Mama dan papa pun telah pulang kerumah selepas beberapa hari...
"Ryn!!! Mama... Mama minta maaf...kalaula benda itu tak berlaku... Kamu pasti akan hidup normal.." kata mama sambil memeluk aku. Tangisan tidak henti mengalir dari irisnya.
Aku terpana.
"Apakah semua ini?" soal aku seraya meleraikan pelukan.
Selama ini aku tak pernah tanya apa yang berlaku pasal mata aku.
"Nampaknya.. Dah sampai masa untuk bagitau kamu.." ujar papa.
Bagitau apa?
"Papa.. Jangan" larang along.
"Ryn belum bersedia..." ujar angah pula.
Aku mengeluh.
"Kalau papa...mama...along...angah belum bersedia nak bagitau Ryn perkara sebenar... Ryn redha jelah..." ujar aku.
"Ryn... Apa kata kamu berdoa banyak banyak dan solat istikharah. Insha Allah.. Jalan itu akan sedia terbuka.." nasihat papa lembut.
Aku mengangguk lalu masuk kedalam bilik aku. Rahsia? Rahsia apa?
Segala perasaanku pendam dalam hati dan juga.... Iris aku...
" Boleh tak aku nak panggil kau iris? Sebab iris kau cantik la.. "
Kata kata Faris terngiang ngiang di kepala otak aku. Berlegar sana sini.
Iris aku cantik? Mana ada!! Pembawa malang aje!!
Aku menggapai phone aku lalu mendail nombor seseorang.
"Kita jumpa dekat pantai."
********
Angin sepoi sepoi bahasa sayup sayup sahaja mengenai muka aku. Rambut aku pula berangin.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" soal satu suara.
Ya. Itu Faris.
"Kau kata kau nak panggil aku Iris kan?" soal aku.
Dia laju mengangguk.
"Panggil lah. Panggil aku Iris. Iris bermasalah.. Atau Iris Buta..."
Matanya membulat.
"Asal kau ni?"
Dahi Faris berkerut.
"Faris... Boleh tak kau cungkil aje mata aku daripada menyusahkan aku?" soal aku sambil kaki berada dilaut yang membiru.
Kami berada di pantai
Saja ambil angin.
"Kau gila ke apa?" soalnya.
Mata aku mulai berkaca kaca.
Dia terus merampas kaca mata hitam aku.
Sah. Aku tak leh lari lagi daripada 'Pinocchio' s Eye'.
Anak mata aku mulai membiru.
"A.. Aku..."
Kata kata aku terhenti.
Faris lantas memeluk aku.
"Kau tak payah citer... Aku dah tahu semuanya... Papa kau dah beritahu aku... Sabar la... Iris... Aku janji akan jaga kau."
Kata kata Faris membuat aku sebak.
Laju air mata mengalir.
?????
"Ryn!!! Aku dah add kau dalam group!!" ujar Farah.
"Ouuh.. Ye ke?" soal aku seraya mengeluarkan phone Apple.
'BlackPink Princess Group'. Nama group antara aku, Fiera, Yana dan Farah
Aku ketawa kecil.
"Asal princess?" soal aku.
"Tak tahu... Tanya si Yana ni.." ujar Fiera.
Yana pula tersengih seperti kerang busuk. Mirip sangat! Tak tahu beza antara Yana dengan kerang busuk!!
Aku hampir terlupa mengenai masalah aku.. Kerana adanya kawan baik....
Kawan... Kawan sahaja memang senang dicari... Berlungguk lungguk dekar supermarker... Murah lagi...
Tapi kawan baik... Hatinya sungguh suci..
Tapi sangat susah dicari. Ibarat permata. Diamond... Gold.. Crystal.. Yang bersinar sinar. Tapi sungguh mahal. Jadi sayangi dan hargailah kawan baik...
"Ooii!!!" jerit seseorang.
Aku toleh. Ayam betina lagi
"Aku sekali lagi nak ingatkan kau jangan kacau Rayyan. His mine!!" ujarnya.
"Siapa kata aku ni kau ah?!" tengking satu suara
Rayyan.
"Memang betul kan, baby??" rengek Maya manja.
"Pergi mampuslah babI.." ujar Rayyan lalu pergi.
"Rayyan.. Tunggu I... Dan kau!! I see you!" ujarnya kepada aku lalu mengikuti Rayyan.
"Wei, Ryn.. Buat rilek aje dengan si ayam itu" ujar Yana.
"Ha'ah!! Dia memang dari dulu gedik yang amat!!" ujar Farah pula.
Aku senyum hambar.
"Jomlah pi rehat... Ryn.. Want to join us?" ajak Fiera
"Absolutely." jawab aku.
Di kantin...
Aku beratur untuk membeli minuman.
Sesak gila.....
Tapi yang paling aku rasa 'sesak' bila mata tak habis habis memandang aku.
"Kau ni siapa eh?" soal seorang lelaki.
"Budak baru ke?" soal kawannya.
"Asal kau pakai spek hitam? Kau ingat kau lawa macam Fazura? Neelofa? Jangan bajet la..." sindir seorang perempuan yang tiba tiba muncul.
Dibelakang perempuan itu ialah... Maya!!
"Perempuan ni ke yang kacau kau, Maya?" soal perempuan itu semula.
"Mestilah, Miya! Dia siap tendang aku lagi!!" jerit Maya.
"Guys... Jom belasah perempuan ini!!" arah Miya.
Geng lelaki mengangguk sahaja.
Aku menghela nafas panjang.
"Korang ni lembap ke? Otak tertinggal dekat Madagascar ke? Nak aku tolong carikan? Kalau dah tahu lembap, bodoh tuu simpan sikit eh.. Jangan tunjuk betapa bodohnya korang. Sini kantin terbuka. Orang ramai lalu lalang. Cikgu pun ada. Kalau still lagi nak jadi bodoh, bodoh tu simpan kat rumah yeee.. "sempat lagi aku sindir.
Pelajar-pelajar yang menyaksikan adegan kami mula ketawa.
Muka Miya dan Maya merah menahan malu.
" Jom, Guys!!! "ujar Miya.
" Jangan layan orang bajet diva!! "sindir Maya.
Gangs diorang pun berlalu meninggalkan kantin..
" Woa.. Beraninya kau.. "puji Yana.
" Maya dan Miya itu sepupu. Lelaki lelaki yang kau nampak tu geng Miya. Tak dek siapa dalam sejarah berani lawan diorang.. Kau soranglah gayanya... "ujar Fiera
" Wait. Seriously... Aku je?! "soal aku tak percaya.
" Yes! Group tu digeruni. Dan kau sorang aje. Group itu kaki buli tau.. So hati hati sikit"nasihat Farah.
Aku hanya mengangguk sambil menghirup air milo ais.
Share this novel