5

Romance Series 37698

Di rumah...

"Angah... Mana mama dan papa?" soal aku.

Yelah. Dari tadi aku balik rumah. Kelibat apatah lagi bayang aku tak nampak pun..

Angah yang sedang kusyuk bermain game berasa terganggu.

"Kacaulah... Pergi main jauh jauh.. Mama dan papa ziarah kawan papa.. Kawan dia meninggal.."terang angah seraya menghalau aku keluar dari biliknya.

Nak buat apa eh?

" Along... Ryn bosan... "rengek aku pada along yang sedang bermain laptop.

" BoSAN? Pergi makan SANtan.. "perli along.

Aku ketawa.

"Tadi kat sekolah.. Ada orang buli Ryn tak?" soal along khuatir.

"Mana ada! Diorang cuma ingat Ryn ni sombong ajelah.." ujar aku diselitkan penipuan putih.

"Ye ke?" soal along tak percaya. Matanya menatap mata aku.

Aku membuka mata luas luas. Mata aku tidak menunjukkan sebarang emosi.

"Tengok? Tengok la.."

Dia melihat mata iris aku tajam. Gulp!!

"Lagi satu.. Ryn dah ada 4 kawan!!" jawab aku riang!!

"Ye ke?" soal along lagi.

"Ryn tengok mata diorang... Ikhlas aje..
Faris memang kawan a.k.a sepupu. Fiera.. Yana.. Farah.. Diorang semua baik baik belaka.." ujar aku riang.

Warna mata aku berubah menjadi kuning.

"Tapi kan Ryn.. Jangan percaya 100% tau.. Kang Ryn patah hati pula.." nasihat along.

Along begitu care pasal aku membuatkan aku terharu. Terlintas idea di kepala otak aku.

"Mak Nah!! Ooo Mak Nah!!" panggil aku.

Mak Nah tuu orang gaji kami yang paling setia.

"Ye, Ryn?" soal mak Nah lembut.

Mak Nah memang nak panggil aku cik muda tapi aku larang. Kata tak sesuai.

"Ryn nak buat cake strawberry cream cheese la.. Ada kan bahan bahan tu?"

"Ada aje..nak mak Nah tolong?"

"Tak pe.. Nak buat spesiel sedikit.." ujar aky riang.

Angah yang dari bilik terus keluar.

"Ryn nak buat kek? Perisa apa?" soal angah.

"Strawberry cream cheese.."

"Wah!! Sedap itu!!" sampuk along pula.

"Buat Sedap sedap tau!!" arah angah.

"Ewah.. Ewah.. Ingat ni restaurant ke boleh suruh suruh? Kang Ryn bubuh racun.." gurau aku.

"Buat sedap tau!!!" Angah terus menuju kebiliknya.

Aku mencebik.


********
Aku membubuh tepung kedalam mangkuk kaca. Kemudian butter. Telur.. Gula.. Susu.. Digaul hingga sebati. Baking powder tidak lupa juga.

Kemudian ambil buah strawberry lalu isi air panas sedikit di mangkuk kecil yang berlainan. Kemudian kacau. Gula juga kena letak. Aku tak mainlah pakai perwarna makanan.
Cheese tidak lupa juga.

Usai menggaul semua bahan, aku meletakkan kek itu kedalam oven yang agak besar.

Sementara menunggu kek siap, aku ingin membuat minuman air yang istimewa
Along suka minum cappuccino. Angah pula jus apple.

Aku membuat cappuccino. Walaupun aku tidak brapa menyukai air berkopi ini kerana baunya tapi aku pakar buat air.

Air untuk Angah senang aje.. Ambil buah apple lalu blenderkannya aje.. Letak beberapa ketul ais. Tidak lupa straw.

Aku punya? Air hot chocolate!! My favorite!! Along dan angah selalu perli aku sebab minum air budak budak. Tapi aku kisah apa?

Serbuk choco aku letak dalam mug. Susu dituang. Air panas juga dituang.

Mak Nah pula aku buat air kopi. Senang aje.. Guna serbuk. Mak Nah tak suka kopi susu. Dia suka kopi pahit.

Tiingg.....

Hampir dua jam lebih untuk bake kek ini.

"Pandainya Ryn buat" puji Mak Nah.

Aku tersenyum.

"Belum Cuba lagi, mak nah" ujar aku rendah diri.

"Air mak Nah pun Ryn buat tau!" ujar aku

"Tak payah susah susah la.. Ryn" ujar mak nah lembut.

"Tak susah pun.. Tengok Ryn dah buat! Jangan tak minum tau!"

Mak Nah hanya senyum.

"Pergghh!! Sedapnya!!!" along dari tadi duduk terus bangun menuju dapur. Angah juga

"Siap ada air lagi!!" ujar angah pula.

"Cappuccino.. Bro... Kau punya jus.." ujar along pula.

"Pergi jauh jauh!! Ryn tak habis decorate cream lagi!!" halau aku.

Diorang memuncungkan bibir. Persis budak budak Ribena tak cukup umur.

Aku menghias kek itu dengan cream. Tangan aku bergetar getar untuk menghias corak bunga. Buah strawberry aku letak di tengah tengah. Kemudian aku menuang chocolate pekat di sekeliling strawberry.

Aku berfikir sejenak. Lagi best kan kalau ada ais krim?

Aku mengambil ais krim Perisa vanilla dalam peti ais. 5 scoop aku ambil. Dituangnya chocolate. Buah blueberry dan strawberry aku hiasi.

Entah kenapa hari ni rajin pula nak buat semua ni.

"Guys!!! Dah siap!!!" jerit aku dari dapur.

Apalagi? Tergopoh gopoh diorang datang.

Bulat mata diorang.

"betul ke Ryn yang buat semua ni?" soal angah.

"Ke mak Nah yang buat?" teka along pula

Tapi Mak Nah yang berada di sebelah aku menggeleng.

"Bukan mak Nah.. Ryn yang buat.." ujar nya sambil mengampil pisau untuk dipotong kek itu.

"Rajin pula Ryn hari ni.. Selalunya bukan main malas nak buat" perli along sambil duduk di kerusi.

Mata tak lekang dari pandang kek itu.

Aku hanya tersenyum.

Along angah pantas menghirup air mereka lalu menjamah kek buatan aku.

"Sedap tak? Cukup masak tak? Manis sangat ke?" sebab aku tengok muka diorang macam lain bila makan kek aku.

Dahi mereka berkerut.

"Sedaplah!!!" puji angah.

"Ha'ah!!"

"Pandai tipu ye??"

Mereka tersengih. Kami pun menikmati hidangan kek strawberry cream cheese, minuman dan ais krim.


**************
"Along.. Angah... Ryn keluar dulu tahu"

Along yang tadi kusyuk tengok citer Munafik terus pandang aku.

"Nak pi mana malam malam ni?" soal along.

"Laa.. Lupa ke? Malam ni kan Ryn ada appointment dengan doctor Redza."

Along menepuk dahinya.

"Tuu laa.. Makan semut banyak sangat.. Lain kali kalau nak paling power makan kerengga" sindir aku.

Along mencebik.

"Kerengga susah cari" gurau along.

"Ryn nak along atau angah hantar tak?" soal along.

Aku laju menggeleng..

"Pak Daud kan ada"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience