Bab 23 - Perang Malam & Siang
Aku senyum senget. Senang lah kerja aku.
Aku lari menjauhi mereka. Mataku ligat mencari jalan keluar dan 'benda penting'.
Tiba tiba mataku tertangkap sepucuk sampul di atas bunga rose.
Aku mengambil lalu membuka surat itu.
'Orang yang kau rindui ialah abang kembar kamu'
Bulat mata aku. Aish Qayyum?
Aku harap aku akan bertemu dengan dia!
Bibir aku mengukir senyuman. Aish Qayyum... Aish Qayyum..
So, 'benda penting' ialah hint atau maklumat!
Patutlah RM cakap macam itu. Aku belok ke kiri.
"Urghh.. Jalan mati!" keluh aku.
Semakin aku lalui jalan pagar sesat. Semakin banyak asap kabus muncul. Semakin ramai werewolves kaku yang aku jumpa.
Hebat betul pelakon serigala jadian! Aku tabik! Make up pun jadi!
Mata aku terancap pada sampul di celah tumbuhan pagar.
Tetapi sampul itu bersebelahan dengan werewolf yang kaku. Mukanya menyeringai garang. Creepy nya!!
"Kau serigala stay sini.." ujar aku berani.
Aku teragak agak untuk mengambil sampul itu.
Wajah werewolf itu masih dalam keadaan sama. Menyeringai seram.
Ding Dong..
What the fish??!! Loceng!!
Aku dengan pantas mengambil sampul itu.
"Waktu malam telah menjelma..."
Werewolf itu mula bergerak.
Gulp! Air liur pahit aku telan. Pahit gila! Dahiku berpeluh.
"Awooooo!!!!" Werewolf itu mula melolong.
"Bang.. Pandai bang berlakon.." Aku cuba menyembunyi perasaan takut.
"AWOOOOOOOO!!!" dia menjerit lagi lalu menerkam kearah aku.
"AAAAAAHHHHHHH!!!!!" jerit aku lalu menolak tubuh werewolf itu.
Kakiku pantas berlari mencari jalan. Bala! Bala! Bala!
Werewolf itu mengejar aku.
Gosh!! Bala apa ni?!!
Sambil berlari, aku membuka sampul itu.
'Nama adik kembar kamu, Iris Qairina'
Urrghh!! Ini untuk abang Qayyum!
Aku cuba mengelirukan werewolf itu dengan helah tadi. Kiri, kanan, kanan, depan, kanan, kiri, kiri, kanan, depan, kiri.
Aku toleh kebelakang.
Werewolf itu tiada. Aku menghela nafas panjang. Nasib baik..
Di tanah, kelihatan sampul.
' Korang berdua terpisah dari kecil ketika Iris masuk kedalam kilang'
A.. Aku? Apakah? Kilang apa pula ni?
Otak aku cuba mengingati.
'Eh.. Mana abang Qayyum?' soal Qairina sambil masuk kedalam kilang.
'Kau dah sampai, Iris..' ujar seorang lelaki yang memakai topeng.
'Ma..macam mana awak tahu nama saya?' soal Qairina.
'Itu tak penting.. Mari bermain..'
'Bermain? Bermain apa? Saya kena cari abang saya'
'Alaah.. Abang kau ada dalam. Kita bermain sembunyi sembunyi. Nak?'
'Ye ke? Nak! Lama tak main!' Qairina hanya tersenyum ceria.
Lelaki itu tersenyum jahat.
' Tetapi ada syarat..'
'Apa syarat dia?'
'Kalau kau dapat jumpa aku, aku bagitau lokasi abang kau.. Kalau aku jumpa kau, aku kena buat 'something' dengan mata kau.. ' ujar lelaki itu seram dengan senyuman meleret.
' Eleh! Kacang aje! '
Lelaki itu tersenyum sinis.
' Kau kira dulu '
' Okay! 1...2....3'
"Awooooo!!"
Lolongan itu mematikan lamunan aku. Cis! Tak guna betul! Aku tengah cuba untuk tahu apa yang berlaku seterusnya.
Aku mencari dan mencari maklumat.
Aku melihat sampul dicelah celah daun.
Warna sampul itu putih merah. Berlainan dengan sampul yang aku kumpul tadi. Mungkin info terbaru?
' Selepas malam pertama, witches akan muncul'
Gosh... Witches? Ahli sihir? Gosh... Aku kena lebih berhati hati. RM ingat ni game Werewolves ke?
"Witches.. Sila bergerak sekarang.." ujar satu suara.
Herrghh! Lepas ini entah apa yang muncul!
Vampire? Psycho killer! The Great Shaman? Fortne Tuller? Knight? Cosplay? Bomber? Magician? Aku tahu.. Aku dan Aish adalah citizens! Hebat, RM.. Hebat!
Tiba tiba satu cahaya muncul kearah aku. Aku sempat elak.
Aku kalih.
"Mak ai..."
Kelihatan ahli sihir yang memakai jubah hitam khas untuk witch.
"Adacadbra!!" dia menghalakan tongkat nya kearah aku. Satu cahaya muncul keluar dari tongkat itu.
Fuiyo! Hebat gila effect diorang ni!
Dengan pantas, aku mengelak lalu melarikan diri. Macam Harry Potter aje.. Ye tak?
First, werewolves. Second , witch. And now what? RM ini memang bodoh lah! Dia tak bagitau pun!
Sebelum benda lain muncul, baik aku cari maklumat. Boleh selesaikan teka teki dan misteri yang entah apa apa.
Ketika aku membelok kiri, aku melihat witch dan werewolf sedang menunggu di sana.
"AAAHHHHHHHHH!" aku terkejut.
Witch itu melemparkan cecair yang dinamakan posyen kearah aku.
Aku mengelak. Cecair itu jatuh ke tanah. Cecair itu meresap jauh ke tanah. Kelihatan asap asap kecil keluar dari cecair itu.
Gulp! Aku menelan air liur. Toksik? Macam mana dia buat? Tak ke susah kalau kena aku atau abang Qayyum?
Gosh, realistik gila.. Aku rasa sepanjang malam ini, aku akan mencarut.
Antara werewolves dan witches korang takut dengan yang mana?
Kakiku mula berlari laju. Dua dua lah!
Manik manik peluh jatuh di dahi aku.
Kemudian, aku cuba mengingati kembali.
Aku memicit otak aku.
"Erghh!" Aku tak boleh ingat lah! Ini semua sebab Lolongan werewolf bodoh tu!
Kejap.. Adakah aku bermain sorok sorok dengan lelaki itu? Adakah dia yang buat 'something' dengan mata aku? Siapa dia yang sebenar?
Tetapi satu je yang aku pasti. Dia adalah pembunuh mak dan ayah aku!
Tetapi pasal perbualan hari itu dekat birthday aku?
Errgghh! Aku kusut! Aku serabut!
"Awooooo!!!"
What the heck?!! Kelihatan TIGA werewolves yang menyeramkan sedang mengejar aku dari belakang. Kau rasa seram tak?
"WAAAAARRGGHHHH!!!" Aku menjerit sekuat hati sambil kaki pantas berlari.
"Awooooo!!"
Errggh! Sudah sudah lah melolong! Bising tahu tak!
Entah mana silap aku, aku tersadung batu.
A pack of werewolves sedang mengerumuni aku. Aish Qayyum.. Dimana kau, abang? Aku takut..
"Ambil ni!!!" jerit seorang lelaki lalu menyuluhkan lampu suluh.
Werewolves itu lari bertempiaran.
Aku mendongak melihat siapa gerangan yang menyelamatkan aku.
Warna mata violetku bertukar biru. Manik manik jernih turun dari kelopak mata.
Wajah lelaki itu aku tatap. Lelaki itu mempunyai raut muka yang sama dengan aku.
"Abang... Abang Qayyum?"
"Qairina...."
Share this novel