20

Romance Series 37698

Bab 20 - Birthday

Kelopak mata aku perlahan lahan terbuka. Perasaan lain menerjah hati aku. Bukan perasaan marah. Jauh sekali sedih.

Aku..... Happy!!!

Aku bangkit dari kamar yang empuk. Aku menyanyi kecil sambil menggapai tuala untuk mandi.

Guess what? Today is my birthday! Hari lahir yang ke - 17. Siapa tak happy?

Dengan perasaan girang aku mandi. Forget to say, aku tak boleh solat. Paham paham aje lah. Bak kata orang perempuan, ABC. Allah Bagi Cuti. Tapi itu dah lapuk.

Sekarang zaman moden, orang panggil werewolf. Sebab? Sebab bulan sudah datang. Serigala jadian akan muncul apabila bulan mengambang muncul bukan?

So, ABC boleh dikatakan 'datang bulan'. So that's why panggil werewolf. Senang sikit. Tak paham juga? Malas laa nak explain.

Usai mandi, aku menggayakan pakaian dress labuh. Tak kuasa pakai dress singkat sampai paras lutut.

Dress labuh warna crystal biru. Make up? Lip glos aje. Tempek bedak sikit sikit. Eyeshadow? No need!

Rambutku dandan dengan melepaskan rambut yang panjang. Aku menyikat rambut.

Aku melihat wajahku dicermin.

Mata unguku segera berubah menjadi warna biru.
Tanda aku sedih.

Apa gunanya make up lawa lawa tapi mata macam alien? Aku mengambil spek mata hitam lalu disarung.

Aku melihat ada kotak kecil diatas meja study aku.

"Hadiah?"

Aku mengambil kotak yang berwarna biru itu. Pembalutnya aku buka. Kelihatan anting anting berkilauan yang berwarna putih silver.
Wah! Cantiknya.

Dek kerana terpegun dengan keunikan dan kecantikan anting anting itu aku memasangnya dicuping telinga aku. Rambutku selak.

"Woa..." Aku tergamam. Cantik gila!

Pintu bilik diketuk.

"Masuk lah"

Pintu bilik dikuak. Oh. Mama rupanya.

"Wah. Cantiknya anak dara mama ni" puji mama.

Aku tersenyum nipis. Cantik?

"Diorang sudah datang ke, mama?" soalku.

"Sudah. Kawan kawan kamu pun datang. Cepat lah turun. Apa pula kata orang majlis ada tapi main character tak turun turun?"

"Hehehe"

Tanpa berlengah lengah, aku turun menuruni tangga dengan anggun. Errkk.. Ye ke? Kelihatan ramai para tetamu yang hadir memandang aku

Nyanyian Happy Birthday bergema disegenap rumah.

"Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Eryna Sofea.. Happy birthday to you... ~~~~~"

Tepukan gemuruh diberikan apabila aku memotong kek oreo cheese. My favorite. Ada class gitu!

Mama dan papa sedang kusyuk berbual bual dengan kawan kawan / client.
Along dengan geng dia la. Same goes to angah.

" Happy birthday Iris" ucap Faris.

Aku tersenyum tipis.

"Thanks"

"Sama sama kasih" Errkk.. Aku membuat muka toya.

"Kau cantik la.." puji Faris dengan senyuman menggoda.

Errr.. Meremang bulu roma aku! Selalunya kalau perempuan dipuji dengan gaya goda akan cair kan? Tapi bukan dengan aku!

"Thanks. Eh, kawan aku!!!" aku sengaja ingin mengelak dari Faris. Bernanah telinga aku.

Aku pergi ke kolam untuk berjumpa dengan Fiera, Yana dan Farah yang sibuk menjamah hidangan sambil berbual bual.

"Hey guys!" sapa aku ceria. Senyuman ikhlas lebar ku lemparkan.

"Hi. Birthday girl!" sapa Farah.

"Hey tuan rumah" sapa Yana.

"Waalaikumussalam" perli Fiera.

Kami ketawa.

"Assalamualaikum"

Mereka menjawab salam. Fiera memang ustazah jadian!

"Happy birthday, Ryn!" ucap mereka serentak.

Mereka menghulurkan hadiah.

"Buat susah susah aje.. Terima kasih ye.." Aku tengok pun macam susah aje. Hadiah Fiera saiznya agak median. Yana pula hadiah yang agak besar. Farah pula kecil.

Aku bukannya jenis memilih dalam pemberian hadiah. Hadiah kecil ke besar ke aku terima asalkan hati pemberi hadiah itu ikhlas. Ceeh... Sastera sangat!

"Eleh.. Tak susah pun.." balas Fiera sambil tersenyum.

"Anyway you look gorgeous with that dress and look!" puji Yana.

"Dress yang cantik ke tuan punya dress yang cantik?" soalku. Lebih kepada gurauan sebernanya.

"Both!" Yana mula tersengih.

"Ha'ah! Kau cantik gila!!" puji Farah dengan intonasi yang agak tinggi. Nak masuk vokalis ke? Farah pula yang terlebih emo.

"Perlahan kan radio mu.." tegur Fiera sambil menyanyi kecil lagu Najwa Latif dan Sleeq. Nasib baik tak kuat. Macam berbisik aje.

Farah menekup mulutnya cemas apabila tetamu tetamu yang berhampiran kolam itu memandang Farah pelik. Siapa tak cemas, tetamu tetamu yang hadir 97.9% ialah orang berada dan berpangkat Tan Sri, Puan Sri, Tengku, Datin, Dato Nenek dan sebagainya.

Sekali lagi kami ketawa melihat tindakan automatik Farah dan Nyanyian free oleh Fiera. Hehe.. Walaupun 'ustazah jadian', Fiera masih mempunyai nafsu nyanyi seperti manusia.

"Ooppss... Sorry tapi you really look beautiful"

"Pandai kau dandan rambut. Dress itu sesuai gaya rambut kau yang freestyle" puji Fiera. Fiera ini bertudung. Tapi dia sangat arif bab rambut.

"Thank you for your compliments. You may enjoy your food." Aceehh aceeh... Speaking gaya mat salleh nou..

Mereka ketawa. Mungkin dek kerana slang slang aku. Slang aku agak serupa dengan slang mat salleh. Aku mungkin mak salleh celup?

"Eh, Ryn! Aku lupa nak bagitau!" Wajah ceria kerana ketawa Yana mulai tegang. Dahi Yana berkerut.
Macam serius aje bunyinya.

"Kau lupa nak bagitau apa?" soalku sambil mengambil macaroon yang berada diatas meja. Dimasukkan kedalam mulutku. Ahh~~Sedapnya macaroon strawberry ni!

"Kau suruh aku jemput kawan yang tak akan ejek pasal mata kau kan?" soal Yana takut takut.

Aku mengangguk sambil mengunyah macaroon strawberry itu.

"Aku ajak someone."

"And... Who is she?" soalku.

"The person I invite is not 'she'..."

Aku tersedak.

"You mean 'he'? Who is 'he', Yana?" soalku.

Yana menyiku lengan Farah supaya memberitahu lebih lanjut. Farah pula menyiku kembali Yana.
Macam ni..

'Kau la!!'

'Kau!! Asal aku??'

'Aku dah citer'

'Sambung ajelah!!!'

"Rayyan" jawab Fiera tenang sambil menghirup air hot chocolate.

Farah dan Yana mengangkat tangan tanda 'surrender' kerana takut aku akan marah. Aku agak terperanjat. Mamat kerek tiga suku??

"Kauorang jemput dia???"

"Tanya Yana" balas Fiera masih tenang.

"Asal aku??"

"Kau yang jemput dia!" sokong Farah.

"Stop gaduh! Kat mana mamat bajet bagus itu??" soalku cuba meleraikan pergaduhan. Ini bukan tadika ye.. Diulangi bukan tadika!!

Farah meneguk air liur.

"Behind you..."

Aku tersentak. Behind me? Eh eh. Ingat ni cerita hantu ke?

Aku pusing 180° ke arah timur. Ye ke? Aku main hentam aje geografi

Paakk!!! Kelihatan jelas terpacak susuk tubuh lelaki yang memakai baju yang agak trend. Kasut jenama apa aku tak tahu. Seluar jean. Pakai belt hitam. Tangan kirinya diseluk kedalam poket seluar. Baju smart... Aku lihat dari bawah kasut hingga kemuka. Rayyan!!!

"Kau panggil aku apa? Mamat bajet bagus??" soal Rayyan dengan renungan mata tajam. Ingat aku tergoda kah? Eikk? Asal dengan kau, Ryn? Renungan dia tajam bukan menggoda! Wake up!!

Aku menggelengkan kepala berulang kali. Acah acah 'wake up'.

"Kau dah kenapa geleng kepala? Tanjung Rambutan ada tempat kosong lagi" sinis Rayyan. Senyuman yang diberi sinis. Renungan mata juga sinis. Ayat dia juga sinis. Sinis gila!!
Dia tiru ayat aku???!!

Aiii.. Kecil besar kecil besar je aku tengok Rayyan ni.

"Asal kau tengok aku? Aku tahu lah aku hensem.. Tak payah lah tengok aku sampai macam itu sekali. Kau desperate nak aku ke??" Sakit telinga aku!!

Fiera, Yana dan Farah mula menahan ketawa dek mendengar perkataan 'desperate nak aku'.

Aku memberikan jelingan yang bermaksud 'Kenapa invite dia??'

Farah memahami jelingan tersebut. 'Tanya Yana!!!'

Yana membalas 'Asal aku???!! Bukan aku!!!'

Fiera pula ikut serta 'Yana yang ajak Rayyan'

'Bukan aku!!!'

'Kau lah!!'

Seperti ada telepati bukan? Aku ketawa kecil didalam hati melihat telatah mereka. Haihhh.. Lucu benar geng aku. Tapi muka aku still dalam 'jelingan maut'

"Aku pelik lah dengan kau. Tadi geleng geleng kepala. Pas tu tengok aku macam nak makan aku. Then jeling jeling manja pula... Memang dasar orang gila. Baik aku makan dari hadap kau!!" celoteh Rayyan lalu melangkah pergi.

