16

Romance Series 37698

{kain putih bukan dicorakkan oleh ibu bapa mahupun guru.... Sebaliknya persekitaran yang mencorakkan kain putih.....}

Semalam, aku pulang kerumah dengan rambut yang serabai mengalahkan orang utan.

Angah dan along ada bertanya tentang rambutku yang macam orang gila.

"Stress" itu aje jawapan yang terpacul dari mulutku.

Pak Daud? Awal awal lagi aku suruh dia tutup mulut. Easy bukan?

Faris? Kepercayaan aku padanya mulai goyah. Kalau Maya nak tipu pun, agak agak laa.. Sebab kemain jerit macam orang gila. Kejar aku macam kejar anjing.

Aish Qayyum... Nama yang terngiang ngian dikepala otak aku.

"Oi, cik Mong!!!" jerit Farah.
Mong itu bermaksud suka berangan.

Aku tersentak.

"Berangan sampai mana itu?" soal Fiera.

"Sampai Australia." jawabku selamba.

"Ceeh!! Nak join!!" ujar Yana ceria. Entah kenapa Yana ini join aku punya lawak yang tak berapa lawak.

"Jom sama sama berangan.."kata aku lalu mulai berangan. Yana juga mengikuti aku.

" Tak payah lah korang!!! "

" Heh! Lawak aje! "

Aku dan Yana tersenyum.

" Ryn, kau punya competition bila? "soal Fiera sambil menghirup air milo

" Dua minggu lagi... "aku mengunyah biskut Cream O itu.

" Kau sudah practice?? "soal Farah.

"Tadi sebelum rehat aku pergi mana??!!" soalku sinis.

Yelah. Sebelum rehat tadi, aku sudah dipanggil terlebih dahulu oleh Miss Rita.

"Heh heh!!" Farah tersengih serupa kerang busuk.

"Ehem ehem..." seorang pengawas berdehem.

Aku toleh. Oh. Mamat tiga suku...

"Kau ini spoil lah mood aku nak makan!" marahku kepada Rayyan.

"Bagus lah! Rehat dah habis pun!" kata Rayyan.

Aku mengerling jam.
Alamak!! Betul lah!

"Asal tak dengar pun bunyi loceng??" soalku bodoh.

"Memanglah!! Kalau namanya berangan, sampai raya haji tahun depan, belum tentu sedar dari angan angannya!!" perli Rayyan.

Perrggh!! Macam das das tembakan terkena dihati aku.

Yana, Fiera dan Farah sudah mula ketawa.

Kalau buka spek hitam aku, akan nampak mata aku berwarna merah. Kalau tanggal spek aku, lari lintang pukang si ketua pengawas otak krem.

" Kau nak kena hempuk dengan batu tak? Supaya sel sel otak kau yang tak berhubung, berhubung balik!" bidas aku.

Dalam pertempuran, aku tak akan kalah!

"Ish.. Layan kau, esok Subuh tak habis.. Sudah! Rehat sudah tamat!"

"Tak payah lah layan! Kalau rehat habis, Biarlah" balasku.

Rayyan menjeling tajam. Ingat aku takut? Eh, jelingan aku lagi tajam dari pedang tau!!

"Siapa ajar kau jadi biadap? Mama dan papa kau?"

Aku menghela nafas panjang.

"Kekadang.. Bukan ibu bapa yang mencorakkan kain putih. Ramai orang ingat macam tu tapi realitinya tidak. Keadaan sekeliling, persekitaran yang mencorakkan kain putih milik kita." terang aku.

Rayyan seperti terpinga pinga.

"Jom, guys."

Fiera, Farah dan Yana akur. Kami beredar dari cafeteria.

Rayyan terkebil kebil cuba memahami maksud disebalik kata kata gadis itu.

"Kenapa lah kau selalu cari gaduh dengan dia? Hot kot!!" Ala mula dah perangai gedik Yana.

"Kau nak aku taruk ais? Kata hot.." perli aku.

Yana memuncungkan bibirnya

"Setiap hari korang gaduh..Dah kenapa? Cer citer sikit.. " ujar Farah pula

Dua ekor ini selalu sibuk. Fiera? Hanya diam sahaja. Dia bukannya suka jaga tepi kain orang. Kain sendiri tak terjaga inikan pula kain orang.

"Jangan tuduh melulu ye.. Hari cuti mana ada!" nafi aku. Memang pun..

Farah mencebik.

"Sudah sudahlah dengan tugas wartawan korang itu..." Fiera cuba meleraikan soal menyoal Yana dan Farah.

"Dari aku layan korang yang macam wartawan Melodi, baik aku pergi tandas.."

Aku terus pergi menuju ketandas sekolah.

"Iris!!" panggil seseorang.

Nama Iris.. Siapa lagi yang nak panggil? Faris la..

Aku tidak menyahut sebaliknya mempercepatkan langkah.

"Iris!!" Faris memegang tangan aku.

"Apa??!! Jangan pegang pegang anak dara orang!" marahku lalu menepis.

"Kenapa kau macam elak dari aku aje??"

Soalan cepumas + bodoh mana laa dia ambil?

"Aku tahu lah kau boyfriend Maya.. Tapi janganlah main mainkan orang macam boneka!"

Dia tersentak. Mungkin terkesan dengan kata kata aku.

"Maya?"

Soalnya semula.

"Aku blah dulu!"

Aku meninggalkan dia.

Ketika aku memasuki tandas, tangan aku sekali lagi jadi mangsa pegangan manusia.

Ayam betina! Issh.. Dia nak apa? Tak habis habis lagi ke perangai gila semalam tu?

"Kau dah kenapa?? Lupa makan ubat?!!" soalku kasar

"Nampaknya kau percaya ye kata kata aku" ujar Maya sinis.

Aku tersentak. Ramai orang hari ini yang tersentak.

"Apa maksud kau??"

Dia ketawa.

"Aku, BEAUTIFUL GIRL and NERDY?? No way!"

Habis yang semalam itu gila gila macam orang gila terlepas dari hospital Bahagia sudah kenapa?

"Kau mesti tertanya kan kenapa aku buat macam itu?" soal Maya sinis.

"Saja nak buat kau takut!! Hahaha!!" Maya tiba tiba ketawa. Err.. Can somebody call the zoo negara? Ada satu monyet terlepas.

"Tapi kau memang nak kena!! Rayyan AKU kau ambil!! Pertandingan piano itu juga!!!"

Ya Allah.. Tak habis habis lagi ye..

"Kalau kau nak Rayyan, ambil lah! Aku tak nak! Ada kau nampak kamo berbaik??! Tak kan??!! Kalau kau nak sangat masuk pertandingan piano itu kau minta lah dekat miss Rita!!" marah aku.

"Kalau aku boleh buat, sudah lama aku buat la, moron!!!"

Ini dah melampau.. Suka hati mak bapak dia aje panggil aku bodoh.

"Betul lah..aku kenal mak bapak kau.. Bukan salah diorang.. Tapi environment yang di sekeliling kau yang mencorakkan kain putih kau.." ujar aku lalu meninggalkan tandas. Niat ingin membuat 'kek coklat' terlepas begitu sahaja.

Maya cuba mendalami maksud kata kata aku. Yelah. Waktu aku beredar, berkerut kerut dahi dia. Jangan jadi kedut sudah!

" Iris!! "panggil Faris.

Aku toleh. Memang salah aku kerana bersangka buruk. Aku sudah kenal dengan Faris sejak kecil lagi.

" Ya? "

" Aku bukannya boyfriend minah itu... "

" Aku tahu.. "

" Kau tahu? "

Eh eh. Aku kata aku tahu, aku tahulah! Sekeh kepala karang baru tau.

"Maya mengaku Tadi, dia sengaja aje.."

Faris menghembus nafas lega.

"Baguslah..."

"Errm.. Aku masuk kelas tau.." ujar ku

"Ah. Pergilah. Aku pun. Bye, Iris"

Kami mengikut haluan kekelas masing masing dengan senyuman lebar sampai ketelinga yang tidak lekang dari bibir.

.....
...
..


??????

"Kau buat apa yang patut?" soal seorang lelaki.

"Kacang aje" jawab Maya.

"Bagus la.."

"Awak.. Tak dek apa apa dengan dia kan?" soal Maya

Lelaki itu menggeleng.

"Saya teringin nak tengok muka dia.. Betul ke dia ada parut?" soal Maya

Lelaki itu hanya diam seribu bahasa.

"Kalau awak tak nak bagitau pun tak pe.. Sebab akan terbongkar juga rahsia muka dia.. Kalau betul muka dia ada parut, saya akan pasti kan muka dia terdedah di khalayak ramai!" ujar Maya bersemangat.

"Suka hati kau lah!"

Maya tersenyum kepuasan.

'Eryna Sofea.. Kau tunggu aje nasib kau.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience