35

Romance Series 37698

Bab 35 - What is happening?

"AAAHHHHHHHHH!!! Tak mungkin!! My Faris tak boleh masuk penjara!! Dia janji nak kahwin dengan aku!! Dia bakal menjadi daddy untuk anak kami!!!" teriak Maya macam orang gila. Sekejap, bukan macam tapi memang!

"Oi, orang gila! Anak kau, dah lama mati! Hahaha!" ujar seorang wanita disebelah katil Maya sambil ketawa mengilai. Sebiji macam orang gila.

"Mana ada! Anak aku hidup lagi lah!" balas Maya lalu mengusap perutnya yang kempis. Maya tersenyum seperti orang gila.

"Kau diam lah orang gila!!" Wanita lain yang gila terus menyerang Maya lalu menarik narik rambut Maya.

"Katil no. 11!! Katil no. 12!! Katil no. 22!! Berhenti bergaduh!! Jangan ganggu katil no. 22!!" marah seorang nurse.

"Isshh.. Bising Betul lah. Jom, Maimun" Wanita yang gila terus pergi kekatil mereka.

Maya seperti ketakutan.

"Aku tak gila!! Aku tak gila!!" jerit Maya lalu menangis.

"Kau diam boleh tak? Kacau orang tidur je.." marah wanita gila.

"Biarlah, Ina.. Anak dia kan dah mati.. Hahaha!!" Maimun ketawa jahat.

"Hahaha!!!"

"Tidak!! Anak aku tak mati!!!" teriak Maya lalu duduk mencangkung. Dia menggigit jari. Matanya dibuka luas. Rambut panjang dia serabutkan.

Aku menatap Maya sayu. Pelawat hanya boleh melihat pesakit melalui cermin kaca. Dulu aku Maya adalah pesakit Hospital Bahagia. Sekarang, dia sudah menjadi pesakit hospital sakit jiwa.

Sejak dia tahu Faris akan dikenakan hukuman gantung, dia terus jadi macam ini. Hilang kawalan. Anak? Maya mengandungkan anak Faris. Fakta yang membuatkan aku tersentak.

Bukan setakat itu je, Maya telah mengalami keguguran sejak dia berpindah dihospital ini. Kasihan aku melihatnya.

Itulah apa yang dinamakan....

Karma. Karma is around.

Aku berlalu meninggalkan hospital sakit jiwa.

Maya, kau perlu tanggung sendiri apa yang kau buat. Betul sangkaan aku. Maya ada hubungan dengan Faris. Tapi lebih dari itu hubungan mereka.

Faris, insan yang aku akan pastikan dia mendapat hukuman yang setimpal. Hukuman di dunia tidak cukup bagiku. Tunggu lah dia Akhirat kelak.

Ting! Bunyi tanda mesej masuk.

'Kau pergi jenguk Maya ke?' - Farah

Aku telah menceritakan semuanya kepada Farah, Fiera dan Yana. So, diorang faham kenapa aku lari waktu party.

'Ya' - Me

'Padan muka!' - Yana

Aku menggelengkan kepala melihat mesej Yana.

'Eeii.. Tak baiklah, Yana cakap macam itu. Kesian, Maya' - Fiera

As expected from Ustazah Fiera.

'Sorry.. Sorry..' - Yana

'Korang nak buat apa eh? Sambung belajar ke kerja?' - Farah

Hmmmm.. Apa ya? Lupa nak cakap. SPM dah lama habis. Keputusan aku sangat cemerlang.

'Aku nak sambung belajar' - Fiera

'Aku pun' - Me

'Same' - Farah

'Aku.. Aku nak kahwin!' - Yana

Miang sungguh la minah gatal ni.

'Siapa aje nak dekat kau? - _-' - Me

Rasakan sambal belacan dari aku! Hehe!

'Tak pe, Iris.. Aku tahu lah aku tak laku.. Farah dah ada boyfriend.. Fiera pula dengan abang kau' - Yana

Ooppss.. Abang Qayyum adalah tunang Fiera. Tak sangka abang Qayyum sudah jatuh cinta pandang pertama setelah melihat Fiera. Itulah apa yang dia katakan dekat aku. Fiera pun suka dekat abang Qayyum.. So sweet right?

'Aku pun sama aje cam kau, Yana' - Me

Betul apa. Siapa nak dekat aku? Walaupun iris aku dah okay.... Vaksin untuk iris aku ada dalam rumah arwah mama dan papa. Memang berkesan sungguh! Mujarab!

Nak cerita pasal iris, Dr. Redza juga telah dihumban masuk dalam penjara. Atas sebab apa? Rasuah.

'Rayyan kan ada' - Farah

Aku meneguk air liur.
Aiii... Rayyan? Errr... Entah lah

'Rayyan pun dah lama suka dekat kau, Iris'- Fiera

Fiera pun support Rayyan?

'Entah. Kau dengan Rayyan' - Yana

Aku rasa macam nak sekeh aje kepala diorang.

'Malas la nak layan korang' - Me

'Mengaku ajelah yang kau suka Rayyan!' - Yana

'Aku tak suka dia!' - Me

Betul ke?

'Kau boleh bohong kitorang tapi kau tak boleh bohong perasaan kau walaupun iris kau dah kembali normal' - Fiera

Aku terus offline. Aku masukkan phone didalam handbag.

Aku bukan apa.. Aku sendiri confuse dengan hati aku. Abang Qayyum memang percayakan Rayyan 100% but I still don't know about my feeling. Memang Mr. Jantung akan berdegup kencang apabila aku berjumpa dengan Rayyan.

Tetapi...

Sudah beberapa hari aku tidak nampak Rayyan. Aku tanya abang Qayyum, dia kata Rayyan pergi sambung belajar. Adakah Rayyan sudah berputus asa untuk mengejar aku? Sebab aku selalu tolak dia?

Memang lah. Aku tolak dia mentah mentah. Siapa yang akan terus mengejar kalau sudah ditolak sebegitu rupa.

Ah, Rayyan.. Aku rindu kau.

Aku memperbetulkan tudung shawl. Hehe.. Lupa nak bagitahu. Aku telah insaf. Aku ingin menjaga auratku dengan sempurna. Aurat aku hanya boleh ditunjukkan kepada bakal suamiku.

Ceehh.. Terfikir jauh pasal suami? Iris.. Iris..

Aku dengan sabar menunggu abang Qayyum untuk mengambil aku di stesen bas.

Waktu malam sudah menjelma. Mana abang Qayyum ini?

Aku menelefon abang Qayyum.

"Assalamualaikum.. Abang dekat mana? Kenapa tak ambil Qairina? Terlupa ke?" soalku berderu deru apabila talian dapat disambungkan.

"Waalaikumussalam.. Qairina yang lupa." balas Qayyum.

"Lupa apa?" Keningku terjongket.

"Kan abang Qayyum dah bagitahu... Abang tak dapat ambil Qairina sebab busy dengan company.."

Aku menepuk dahi. Yalah. Abang Qayyum telah pesan kepada aku pagi tadi.

"Ok ok. Bye" Aku terus matikan panggilan.

Sejak dua menjak ini, aku ashik ashik lupa. Lupa nak jumpa dengan Yana.. Lupa nak pergi shopping dengan diorang.. Lupa phone dekat mana.. Banyak sangat aku lupa!

Ah, pedulikan!

Manusia memang mempunyai penyakit alpa.

Hah! Abang Qayyum sudah mengambil alih company arwah papa yang semakin bankrupt. Walaupun usia masih muda, abang Qayyum sangat tangkas dalam mengendalikan company dengan bantuan PA nya.

Aku bangun dari tempat duduk. Nak call Grab ke? Tapi aku tak ingat alamat rumah!

Macam mana ni? Macam mana ni?

Tiba tiba satu ketukan yang agak kuat terkena dikepala aku. Aku rebah dimuka bumi ciptaan Allah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience