Kebetulan

Drama Series 15405

Mana dia tu?Meja nombor 8 mana ye?Sana tu ke?

Aku nampak ada satu meja ditempati seorang lelaki membelakang.Mungkin tu dia sebab seorang je.

Aku baru nak dekat tapi tiba-tiba seorang wanita bertudung sampai dulu dan memegang bahunya lalu duduk di hadapan lelaki itu.

Ei?Redza kata nak jumpa dengan aku.Perempuan tu siapa pula?Kenapa aku macam pernah nampak eh?Tak tahulah kat mana.

Aku pun berjalan dan ingin mendekati mereka tapi tiba-tiba ada seseorang yang memanggilku dari belakang.

"Wunna.."Aku pun berpaling dan melihat siapa yang memanggilku.Ternyata itu Redza.

Yang tadi?Orang lain lah tu.Tapi perempuan tu.Kat mana eh aku pernah nampak?Shh..

"Maaf.Jalan sesak tadi.Dah lama sampai?"

"Baru je.."

"Oh..Jom duduk..Tu meja kita.."Dan meja yang dia tunjuk tu meja belakang perempuan bertudung dengan lelaki tadi.

So,kitorang duduk.Kedudukan kitorang macam ni.Aku membelakang lelaki tadi,Redza pula menghadap lelaki dengan perempuan tadi.

Aku pun memberikan senyuman manis dan memulaikan perbicaraan"So,kita nak cerita pasal apa ni?"

"Pasal awak lah.."Katanya sambil tersenyum.

Aku pun tergelak"Hahaha..Pasal saya?Apa pula.Saya tak ada cerita bestlah.Awaklah.."Dia tersenyum dan tiba-tiba matanya tertuju pada wanita bertudung di belakangku.

Aku pun menoleh lalu melihat Redza dan perempuan tadi saling memberikan senyuman.

Dan wanita tadi berdiri dari duduknya dan mendekati Redza"Hai!!"

Redza pun berdiri dan bersapa dengan perempuan itu"Hey,hai..Apa khabar?Lama tak jumpa?"

Perempuan itu pun tergelak"Iya..Awak tahu tak,lepas ambil keputusan SPM dulu saya dah tak pernah jumpa awak.Bertahun-tahun tau saya cari awak.Saya mesej nombor awak masa tu pun dah tak aktif dah."

Mereka akhirnya berbual.Tanpa disedari Redza dah lupa tujuan dia nak berbual dengan aku.Tiba-tiba lelaki tadi berdiri dari duduknya dan yang aku nampak.....

Raien?

So lelaki tadi tu Raien?!

Dia buat apa kat sini?Dia pun terkejut sangat tiba-tiba aku duduk berhadapan dengan Redza yang sekarang tengah berbual dengan perempuan tu.

Alamak!Aku baru ingat!Tu perempuan yang...Raien bagi bunga time hujan tu?

So....

Apa semua ni..

"Awak buat apa kat sini?"Tanyaku.

"Tak..Saya yang tanya awak.Awak buat apa kat sini?Dengan siapa?Dengan lelaki tu?Buat apa eh?"Cara dia cakap tu macam tengah marah aku.

"Awak tu pula dengan siapa?Buat apa kat sini?"

Kitorang yang bercakap mcam nak bergaduh ni kacau Redza dengan perempuan tu.Diorang pun tengok kitorang.

"Hei..Wunna.Korang salimg kenal?"Tanya Redza sambil tersenyum.

Giliran aku nak tanya"Awak dengan perempuan tu saling kenal juga?"

Perempuan tu tengok aku lalu tersenyum"E..Hai..Korang bertiga saling kenal rupanya..Hai,nama saya Mutiara.Awak boleh panggil Ara.. awak?"Katanya sambil tersenyum ramah.

Inikah perempuan yang Raien selalu chat tu?

Memang patutlah Raien ada hati dengan dia.Dahlah cantik macam bidadari.Baik,peramah pulak tu.Memang tak ada satu pun yang nak tolak dia ni.Mesti Redza pun sukakan dia..

Aku pun balas senyumannya"Hai..Nama saya,Wunna.

POV:Raien

Alamak!!Apa aku nak buat ni?!!Tak akan aku nak halau Wunna.Aku takut kalau dah berbual,Wunna akan cakap kalau dia girlfriend aku!!Dan mesti Ara makin menjauh dari aku sebab dia tahu aku dah berpunya!!

Apa aku nak buat ni?

"Tak sangka kan kita berempat berjumpa dekat sini..Korang buat apa kat sini?"Mampus aku!!Ara dah tanya diorang!!Kalau Wunna tanya balik macam mana?!

Ara akan cakap aku ajak dia?

"Kitorang saja nak borak-borak."Kata Wunna kemudian melirikku.

Amboi..Seronoknya.Ajak lelaki lain tapi boyfriend dia sendiri dia tak kesah pun.

Ara pun tersenyum ramah dan memegang bahu Wunna"Boleh tak kalau Ara dengan Raien gabung sekali satu meja?"

Wunna melirik ku sekejap dengan tajam lalu memandang Ara semula sambil tersenyum"Ya..Kenapa tak boleh pulakan?"Setelah berkata dia duduk dan melepaskan senyumannya.

Jadi,kedudukan kitorang,aku duduk bersebelahan menghadap Wunna dan Redza yang duduk bersebelahan.

Korang nak tahu apa yang aku rasa sekarang?Aku benci sangat kehadiran Redza kat sini.Asal korang tau,aku dengan Redza pernah sekelas time form 3,4 sampai lima.Ara pula muda setahun je.

Sejak sekolah menengah lagi,Ara tu tergila-gilakan Redza.Aku tak tahu apa yang dia lebih dari aku.

Sampai sekarang dia masih menantikan cinta Redza.Macam aku jugaklah.

Time form 4,Ara pernah confess dekat Redza.Tapi,Redza reject sebab dia tak nak bercinta kalau masih berstatus pelajar dan fokus dengan pelajaran je.

Dan sekarang....Mesti dia nak kan kalau Ara bawa dia bercinta?

Kenapalah kau muncul lagi Redza?Dah bagus-bagus kau menghilang,aku yang kini berusaha nak dapatkan cinta Ara dengan bertungkus-lumus,kau pula yang baru datang senang-senang je dapatkan hati Ara?

Kau tak boleh ke pergi dari hidup aku selama-lamanya.

Ara dan Redza pun ketawa dan berbual sendiri.Wunna?Redza yang ajak Wunna borak sekali mesti Ara akan tukar topik sejarah sekolah.

Lepas tu,Wunna pun diam je.Sebab dia tak tahu apa-apa.

Ade lah kejap je dia tak sengaja pandang aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience