14

Romance Series 37698

Sudah berhari hari berlalu sejak aku dimasuki ke wad. Keadaan masih sama.
Tiada apa yang banyak berlaku. Qayyum? Ah. Aku tak pernah dengar berita pasal dia. Madam X? Langsung tak bagi aku hint 4.

"Termenung apa tu? Teringat boyfriend ke?" usik Along.

Sejak aku pulang dari hospital itu, aku semakin mesra dengan mereka. Biarlah diorang bukan keluarga kandung aku...

Tapi mereka sudah menjaga aku.

"Ha'ah. Dia ajak kahwin.." dengan selamba aku menjawab.

Bulat mata along.

"Dia pinang Ryn ke??" soal along terkejut.

Aku ketawa kecil.

"Apa lah along ni.. Ryn lawak aje.. Tu pun tak tahu..."

"Ryn lawak tak kena tempat la..."

Along merajuk ke?

"Sudah la.. Ryn nak pi sekolah" ujar aku.

Ya. Hari ini hari Rabu. Kena pergi sekolah. Of course kena jumpa dengan mamat mereng tu.

Siapa lagi kalau bukan Rayyan? Dia tak habis habis kacau aku. Aku apalagi? Gaul lah... Kalau dia kacau tepung, aku pun gaul lah...

"Nak angah hantar ke?" soal angah tiba tiba.

"Eh eh. Sejak bila angah rajin ni? Silap makan ubat ke?" perli aku.

Ya. Angah tak pernah hantar aku kesekolah. Mana taknya. Along pakai kereta. Angah pakai motor. Motor apa aku tak tahu.

Aku bukannya minat bab motor ni..

"Tahu lah mengutuk.. Jom angah hantar. Boleh pecut" ujar angah.

"Ya lah, angah tersayang."

Angah tersenyum. Tawar.

Aku cepat cepat menyarungkan kasut sekolah.

"Cepat laa sikit.." Angah sudah berada diatas motor.

"Biarlah"

"Menjawab! Nah" Angah menghulurkan helmet kepada aku.

Aku menyambutnya lalu memakainya ke kepala aku yang tak berapa besar ni. Ye ke?

"Pegang kuat kuat.." pesan angah.

"Orait..."

Sekejap! Kalau angah bukan abang kandung aku, tak pe ke aku peluk dia?

"Peluk laa kuat kuat.."

Aku tersentak.

Aku memegang pinggangnya.
Motor angah terus pecut.

"Kuat la lagi.."

Eh eh. Aku sekeh kang kepala mu. Biar sel sel otak tak berhubung.

Ketika dipertengahan jalan.

"Oh no.."

"Asal ngah?" soalku

Motor tiba tiba berhenti.

"What?? Why??" soalku.

"Buat hal pula..." ujar angah.

"Alaa.. Kalau macam ni Ryn tahu..baik Ryn nak dengan Pak Daud je.. Tak pun along.. Pecut konon.." bebel aku tak bertempat.

"Mulut bukan main..."

Angah menjeling.

"Habis tu macam mana?" soalku cemas.

"Macam mana lagi? Call Uber la.. Tak pun teksi.."

"Alaa.. Lambat la satgi.."

"Tak kan nak call Pak Daud? Lupa ke Pak Daud cuti. Along? Along kerja. Lupa ke? Makan semut banyak sangat.. Itu la.." terang Angah dengan sindiran.

Aku menepuk dahi. Betul lah. Pak Daud cuti sebab jaga anaknha dikampung. Along kerja dekat office.

"Nak jalan kaki la..." ujar aku.

"Gila ke? Jauh lagi tau.."

Aku mencebik. Macam mana ni?

Tiba tiba ada satu motor berhenti di sebelah jalan.

"Siapa tuu?" soalku bodoh.

Angah menjongket bahu tanda tak tahu.

Lelaki dimotor tu mengeluarkan helmet.

Rayyan!!!

"Kenapa ni?" soal Rayyan.

"Ni hah. Lori trak datang jemur kain.." selambaku bersuara.

"Mulut Ryn memang mintak maut kan. Sorry ye.. Adik saya memang macam ni.." ujar angah.

"Motor rosak ke?" soal Rayyan lagi.

"Tak lah. Hidup sihat walafiat lagi.. Kau tengok motor rosak kan?"

Mata Rayyan membulat. Angah apalagi. Telinga aku menjadi mangsa.

"Ouu.. Ampun... Tuanku Gamers.."

"Mulut Ryn ini memang nak kena kan..."

"Salah dia lah.. Siapa suruh tanya soalan bodoh standard tadika. Budak tadika pun boleh jawab.." sindir aku.

"Motor ni rosak. Kesian Ryn kena pi sekolah." terang angah.

Rayyan hanya mengangguk.

"Apa kata saya hantar Ryn?" cadang Rayyan.

Aku terpana. Whatt? No man...

"Tak menyusahkan ke?" soal angah.

"Kami ini satu sekolah. Satu kelas. Duduk bersebelahan lagi.." Rayyan sempat menjeling kearah aku.

"Patut la.. Mulut Ryn macam tak dek insuran aje.."

Aku mencebik. Kurang gula punya angah.

"Tak keberatan pun nak tumpangkan si Ryn ni.."

"Boleh ke? Ryn pergi tumpang...."

"Rayyan.." Rayyan menyambung

"Ah. Rayyan.."

"No! Never!" macam budak kecil aje aku.

"Jangan mengada ngada!"

"Yelah.. Yelah.." aku akhirnya akur.

Rayyan tersenyum kepuasan kemenangan.

Aku menjeling. Bencinya!

Aku mengambil helmet dimotor angah.

"Jangan nakal nakal tau" usik angah.

Aku melemparkan jelingan maut. Aku membuka sedikit cermin mata hitam.

Mata aku menjadi warna merah menyala.

"S.. Sorry.."ujar angah.

Rayyan agak kehairanan. Aku duduk diatas motor milik Rayyan. Emm.. Warna merah..

Motor itu memecut.

" Pegang laa aku.."

Tak kuasa aku!!

" Kau tak takut jatuh ke? "

Sekali lagi aku biarkan sahaja soalan Rayyan seperti angin yang lalu

"Kau memang nak mati kan?"

Rayyan segera memecut motornya dengan laju. Macam Usain Bolt.

Automatik tanganku memeluk pinggang Rayyan. Rayyan tersenyum kemenangan.

'Tahu takut..'

Di sekolah..

"Thanks.." ujarku sepatah lalu Pantas memasuki kawasan sekolah.

Rayyan tersenyum kecil. Tanpa disedari, ada orang memerhati mereka.

"Tak guna kau, Eryna!!"

Di kelas..

"Wah! Lagi 2 minit sebelum loceng berbunyi!" ujar Yana.

"New record!" serentak Farah dan Fiera bersuara.

Kami ketawa. Tawaku mati apabila Rayyan langkah masuk kedalam kelas.

"Psst!! Ketua Pengawas hot sudah sampai!" bisik Yana.

Aku tersenyum hambar.

Rayyan duduk disebelah aku. Dia melemparkan senyuman sinisan.

Hisshh.. Kalau aku boleh jeling dia, dah lama aku jeling! Aku meletakkan muka diatas meja. Aahh!!! Stress!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience