Bab 40 - The End Of The Iris
Kandungan aku sudah berusia hampir 8 bulan. Bila bila masa aje aku boleh beranak. Perutku sudah memboyot. Lagi besar dari wanita yang mengandung. Nama pun kembar
Aku memang rasa risau kerana membawa nyawa. Apatah lagi dua nyawa. Tetapi bantuan daripada suami, keluarga dan kawan kawan membuat aku bertahan.
Fiera sudah menjadi isteri Aish. Macam tak percaya pula. Sekejap sangat semua ini. Masa pantas berlalu. Pejam celik pejam celik dah kahwin.
Aku? Errmm.. Hari ini aje aku dah muntah banyak kali. Pil aku telan. Nak jalan pun susah. Muka aku ni lesu tak bermaya. Pucat. Rambut panjang aku potong sebab banyak gugur.
Kesihatan aku semakin merosot. Aku akui itu. Memori aku sedikit sebanyak hilang.
Rayyan merangkul pinggang aku
"Thank you darling for give 'them" bisik Rayyan romantis.
Alahai.. Suami aku ini memang ada suara garau yang romantis. Cair aku!
Aku tersenyum.
"It's Allah power" balasku. Senyuman aku berikan walaupun nampak pucat aje senyuman aku.
"Are you alright? You look sick" ujar Rayyan khuatir + prihatin.
Rayyan tidak tahu benar tentang hal ini.
"Yes. Just morning sickness" jawabku.
Rayyan mengucup lembut bibirku sekejap.
"We need a morning kiss" Rayyan tersenyum nakal.
Mukaku merona merah.
"Hai.. Sayang rasa anak anak kita ikut perangai siapa?" soal Rayyan ceria.
"Kalau kerek, mesti macam abang!" balasku.
"Kalau suara macam nyamuk membunuh mesti macam sayang!"
Kami ketawa. Terima kasih kerana mengurniakan Rayyan, suamiku.
"Sayang tak kisah pun. Janji anak kita sihat wal'afiat." Aku tersenyum.
"Betul itu" Rayyan menyokong.
"Abang, kalau saya pergi.. Abang akan kahwin lain ke?" soalku tiba tiba.
Dahi Rayyan berkerut seribu. Mukanya berubah tegang.
"Kenapa sayang cakap macam itu?" soal Rayyan serius. Tidak menyukai apa yang aku cakap sebentar tadi.
"Just answer me" desak aku.
"It's a no!"
"Why?"
"Because you the only my queen of my heart. No one can take you from my heart!"
Hatiku menjadi sebak mendengar kata kata Rayyan.
"Shuu.." Rayyan meletakkan jari telunjuk di bibirku yang sedikit pucat.
"Please don't say about death, sayang" pinta Rayyan.
Aku mengangguk kecil. Hakikatnya.. Betapa besarnya cinta Rayyan pada aku.
"Anyway.. Anak anak papa ni sihat? Tak kacau mama? Tak sabar nak tunggu anak anak papa ni keluar tengok dunia " Rayyan meletakkan telinga di perutku yang membuncit. Mak Buyung lah katanya.
Sayu aku melihat sinaran harapan dimata Rayyan. Walaupun 'iris' warna aku hilang, naluri aku masih ada.
Tiba tiba Perutku terasa sakit yang luar biasa. Air ketumban ku pecah.
"Abang! Baby nak keluar dah !"
Laju Rayyan memapah diriku masuk kedalam kereta.
????
Lahirlah Ifti Raysha Binti Ezzul Rayyan dan Iriz Rayqal Bin Ezzul Rayyan ke dunia. Rayyan mengalunkan azan di telinga anak anaknya.
Aish sempat menggendong anak anak buahnya. Fiera, Yana dan Farah pula tergoda dengan kecomelan mereka. Puan Maisarah juga menggendong cucu cucunya. Berebut rebut mereka mahu memegang pipi tembam Ifti dan Iris.
"Dr.. Mana isteri saya?" soal Rayyan dengan senyuman yang tidak lekang dari muka.
Apa yang dia mahu buat adalah memeluk isterinya dan mengucap terima kasih.
Doktor itu tampak gelisah tidak tahu macam mana nak bagitahu.
"Mana adik saya?" soal Aish pula.
Tidak sabar mahu berjumpa mama Ifti dan Iriz yang bertarung nyawa melahirkan dua cahaya ini.
Doktor menarik nafas dalam dalam sebelum memulakan bicara.
"Puan Iris.. Sekarang berada didalam tahap kritikal.."
Mereka semua cuak.
"Kenapa dengan Iris?" soal Farah.
"Puan Iris menghidapi penyakit barah otak. Tahap ketiga. Dia tidak dapat diselamatkan." beritahu Doktor dengan berat hati.
Tercengang mereka. Hampir luluh hati mereka mendengar bicara doktor.
Air mata menitis.
"Mana isteri saya?!!" soal Rayyan. Matanya berkaca kaca.
Tidak mungkin. Tidak mungkin! Tetapi ada benarnya juga.. Iris selalu sangat lesu, lupa dan muntah. Mungkin bukan morning sickness.. Sebab itu kah Iris memotong rambut?
"Puan Iris ada dalam. Puan Iris teringin berjumpa dengan Encik Rayyan"
Rayyan meluru masuk kedalam bilik itu. Kelihatan aku yang tengah tersenyum hambar. Pasti Rayyan sudah tahu..
"Kenapa tak cakap?" soal Rayyan marah.
Aku mendiamkan diri.
"Kenapa sayang tak cakap yang sayang menghidapi penyakit? Kenapa tanggung sorang diri?" marah Rayyan.
Jelas ada sinar kecewa dan sedih dimatanya.
"Sayang buat semua ini sebab tak nak abang tahu.. Tak nak bagi abang risau.." balasku lembut.
"Abang memang risau! You make me worry damn hell!"
Aku tersenyum kelat. Aku sangat letih.
"Abang.. Boleh tak nyanyi satu lagu dekat sayang? Please.." pintaku.
Rayyan mengucup dahiku. Dia mengenggam tanganku.
Sudah puas aku menangis lagi.
Kau hadirkan mendung awan yang kelam
Namun ku tetap bisa bertahan
Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir
Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan oh sakitnya hati ini
Jika kau tak mampu memberiku senyuman
Usah kau hadirku dengan kedukaan
Oh biarkah hidup Ku dengan caraku
Sedia menghadapi yang akan tiba
Takkan berundur walau seketika
Aku terus mencari sinar kebahagiaan
Air mataku mengalir tatkala suara merdunya kedengaran.
Bukan kerana sedih tetapi gembira kerana mendapat suami kiriman tuhan seperti Rayyan.
'Apa pasal kau pakai spek hitam?'
'Dasar ketua pengawas kerek!'
'Dasar minah brutal!'
'Busuk.. Tak mandi lagi!'
'Tanjung Rambutan ada tempat kosong lagi..'
'Diam lah, ketua pengawas kerek!'
' Aku akan sokong kau'
'Fiera, Yana dan Farah betul betul ikhlas berkawan dengan kau'
'Aku akan balas dendam. Aku akan bantu kau balas dendam dekat keluarga Faydl tak guna'
'Nah makan bubur! Mengada!'
'Makan ubat ni! Ke nak aku kiss kau?'
'Kau okay? Meh aku papah'
'Asal kau jalan slow sangat?'
'Iris!'
'Aku suka kau, Iris Qairina.. Will you be my wife? Will you be my soulmate? Will you be my Hawa? Will you Iris?'
'Abang cinta sayang'
'Tak sabar nak tengok anak anak papa ni lahir kedunia'
'You are my queen of my heart. No one will take your place in my heart'
Segala memori dahulu, terngiang ngiang di telinga aku. Memori berlegar di kotak memori.
Air mata aku mengalir.
Eratan tangan dilonggarkan. Aku menghembuskan nafas terakhir. Mata aku dipejam rapat.
Goodbye, Rayyan..
Rayyan meraung. Air mata jantannya mengalir. Dia mendakap erat tubuh sang isteri tercinta yang sudah tidak bernyawa.
Mengapa kau pergi?
????
Selesai juga pengebumian Iris Qairina. Tetamu yang hadir rata ratanya mengucapkan takziah.
Tiba tiba suara tangisan Ifti dan Iriz kedengaran. Mereka menangis seolah olah mereka tahu mereka tidak dapat berjumpa ibu tersayang lagi.
Tetamu tetamu memandang sayu kearah kembar yang berada didalam pelukan Rayyan.
"Rayyan, sabar ya nak.." ucap Puan Maisarah lalu mengesat air matanya. Kehilangan nenantu yang baik sekali.. Ah ujian apakah ini?
Aish juga turut menangis. Kematian adik kembar sememangnya memberikan kesan yang mendalam. Mereka baru dipertemukan. Tidak sempat melepas rindu.
Fiera, Yana dan Farah bermandikan air mata. Sedih dengan pemergian sahabat.. Sedih melihat Rayyan.. Sedih melihat Ifti dan Iriz yang Kehilangan mama kandung.
"Ma.. Yan tak kuat.. Kenapa Iris tak bagitahu?" rintih Rayyan.
Sayu hati ibu melihat anak tersayang begitu sedih dengan pemergian Iris.
"Kau kena kuat. Kau kena kuat untuk Ifti dan Iriz" Aish memberi kata kata semangat.
"Betul itu" sokong Fiera, Yana dan Farah.
Rayyan mengeluh berat.
????
Usai mendodoikan Ifti dan Iriz, Rayyan masuk kedalam bilik tidur. Kenangan dia dan Iris bersama.
Matanya terancap pada surat di bawah pasu.
Dia membaca surat itu.
Kepada suamiku Ezzul Rayyan,
Waktu abang baca ini, sayang dah tiada dekat bumi ini. Sayang doakan agar abang sihat sejahtera. Tolong besarkan anak anak kita bang walaupun yang sudah tiada. Abang kena kuat. Maafkan yang sebab rahsiakan tentang pengakit. Yang tak nak buat abang risau. Segala memori kita waktu sekolah menengah, memang tidak pernah terhapus dikotak memori yang. Memang sudah tahap kritikal, Tetapi kenangan kita tidak sekali pun yang tekan button delete. Kenangan bunga Iris dan ketua pengawas kerek. Pertemuan pertama yang bukanlah dalam keadaan baik membuatkan hati yang mahu berkenalan dengan abang. Walaupun abang kerek, perasaan cinta tidak pernah terpadam. Mungkin sebab ego yang tinggi, yang tepis segala perasaan itu. Disebabkan yang mempunyai 'iris', yang tak percayakan manusia. Terima kasih kerana membantu abang Qayyum dalam mencari yang. Terima kasih kerana mempertemukan kami. Terima kasih kerana membantu kami balas dendam. Terima kasih kerana selamatkan yang. Terima kasih kerana menjadi imam yang. Terima kasih yang tidak terhingga. Tolong halalkan makan dan minum yang. Janganlah abang berduka cita dengan pemergian yang. Anak anak kita perlukan abang sebagai ayah. Tolong tumpahkan kasih abang kepada mereka seperti mana abang beri kasih sayang abang pada yang. Relakan yang pergi. Satu je yang nak bagitau. I love you, abang. Ungkapan ini selalu abang ucap. Yang tak pernah pula. I love you so much, Pemilik Hati Iris.
Rayyan meletakkan surat didada nya. Dia mengalirkan air mata lagi hanya kerana seorang insan bernama Iris Qairina.
"IRIS!!!!!!" teriak Rayyan.
Dia tidak mahu isterinya pergi. Dia berasa baru semalam dia berjumpa dengan Iris. Baru semalam dia jatuh cinta dengan Iris.
Inilah kisah sang Iris Qairina. Kisah hidup aku. Siapa kata bunga Iris yang layu dapat hidup mekar kembali? Siapa kata? Bunga Iris yang layu dapat hidup mekar tetapi hanya untuk seketika. Hidup aku dikelilingi dengan penipuan, iri hati, pembalasan dendam, kemewahan, tipu belakang .
Walaupun aku telah pergi, aku tidak langsung berada sedih. Perasaan berat hati untuk meninggalkan mereka yang tersayang semestinya ada. Tetapi aku gembira kerana aku telah selesaikan semuanya sebelum aku pergi.
Aku dapat mengetahui siapa diriku. Aku dapat mengetahui siapa Faydl. Aku dapat bertemu dengan abang Qayyum. Aku dapat bongkarkan misteri. Iris aku kembali normal. Aku dapat disatukan dengan Rayyan.
Siapa aku? Aku Iris Qairina. Pemilik Iris. Siapa dia? Dia Ezzul Rayyan. Dia ketua pengawas kerek. Dia suamiku tercinta. Dia... Dialah.. Dialah Pemilik Hati Iris.
TAMAT
Share this novel