Aku terpinga pinga. Jeling jeling manja? Hell no!!! Orang gila dia panggil aku? Kang kaki ni naik kat kaki. Dalam aku pakai dress, kaki still ada power. Bagus lah dia blah.

Aku toleh kearah Fiera, Yana dan Farah.

Masing masing mengangkat tangan tanda 'Bukan saya!!'

Aku mengeluh kecil. Yelah. Aku ingat nak happy happy sebab birthday aku yang ke-17. Tapi ada bala datang.

Aku mengangkat kaki beredar

"Kau nak gi mana?" soal Fiera.

"Toilet"

Baik aku basuh muka. Kalau nak pergi toilet, kena melintasi bilik mama dan papa. Kelihatan pintu bilik dibuka kecil.

Ada mama, papa, along, angah dan... Faris dalam itu?? Apa diorang bincang? Macam serius aje..

Tapi aku kisah apa walau pun hati terdetik nak pasang telinga.

Aku mula melintasi bilik itu.

Kedengaran suara ganjil bergema dicuping telinga.

"Dengar lah apa diorang cakap..."

Langkah aku terhenti.

Suara apa pula ni??? Aku kalih sekeliling. Tak dek pulak orang.

"Dengar lah apa diorang cakap..."

Saka ke apa ni?? Aku pun menuruti kehendak suara aneh itu.

Aku mengintai di tombol pintu.

"Bila kita nak buang dia??" soal angah.

Buang? Siapa?

"Sabar laa.. After birthday perempuan tu, kita buang lah dia." balas Faris.

Birthday perempuan??

"Kesian, Eryna... Atau nama sebenar... Iris" ujar mama.

Aku tersentak. Aku ke yang nak dibuang? Nama aku betul lah Iris!!

"Hahaha.. Hidup dengan kita tapi tak sedar kita akan bunuh dia. Macam haiwan ternakan" ujar papa.

Air mata tanpa disuruh mengalir tanpa henti. Bunuh aku??

"Betul. Kita bunuh aje dia macam mana kita bunuh parents dia" kata along.

Air mata mengalir deras. Silap silap banjir satu rumah. Diorang yang bunuh parents aku??

"Kemudian kita ambil harta dia!!!!"

"Dia ingat ni hari gembira untuk dia tapi malangnya hari lahir ini adalah hari maut bagi dia!!"

Mereka ketawa berdekah dekah.

Sungguh aku tak sanggup mendengar. Kakiku lemah. Hatiku bagai dirobek robek.

Aku mula berlari laju meninggalkan tingkat itu.

" Eh, asal lari laju sangat ni, Ryn? "soal Yana.

Tanpa menjawab, kakiku laju berlari meninggalkan rumah. Biarlah majlis ni jadi jahanam.

Aku meninggalkan kawasan rumah banglo.

Rayyan yang melihat aku lari melihat jam Rollete.
Dia mendongak ke langit.

'Lagi 45 minit lagi...sebelum 'game' kau bermula... Ada 45 minit je lagi....sebelum diorang jadi 'barbie doll' kau... " desis hati Rayyan lalu menyambung makan seperti tiada apa yang berlaku.

***
Kasut tumit tinggi aku tanggalkan kerana tidak selesa untuk berlari.

Ke mana hala tujuku? Kemana aku bisa lari?

"Belok kiri..." Suara itu!!! Aku kalih ke sekeliling. Tak dek siapa pun!!!

Aku turut sahaja seperti lembu dicucuk hidung.

Aku penat.. Aku tiada semangat..

Cukuplah dengan pengkhianatan dan tikam belakang.. Sungguhku tak sangka, orang yang paling dipercayai tikam belakang aku.

"Terus aje lepas itu Belok kiri" suara itu berbicara lagi.

Naik lenguh kakiku namun masih digagahkan lagi untuk berjalan.

Aku tidak kuat..

"Belok kanan.." Bagai dirasuk, aku mengikuti arahan suara ghaib itu. Adakah suara dari malaikat?

Apabila aku belok kanan, baru aku tersedar. Aku berada di hutan!!!

Kelihatan sebuah rumah agam yang besar dan mewah tersegam indah. Tapi kehairanan menjentik hatiku.

Ada ke dalam tengah tengah hutan ada rumah agam??

Tiba tiba asap kabus muncul. Jangan jangan ni cerita hantu!! Rumah misteri yang mewah.. Terperangkap didalam hutan.. Asap kabus datang...

Lepas ni apa pula?

Bau asap kabus itu menusuk hidung aku. Kepala ku berpinar pinar. Kepalaku sakit.
Kelopak mataku tertutup. Aku rebah.

*******
Aku membuka mata perlahan lahan. Katil empuk?

Aku bangun. Bilik tidur mewah? Rumah ke?

Tak tak.. Bilik tidur aku lain.

Aku pandang sekeliling. Dekat mana aku ni??

"Sudah bangun?" soal satu suara.

Suara tadi ke? Tapi macam lain aje.

Aku lihat sekeliling mencari suara empu.

"Selamat datang ke Rumah Agam Blood Rose.. 'Game' akan bermula sekarang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience