Bab 33 - The Wind Of Truth
Kelihatan taman yang terbuka luas dengan rumput yang menghijau. Angin bayu sangat sejuk.
Tenang mata yang melihatnya. Tetapi... Aku di mana?
Yang aku ingat, aku pegang bunga Iris... Roseville... Rayyan..
And now aku berada ditempat yang aku sama sekali tak tahu! Siapa boleh aku minta tolong ni?
"AAAAAHHHHHHHHH!!!!!" jerit aku. Gaya menghilangkan tekanan.
Tiba tiba angin bertiup kencang membawa tubuh molekku pergi.
Aku terapung diawang awangan.
Apa yang sedang berlaku ini?
Bibirku mengukir senyuman. Oh. Aku dah faham. Adakah aku dah mati? Adakah ajalku ditarik sewaktu aku memegang bunga Iris itu?
Tidak!!! Aku tak boleh mati!! Banyak lagi benda yang aku kena selesaikan! Pembalasan dendam! Abang Qayyum pun aku tak jumpa lagi lagi!
Semakin lama semakin tinggi aku naik. Aii... Aku dah la gayat.
Tiba tiba ada badanku termasuk didalam awan yang berwarna hitam.
"Faydl! Kau lepaskan lah anak anak kami!!" marah satu suara.
Suara apa itu? Aku kalih.
Seorang lelaki dan wanita seperti diikat dengan tali dalam keadaan berlumuran berdarah.
3 orang lelaki itu berada dihadapan mereka yang diikat. Adakah mereka tidak perasan kehadiran aku?
"Lepaskan? No way!" balas seorang lelaki yang bernama Faydl. Ketua mungkin.
"Tolong lah.. Aku merayu.." rayu wanita yang juga diikat.
Entah kenapa sayu hatiku melihat tangisan wanita itu.
"Banyak songeh betul lah, perempuan!" jerkah seorang lelaki lalu menampar pipi wanita itu.
"Tak guna kau, Azim!!!" marah lelaki disebelah wanita itu.
Lelaki yang bernama Azim itu tersenyum sinis.
Kejap... Kenapa macam aku pernah nampak muka Azim eh? Bukan setakat Azim aje semua lelaki jahat itu aku pernah nampak.
Ah. Jangan jangan.....
Diorang lah adalah 'keluarga' aku!
Dan... Lelaki dan wanita yang diikat adalah.... Ayah dan ibu kandung aku dan abang Qayyum?
Air mata mengalir.
"Sabar, Farouk Ibrahim..." sinis Faydl.
"Grr..." Farouk menahan geram.
"Abang!!!" panggil sang wanita yang baru masuk kedalam tempat itu.
Wanita itu sangat ku kenali.... Dia adalah...'mama'.
"Mana Aish dan Iris, Siti?" soal Faydl.
"Diorang accident!!" jawab Siti. Oh. Nama 'mama' itu Siti ye..
"What??!!" Suara papa dan mama agak tinggi.
Jadi... Adakah orang yang mengejar aku dan abang Qayyum sehingga kemalangan lori.... Dia?
"So, you buat apa?" soal Faydl.
"I biar lah" jawab wanita itu selamba.
"Azmi... Azim.. Pergi cari mereka sekarang!!" arah Faydl.
"Baik!" akur mereka lalu beredar.
"Tak guna kau! Jangan berani apa apakan Aish dan Iris!!" teriak papa.
"Kenapa korang buat macam ini?" soal mama sayu.
Mereka ketawa sinis.
"Sebab apa lagi? Harta la."
"Bukankah kami dah banyak bagi harta?"
"Buat apa nak minta pertolongan orang lain sedangkan kita boleh mengambil jalan mudah dengan mengambil identiti?"
Tersentak mama dan papa.
"Aku akan jadi Tan Sri Ibrahim. Bukan Tan Sri Farouk Ibrahim" perkenal Faydl.
"Kurang ajar kau!!"
"Ah! Bising betul lah kau.." Faydl menembak Farouk tepat didahi.
"Papa!!!!" jeritku. Tetapi mereka tidak boleh mendengar.
"Abang!!!" teriak mama lalu menangis.
Air mataku mengalir.
"Kau pun patut ikut sama mati macam dia!!"
Bunyi das tembakan sekali lagi kedengaran.
"Mama!!!"
Mama sempat berkata.
"Anak aku akan... Balas.. Dendam.." Itulah kata kata terakhir mama lalu menghembus nafas terakhir.
"Balas dendam konon. Bye, guys!"
Mereka terus beredar.
Aku terduduk. Aku akan balas dendam!
Angin bertiup kencang sekali lagi membawa tubuh molekku pergi.
Apa pula kali ini?
Aku diserap masuk kedalam awan lagi.
"Aish.... Ini adalah keluarga uncle" ujar Rizman.
Itu abang Qayyum ke?
Aish Qayyum berdiri kaku dan riak wajahnya dingin. Ada kesan luka didahinya. Kesan kemalangan mungkin.
"Aish tak nak. Aish nak Qairina aje!" balas Aish sambil berpeluk tubuh.
"Kita kena atur plan elok elok. Keluarga Faydl itu licik macam musang.." ujar Rizman.
"Kalau licik, kesian dekat Qairina! Dia Sekarang berada dalam tangan penjahat itu!" Aish budak lelaki yang berusia 5 tahun sangat petah bercakap.
Abang Qayyum memang ambil berat pasal aku... Mesti dia menghadapi Pelbagai rintangan untuk mencari aku...
"Aish. Jangan risau. Aku akan cari Iris!" ujar seorang budak lelaki yang comel yang nampak macam sebaya dengan Aish.
"Kau nak tolong aku ke, Rayyan?" soal Aish minta kepastian.
Aku terpana. R... Rayyan?! Budak tu?!!
"Mesti lah! Asalkan kau terima keluarga ini!" Rayyan membuat isyarat thumbs up.
Wajahnya sangat berbeza. Ah! Innocentnya muka dia!
"Baiklah. Apa apa sahaja demi adik aku!"
Entah kenapa hatiki tersentuh dengan bicara abang Qayyum.
Rumah batu itu mula lesap bagai asap. Aku disedut masuk kedalam awan.
Macam superman pula!
"Kau...." Seorang lelaki kelihatan seperti mengalami kemalangan.
"Itulah balasan sebab cuba cari Iris!" ujar seorang lelaki pula. Faydl?
"Aku... P.. Pas.. Ti... Dio.. Rang... A.. Ak.. Akan.. Ba.. Las... Den.. Den.. Dam.." Lelaki itu seperti tersekat sekat tutur bicaranya.
Faydl tersenyum sinis.
"Kau sama bodoh macam Farouk, Rizman"
Rizman?? Ayah Rayyan??
Tubuhku melayang layang diudara. Adakah apa yang aku lihat ini adalah kebenaran??
"Iris.. Aku suka dia.."
Aku pusing untuk melihat siapa yang menyebut nama aku.
Rayyan?
"Haha.. Dia mungkin tak suka aku.. Yalah.. Aku kan selalu marah dia.." Rayyan tersenyum kelat.
Rayyan cakap dengan siapa itu?
"Cuba kau terus terang aje" ujar seorang lelaki.
Eikk... Abang Qayyum?
"Tak payah lah. Aku rasa dia akan tolak aku. Setiap hari mesti kami gaduh." balas Rayyan sayu.
Jadi.. Benarkah Rayyan menyukai aku selama ini?
"Kau ni tak gentleman langsung lah!" marah Aish.
Geram benar Aish melihat Rayyan yang macam anak tikus mondok.
"Kau pun sama. Kan kita dah jumpa Iris. Kenapa kau tak nak tunjuk diri?" bidas Rayyan.
"Sebab.. Belum tiba masanya.. Untuk dia tahu.."
"Eleh.. Cakap ajelah yang Madam X suruh. Entah apa entah plan bengong dia" kutuk Rayyan.
Memang ketua pengawas kerek betul lah..
"Rayyan.. Aku restui hubungan kau dengan adik aku, Iris Qairina" ujar Aish sambil meletakkan tangan dibahu Rayyan.
Abang Qayyum pun suka Rayyan jadi Pemilik hati Iris?
"Tetapi.. Kalau cinta bertepuk sebelah tangan tak guna juga." ujar Rayyan sayu.
Tidak, Rayyan.. Tidak.. Cinta kau tidak bertepuk sebelah tangan.
"Dulu aku tak pasti dengan perasaan aku. Lepas kau confess, hati aku rasa celaru dan berdebar debar. Aku selalu rasa cair. Tetapi aku cuba menepis sebab aku tak pasti dan aku tak nak aku tersilap langkah. But now.. Aku rasa aku dah tahu perasaan aku. Aku dah tahu siapa pemilik hati Iris.. Kau, Rayyan. Kau lah pemilik Hati Iris.. " kataku. Walaupun Rayyan tidak dapat mendengar, segala yang terkumpul dihati aku luah.
Tiba tiba titisan hujan mula turun.
Aku dapat melihat cahaya. Aku terus berlari untuk mencapai cahaya.
Dan...
.....
..
Mataku terbuka perlahan lahan. Aku bangun. Aku melihat dua insan berada di sisi.
"Abang Qayyum!!" aku memeluk tubuh sasa itu.
Air mata aku mengalir.
"Qairina..." Aish turut membalas pelukan sambil mengusap ngusap rambutku.
"Kami ingat kau tak bangun tadi" ujar Rayyan.
Aku toleh kearahnya.
"Macam mana aku boleh bangun? Bukankah Roseville cakap macam citer dongeng?" soalku ingin tahu.
Rayyan menjongket bahu tanda tidak tahu.
"Tetapi.. Tadi Aish ada menangis.. Beberapa saat lepas itu kau bangun" ujar Rayyan.
Aku mengangguk. Jadi adakah titisan hujan itu.. Air mata abang Qayyum?
"Abang... Kita kena balas dendam!" ujarku bersemangat.
"Ya!" sahut Aish.
"Aku akan bantu korang!" sahut Rayyan.
"Jom lah beredar dari neraka ini" ajak Aish.
Oh. Kami masih berada didalam rumah agam.
Kami pun keluar dari rumah agam itu.
???
Roseville memerhati Iris, Aish dan Rayyan yang sedang keluar dari rumah agam itu melalui jendela rumah agam.
"Burn, bakar rumah ini" arah Roseville.
Burn agak terkejut mendengar arahan dari Roseville.
"Madam nak saya bakar rumah agam ini?" soal Burn minta kepastian.
Huissh! Rumah ini dah lah besar! Tak kan nak bakar?
"Kau dengar ke tak apa yang aku cakap? Aku kata bakar kan? Rumah agam ini adalah tempat pembunuhan Farouk dan Saleha. Kau faham ke tidak?" marah Roseville.
Burn mula menunduk.
"Bukan setakat rumah agam ini aje. Aku nak kau bakar seluruh hutan Rose ni. Jangan tinggalkan sebarang bukti. Faham?"
"Faham, madam"
Burn mula melakukan tugasnya bersama sama dengan yang lain.
Orang orang yang tidal berkenaan dikehendaki pulang.
Roseville berdiri betul betul didepan rumah agam.
Bau minyak menusuk hidung. Perlahan lahan api mula marak.
Roseville tersenyum kecil.
"Aku dah tunaikan hajat korang.. Farouk, Saleha, Rizman.." ujar Roseville.
"Iris, Aish dan Rayyan akan balas dendam bagi pihak korang."
"Banyak sungguh kenangan kita bersama dalam rumah agam ini. Tinggal kenangan aje. Tak sangka aku.. Ini adalah tempat kematian Farouk dan Leha.."
"Aku harap korang aman disana. Selamat tinggal Farouk, Saleha dan Rizman..." ucap Roseville lalu meninggalkan hutan Rose yang api marak.
Share this novel