yana ke. Ini pergi tarik aku. Tak patut... Tak patut..

Fiera berdehem apabila 'abang abang hensem' tu tengah kusyuk dan tekun berbual bual. Tetapi tidak didengari.

So, how about kalau aku masuk line?

"Excuse me..." ujarku sedikit kuat.

Baru terdiam terus. Mereka mengangkat kepala melihat aku.

"What do you want?" soal seorang lelaki berkulit gelap.

Aku menyiku lengan Fiera apabila dia diam sahaja.

"Err.. Can I have his number phone please?" Aceh aceh.... Bajet speaking... Eikk.. Aku yang start dulu.

"Kau maksudkan...dia?"soal lelaki bertopi sambil menunjukkan kearah lelaki berbaju polo yang ashik bermain phone.

Aku mengangguk.

" Wei.. Awek cantik ni nak no.phone kau" Lelaki bertopi menunjukkan kearah aku.

Errr.. Tak kuasa aku... F. Y. I bukan aku punya cabaran!

"Huh? Mana? Mana?" soal lelaki polo.

Dia mengangkat muka. O. M. G!!! Client papa!!! Client papa ni tua berapa tahun aje dari aku. Confirm dia kenal siapa aku!

"Cik Eryna Sofea?" soal lelaki polo minta kepastian.

Fiera berkerut. Err.. Cam mana dia tahu nama Ryn? Tak semena mena Farah and Yana join to the club.
Diorang ni duduk diam diam la dekat meja sana. Sibuk betul wartawan ni.

"Errmm.. Do I know you?" soalku kembali. Tempah maut betul la kau ni, Eryna!!

"How do you know my friend" soal Yana. Eh eh. Minah ni kepoci betul lah!!!

"Siapa tak kenal dengan Eryna Sofea. Anak Tan Sri Ibrahim."

WTF???!! Kurang gula betul la client papa ni!!!

Seperti yang dijangka terkejut besar Fiera, Yana dan Farah. Siapa tak terkejut? Bestie sendiri anak Tan Sri.

"Anak... Tan S-Sri???" soal Farah terkejut.

"Yes. I know her because she wear a sunglasses"

"Kau Eryna Sofea??" soal lelaki berkulit gelap.

Adduuss.. Diorang semua ni client papa la!! Menyesal gila aku teman Fiera! Memang minta maut betul!

"Oh. Eryna Sofea. The girl with a witch eye" ujar lelaki berkulit putih selamba.

Witch???!! Besar kecil besar kecil aje aku tengok dia ni.

"Witch eyes??" soal Fiera kebingungan.

"Yes. Eryna Sofea Binti Tan Sri Ibrahim have a witch eye. I mean Pinocchio" balas lelaki itu dengan riak selamba.

Panas gila aku!! Rahsia aku terbongkar! Entah kenapa otak aku tidak dapat berhubung dengan baik! Semuanya aku rasa blur aje..

"I don't understand" Kau tak payah understand laa, Yana..

"Do you know why she always wear sunglasses? Because her eyes can change colour. Like magic right? But it's real. Eryna Sofea have a wicked witch eyes."

Ada juga aku sepak lelaki ni!!

Mereka tersentak. Tergamam.

"Boleh berubah colour????"

"Orang macam kau memang tak layak nak hidup seperti manusia normal" Sinis lelaki bertopi pula.

"Oh. Sacred eyes.. Kesian bapak kau kan?" sinis lelaki polo.

"Dapat anak cacat" lelaki bergelap pula suara.

Fiera, Yana dan Farah masih Tergamam. Benda yang sama akan berulang lagi...

Hati aku berasa bara dengan kutukan dari mereka.

"Oh really, misters? So should you guys see my wicked witch or sacred eye??" soalku geram namun dengan senyuman sinis.

Fiera, Farah dan Yana seperti juga mahu melihat mataku.

Aku membuka kaca mata hitam.
Warna anak bola dari ungu bertukar ke warna merah menyala. Sangat menyala.

Mereka tersentak. Lelaki lelaki jahanam terus lari lintang pukang ketakutan.

Aku menghela nafas panjang lalu lari kearah meja. Aku mengemas buku buku.

Time to quit from school.

"Weii.. Betul ke?" soal Yana.

"Kau anak Tan Sri?" soal Farah.

"Kau tak apa apa?" soal Fiera.

Aku terkejut. Eiikk.. Diorang tak lari?

"Korang tak takut ke?" soalku sambil mata aku berubah warna.

"Takut? Nak buat apa takut?" soal Fiera berani.

"Caya lah mata kau!!!" teriak Yana dan Farah.

"Boleh tak kau explain dari A to Z?" pinta Fiera.

Aku menghela nafas panjang.

"Nama aku Eryna Sofea Binti Tan Sri Ibrahim. Mata aku umpama hidung Pinocchio. Ianya boleh berubah warna mengikut emosi aku. Kalau aku lihat mata orang, aku boleh melihat emosi dia. Tapi sebagai balasan, warna emosi itu jelas terpampang di mata aku. Kauorang tahu tak? Dari aku kecil sampai form 3 aku belajar dirumah. Sebab mata. Start tahun lepas aku belajar dekat sekolah. Tapi aku banyak dikhianati. Dilukakan. Diorang rapat dengan aku sebab harta. Bila diorang tahu pasal mata aku, terus diorang kutuk aku. Banyak kali jugalah aku pindah sekolah. Mama aku kata ini adalah kali terakhir aku sekolah. Kalau aku kena buli, aku akan homeschooling. Sebab itu jugalah aku pakai spek hitam. Sebab itu aku tak bagi tau korang. Takut aku ditinggalkan...." Air mata aku menitis. Mata aku berubah warna biru.

Mereka tergamam sebentar.

" Hina lah aku.. Hina la aku sebanyak mana yang korang nak"ujar aku.

Mereka menggelengkan kepala.

"Kesian kau.. Mesti kau terseksa selama ni.." ujar Fiera.

"Patut kau selalu pakai spek. Marah bila orang rampas spek kau" Yana bersuara.

"Kitorang tak nak hina pun kau.." ujar Farah.

"Ye ke?"

Mereka ketawa kecil.

"Tengok la mata kami" Yana membuka matanya luas.

Aku melihat mata mereka berubah warna ketulusan.

"Berubah la warna mata kau!!" jerit Farah keriangan.

"Cantik la muka kau. Selalu pakai spek, tak nampak muka kau. Rupanya muka kau cantik sangat" puji Fiera..

"Kalau kau bagitau kitorang awal awal, mesti kitorang boleh tolong cover. Kan??"

Farah dan Fiera mengangguk.

"So, korang ikhlas kawan dengan aku?" soalku.

Mereka mengangguk laju.

"Mestilah!!!"

Kami ketawa.

"So, back to our addmath problem" ujar Fiera.

Aku, Yana dan Farah memuncungkan mulut.

Tak sangka aku.. Ada juga manusia yang berhati suci...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience