22

Romance Series 37698

Bab 22 - Pagar Bloody Rose Sesat

"Siapa dia??!!" soalku. Hisshh.. Main main pula RM ni!

"Hmm.. Kalau aku bagitau sekarang tak seronok la.."

Aku mengetap gigi. Kalau lah RM ada dekat depan aku, dah lama aku bagi flying kick secara free. Bukan setakat flying kick. Flying punch. Flying butterfly. Flying crocodile. Flying star semua aku bagi.

"So, apa game dia?" soalku sambil berpeluk tubuh.

Teddy bear pink itu kupandang lama.

Eiikk? Tak dek pun jawapan? Dah mati ke RM ni?

Pintu bilik dibuka. Maid ke?

Sangkaanku meleset. Dua jejaka bersusuk tubuh tegap masuk kedalam bilik tidur.

Mereka menghampiri aku.
Salah seorang jejaka itu menggari tangan aku. Guys, real gari! Gari yang polis tangkap penjenayah tu!!

"Oi, apa ni??!!!!" jerkah aku. Tiba tiba mata aku ditutup dengan kain.

What the heck??!!!

Mereka mengusung aku ke suatu tempat.

Aku meronta ronta minta dilepaskan.

"Diam boleh tak?!!" marah salah seorang jejaka itu.

Tetapi aku tetap menjerit jerit. Mataku ditutup. Keadaan menjadi gelap gelita. Tanganku di gari. Lenganku dipegang.

Ketika aku diusung, aku dapat merasakan jalan tanah. Yelah. Aku tidak memakai kasut.

Dekat mana aku ni?
Diorang bawa aku kat mana ni?
Bila aku boleh melihat cahaya?

Pelbagai persoalan berlegar diotak aku. Tapi yang aku pasti... Ini adalah angkara RM!

"Dah sampai" ujar jejaka itu. Kain dimataku dibuka.

Aku melihat pagar tumbuhan berada didepan aku. Pagar tumbuhan rose sesat.

Alaa.. Yang macam kena cari jalan keluar dari pagar sesat itu..

Tapi, pagar sesat ni ada bunga rose putih. Entah kenapa rasa macam ada orang mati.

Aku mendongak ke langit. Bintang berkelipan di sana sini. Bulan purnama jelas kelihatan. Sekarang waktu malam.

Aku toleh kebelakang. Paap!! Aku dapat melihat rumah agam mewah. Rumah agam Itulah yang aku nampak. Memang macam istana aje..

"Pandang depan" arah jejaka itu tegas lalu menolak dagu aku supaya kedepan.

Aku mengetap gigi. Biarlah dekat aku! Dasar kurang ajar!

Seorang maid datang sambil membawa teddy bear pink.

Tch! RM!

"Boss besar ingin menyatakan tentang game pertama" ujar maid itu.

Game pertama? Jangan jangan ada game yang lain! Oh, gosh!

Tetapi aku pelik. Gari besi ditangan aku belum dibuka lagi. Kata nak main game. Dekat mana lah diorang curi gari polis ni... Haihhh.... Aigoo..

" Game pertama bernama Pagar Bloody Rose." ucap RM.

Aku tersentak. Creepy gila nama game ni. Bloody Rose..

"Kau kena escape dari terperangkap dalam pagar dan ditangkap oleh werewolves "

Mak ai... Maksudnya aku kena masuk dalam pagar sesat itu? Gila! Kaki aku sudahlah ayam! Scary kot sebab malam sekarang ni.. Apa maksud werewolves ?

"Serigala jadian?" soalku.

"Serigala jadian yang makan orang " jawab RM.

Aku menelan air liur. Seram gila...

"Next?" soalku.

"Kau kena ingat, orang yang kau rindui juga turut bermain sama. Cuma posisi permulaan lain"

Orang yang aku rindui? Aahh!! Aku dah muak dengar ayat itu!

"Sudah lah. Itu je kan?" soalku.

"Ingat. Jangan terlepas benda yang penting." pesan RM.

Kebanyakannya ayat RM langsung aku tak memahami maksud. Arghh.. Lantak lah. Yang penting aku kena habiskan game yang mengarut ni!

"Pada waktu malam, werewolves berjaga dan mulai memburu. Hanya dengan menemui jalan keluar dapat terselamat dari dimakan werewolves." ujar RM.

Gari aku dibuka. Aku berfikir sejenak. Bukankah aku sedang memakai dress. Gosh... Cam mana nak lari? Tak guna punya maid!!

" Tunggu dulu.. Aku tengah pakai dress.. So, how to escape? "soalku.

" Just run"

Bengang aku apabila mendengar jawapan RM itu!! Nasib baik bukan PM. Perdana Menteri. Agaknya RM ini dah gila.

"Ingat pesan aku, jangan terlepas benda penting. Dan selagi kau tak habis, selagi itu kau akan terperangkap dalam pagar itu"

Wait.. Seriously?? Gila betul!!

"Kalau kau ada jodoh, kau akan terserempak dengan orang yang kau rindui.."

Bagus lah. Boleh aku tahu siapa dia..

"Sedia...."

Gila betul! Laluan dia sudahlah seram! Aku pula tak pakai kasut! Dress pula labuh.

Dengan sepenuh kudrat perempuan aku, aku mengoyak dress ini. Aku gunakan untuk mengikat rambutku.

"Mula!!"

Aku mula berlari. Bila kakiku menjejak tanah.

Aku melihat ada asap kabus yang menghalang jalan.

"Awwooo!!!!" Kedengaran suara serigala jadian.

Realistik gila!! Seram gila!!

Aku toleh kebelakang. Tak dak!!! Diorang dah tak dak!! Maid.. Dua lelaki sudah tiada! Kurang ajar!

Hadoi... Sakitnya hati aku!!

Baru aku perasan. Bunga rose putih yang berada di pagar, dicorak dengan....darah.

Hei,itu cat ajelah!! Kalau betul pun ada werewolf, werewolf itu pasti manusia.

Aku hanya berjalan santai. Tiba tiba,

"Awwooooo!!!!"

Aku toleh kebelakang. What the fuck?!

Werewolf itu beberapa meter dibelakang aku.
Mula hati terasa hendak mencarut.

Bukannya apa tetapi serigala jadian itu berbulu satu badan! Mata warna merah! Gigi tajam! Memang macam werewolf sebenar!

Gosh, realistic gila! Hei, bukan masa untuk kagum! Masa untuk kau lari!

Aku lari sekuat hati.

"AAAHHHHHHHHH!!!!" aku menjerit sekuat hati sambil kaki laju lari.

Werewolf itu berlari dengan gunakan empat kaki. 2 tangan 2 kaki. But! Larian dia tetap laju!

Alamak! Ada dua jalan! Kiri ke kanan?!!

Aahh! Ikut firasat wanita aku! Aku pilih kiri!

Aku lari ke kiri. Kemudian ada jalan lagi. Aku belok kanan. Ada jalan lagi. Aku belok kanan. Ada jalan lagi. Aku sedia ke hadapan. Ada jalan lagi. Aku belok kiri lalu lari kekiri dan seterusnya kehadapan.

Untuk mengelirukan musuh. Werewolf lah musuh aku!

Aku toleh kebelakang sambil berlari. Yes! Plan aku jadi!

Aku toleh kehadapan.

"AAAAAAAHHHHHHHH!!!!" teriak aku terkejut.

Holy shit! Ada werewolf lagi! Terkejut beruk aku!

Siapa tak terkejut? Macam filem hantu. Meremang bulu roma. Kau rasa?

Aku lari sekuat hati. Berapa banyak werewolf ni? Sekejap.. Bukan werewolf tapi..... Werewolves! A pack of werewolves!

Hadoi... Lenguh kaki aku.. Macam mana tak terlepas benda penting?

"Arghhh... Awwooooo!!"

Isshh.. Tak payah lah melalak!!

Ding Dong...

Aikk.. Bunyi loceng?

"Waktu pagi menjelma..." ujar satu suara.

Pagi? Aku mendongak langit. Masih malam. Apa kena mengena dengan pagi?

Aku toleh belakang untuk melihat werewolf tadi tetapi kaki masih gagah berlari.

Eikk? Aku melihat werewolf itu seperti kaku.

Aku toleh ke kiri. Werewolf itu juga kaku.

Hah! Jangan jangan kalau dia sebut pagi, werewolves akan kaku sebab dia tak boleh muncul waktu siang.

Heh! Senang la sikit untuk lari.

Aku tersenyum senget

"Perang pagar akan bermula..."

P/S : Bab 22 saya update guna celcom. Hehehe.. Saya ikhtiar aje.. So, macam mana dengan bab 22 saya? Please comment dan buat feedback atau ulasan. Boleh la saya perbetulkan. Maaf ye bab 22 ini ada banyak perkataan mencarut. Sebab kalau kita terkejut, kita bukannya sebut Ya Allah ke apa. Tetapi sering kali sebut perkataan mencarut. Mohon maaf ye..

Hope you guys enjoy reading bab 22..Nantikan bab 23 ya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience