30

Romance Series 37698

Bab 30 - Trap In The Room

"Dah sampai" ujar Rayyan.

Aku mengambil nafas setelah penat berjalan. Aku mendongak setelah nafasku kembali normal.

Wow. Walaupun aku pernah tengok rumah agam ini, perasaan kagum tak pernah hilang.

Rumah agam yang tersegam indah dan mewah mampu memikat hati. Keluasan rumah agam juga besar bak istana. Lampu lampu malap Kelihatan indah.

Tetapi aku masih pelik. Di tengah tengah hutan ada rumah agam yang besar yang tiada dalam waze or GPS?

"Macam mana nak masuk?" soalku.

Rayyan menunjukkan kearah bodyguard yang sedang berdiri di depan pagar emas.

"Jom" Rayyan menarik tangan aku pergi ke arah mereka.

Eh eh. Senang senang aje tarik tangan anak dara orang.

Apabila bodyguard itu melihat kami, terus dibukanya pagar emas itu. Pagar emas itu dah lah besar dan tinggi!

Kelihatan seorang maid yang memakai topeng berbulu berdiri di sebalik pagar emas.

"Sila ikut saya..." ujar maid itu.

Demi selamatkan abang Qayyum, aku dan Rayyan hanya menurut sahaja.

"Jangan pergi jauh jauh dari aku" pesan Rayyan.

Dia merapatkan dirinya. Hek eleh. Macam lah aku nak lari.

Kami mengikuti maid itu hingga masuk kedalam rumah agam.

Memang cantik dan mewah sungguh. Lampu lampu terang menghiasi setiap tingkat.

Terdetik dihatiku. Ini betul betul rumah agam ke? Kenapa lebih macam istana?

Kelihatan ada banyak tulisan 'Rose'. Alaa.. Dah nama tuan rumah pun Rose. Tetapi aku rasa ada perkataan lain selepas 'Rose'. Bukannya 'Rose Marie'. Macam ada perkataan something selepas huruf 'e'.

Maid itu berhenti di depan pintu automatik. Macam mana aku tahu itu pintu automatik? Sebab pintu besi itu ada banyak punat nombor.

Maid itu menekan nekan butang password. Dia sempat menjeling kearah kami supaya pandang tempat lain. Tak nak kami tengok la tu.

Aku dan Rayyan ni pun satu. Bodoh sangat pergi ikut arahan maid itu.

Pintu itu dibuka. Aku intai intai bilik itu. Gelap juga la. Aku dapat merasakan aura yang tidak diingini dari dalam bilik gelap itu.

Maid itu menolak tubuhku dan Rayyan sampai kami masuk dalam bilik gelap itu.

Maid itu cepat cepat lock kembali pintu itu.

Aku terperanjat dengan tindakan drastik maid itu. Mesti kerja Rose!

"Oi!! Buka lah!" jerit aku sambil mengetuk ngetuk pintu bertalu talu.

Boleh roboh rumah agam itu dek ketukan ku bertalu talu.

"Kalau kau jerit macam itu tak guna juga.. Dia bukannya nak buka pun.. Aku shak mesti ada game" ujar Rayyan cuba menenangkan aku.

Aku terasa hampir menangis sebab bilik itu gelap sangat. Rayyan pun aku tak nampak!

Kau cuba bayangkan gelap ke tidak?

"Pegang tangan aku" arah Rayyan.

Aku mencari cari tangan Rayyan dan akhirnya jumpa. Aku cepat cepat menggenggam tangan sasa itu erat.

Mahu tak mahu terpaksa juga pegang dek kerana ketakutan.

Terperangkap di didalam bilik pula..

Tiba tiba lampu TV muncul. Walaupun ada cahaya dari TV tapi masih tak dapat menerangi segenap bilik.

Bayangkan betapa gelapnya bilik itu.

Kelihatan teddy bear warna pink love. Rose!

"Welcome back to the Blood Rose Mansion, Iris... And Rayyan" ujar Rose.

Aku mengetap gigi. Welcome back abah kau!

"Oi, mana kau sorok abang Qayyum?" soalku dalam nada marah.

"Hehe... Dia selamat... Cuma kamu kena main game untuk selamatkan dia." ujar Rose.

Hek eleh.. Dia bawak main sorok sorok pula..

Tak pasal pasal aku tarik rambut Rose. Tercabut semua rambut satu persatu. Botak terus Rose.

"What kind of game?" soal Rayyan.

Baru nak buka mulut? Ingatkan bisu tadi..

"Escape From The Icy Bomb"

Keningku terjongket sebelah.

"May the games begin..." Tiba tiba lampu dibuka.

Alangkah terkejutnya aku dan Rayyan. Ada banyak bom yang dilekat di setiap tempat didalam bilik ini.

Semuanya 60 minit. Ada masa 1 jam sebelum meletop!

Tiba tiba suhu bilik diturunkan. Aku menggigil kesejukan dan ketakutan.

Sejuk gila! Berapa degree ni?

Rayyan yang memakai jaket terus dibukanya lalu disarungkan kepada aku.

Asal dia sweet sangat? Kenapa dia selalu buat aku jatuh cinta dekat dia? Cepat cepat aku tepis semua perasaan.

Aku, Iris Qairina. Jiwaku kental! Prinsip baruku tidak boleh sewenang wenangnya dibuang!

Rayyan yang berbaju t-shirt lengan pendek ku pandang sayu. Mesti dia kesejukan.

"Aku rasa mesti ada klu" ujar Rayyan.

Aku mengangguk kecil.

Di pintu automatik itu, ada kertas.

'Hint adalah nama Madam X.'

Tanpa berlengah lagi, Rayyan menekan punat password nama Madam X.

'Rose Marie'

Deett!

"S.. Salah..." ujarku melihat punat itu berwarna merah tanda salah.

Aku melihat kearah bom. Masanya adalah 50 minit! Asal cepat sangat? Tiba tiba badan aku bertambah sejuk

Rayyan mengetap gigi.

"Aku faham... Kalau kita salah, masa akan menjadi cepat sebanyak 10 minit. Suhu bilik akan diturunkan" ujar Rayyan.

Pandai sungguh dia.

"C.. Clue mesti ada.. Da.. Dalam bi..bi..lik ni..." ujar ku sambil bersin.

Badanku memang tak sesuai untuk cuaca yang sejuk. I mean terlampau sejuk. Mesti bersin!

Rayyan kaget.

"Sejuk ke?" Soalan budak tadika mana la dia ambil?

"Tak lah panas" sindirku. Sambil bersin.

Dia terus memeluk aku. What the?

"Kau duduk diam dulu.." arah Rayyan.

Aku hanya membiarkan dia memeluk aku. Kerana bertambah hangat badan aku.

..
.

Aku melepaskan pelukan. Errr... Sejuk gila... Entah kenapa aku terasa mengantuk. Bom di sekeliling tidak ku pedulikan.

"Jangan tidur, Iris." pesan Rayyan lalu menggoncangkan tubuh ku.

Aku pula menepuk nepuk pipiku. Wake up, Iris!

Apabila mata kembali sedikit segar, aku mula mencari klu.

Kalau Rose Marie salah.... Mesti nama Madam X start dari Rose dan ada perkataan lain selepas 'e'. Macam yang aku lihat tadi. Tapi apa?

"Rayyan tolong aku cari!" arah aku. Rayyan terus mencari. Kasihan aku melihatnya yang kesejukan.

Ah! Pedulikan! Lelaki suka tunjuk macho. Ingat itu, Iris..

Masa bom tinggal lagi 41 minit. Cepat gila masa berlalu.

Ingat, Iris.. Ingat benda apa tadi!

" Hachhoom!! " Aku bersin lagi. Macam mana nak cari kalau sejuk dia macam ini.

"Acchhooom!!!" Rayyam juga bersin. Aku pergi kearahnya yang sedang menggigil. Gila tak gigil? Cuba kau bayangkan kau terperangkap didalam bilik yang sejuk macam dekat Antarctica dan dikelilingi bom. Apa kau buat??

Nak buat macam mana ni? Aku terus memeluk tubuh Rayyan. Apa yang kami buat ini adalah darurat. DARURAT. Walaupun aku tak bertudung, aku tahu halal haram but it's DARURAT!

Aku peluk dia akan mendapatkan manfaat kepada aku dan dia. Mutualisme.

Rayyan berhenti bersin malah mengeratkan lagi pelukan. Aii.. Dia ni betul betul sejuk ke ambil kesempatan?

"Hangat...." ujarnya.

Hangat hangat juga. Masa jangan lupa. Aku kerling kearah masa. 25 minit! Why so soon?

Aku melepaskan pelukan lalu cuba mencari klu. Rayyan bangkit lalu turut mencari klu. Antara memilih terperangkap didalam pagar sesat dan bilik puaka ni, aku pilih pagar sesat yang ada banyak 'jembalang'.

Walaupun scary, tetapi tak sejuk! Bom akan meletup dan membahayakan nyawa. 'Jembalang' are just human like me.

"Iris!" panggil Rayyan.

Aku terus lari kearahnya yang memegang sampul.

Dia membuka sampul itu.

Err.. Madam X memang selalu guna sampul ke? Old school sangat..

'Perkataan 'L' adalah salah satu nama Madam X'

Hadoi... L? Apa eh? Kenapa common sangat eh?

Otak aku ligat berfikir dan mengingati apa yang aku nampak tadi.

Rayyan tiba tiba memeluk aku.

"Sejuk..." rengek Rayyan.

Manja betul lah mamat ni. Aku juga memeluknya erat. Sejuk betul bilik ini. Aku dapat melihat kristal ais di jendela, di siling dan di atap. Kau rasa sejuk dia tahap mana?

Buat seketika, aku terbuai didalam kehangatan pelukan.


????
"Ho.. Ho.. Plan aku berjaya..." ujar Madam X sambil menghirup kopi.

"Ya, puan.." jawab maid.

"Baiki hubungan diorang... Kembalikan kepercayaan Iris dan... Cari siapa aku.. So fun.." Madam X ketawa kecil.

"Patut kah saya turunkan suhu lagi, puan?" soal maid.

"Tak perlu. Mati menggigil budak dua orang itu. Macam mana aku nak jawab dengan Farouk, Saleha dan Rizman?"

Terus senyap maid itu.

"Aish kau dah bagi makan ke belum?" soal Madam X.

"Sudah puan.. Saya juga bagitau Iris dan Rayyan juga ada dekat sini sekarang"

"Bagus... Satukan dua kembar... Happy ending betul lah.... Tetapi sejauh mana bunga Iris dapat berkembang? Mari sama sama saksikan..."

"Ya, puan.."


????
"Aku tahu! Aku dah ingat!" jerit aku.

"Apa dia?" soal Rayyan blur.

Selalunya kalau orang yang tengah sejuk, otak dia krem. Begitulah Rayyan.

Aku lari macam Usain Bolt kearah pintu.

Aku menekan nekan punat password.

Nama Madam X bukannya Rose Marie.. Ianya adalah.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience