Mungkin Dia Penggantimu

Drama Series 15606

Wah!Kalau tengok dari dekat handsome sangatlah!!Hehe..

Bukan maksud aku nilai orang dari paras rupa je..Tapi aku sedang memuji.Ah..

"Saya...Aw!!"Aku baru nak bangun tapi kaki aku sangat.Aduh!

"Cik tak apa-apa ke?"Prihatin!

"Saya tak apa-apa cuma kaki saya je yang sakit.Terima kasih sebab encik dah tolong saya selamatkan beg saya.Kalau tak ada encik saya dah tahu apa yang akan jadi nanti." Betul tu!

Entah kenapa tiba-tiba hati aku teruja.Macam sesuatu yang aku nantikan selama ni datang kembali.

Aku tak tahu apa lah.

"Sama-sama..Kalau biarkan kaki cik,nanti makin teruk pula ni..Saya bawa cik pergi klinik ye?" Dia pun memegang tanganku lalu aku pun melepaskannya.

"Eh..Tak..Terima kasihlah,encik kerana sudi nak bantu saya.Tak payahlah pergi klinik lagipun saya nak balik office dah ni." Kataku sambil mencoba untuk berdiri dengan baik.

Dia pun menangkap tanganku yang hampir tergelincir lalu aku terpalksa setuju nak pergi klinik.

~~~Klinik

"Tak apa,biar saya yang pergi ambil ubat kat sana.."Aku yang tadi duduk ke kerusi duduk semula.Aku hanya tersenyum.

POV:Redza

"Terima kasih,ye.."Kataku sambil melihat nama yang tertera di kertas ubat.

'Wunna Aisyerah'?!Jap!!Aku ingat nama ni.....Ini bakal isteri baru papa?Aku dengar isteri baru papa gemuk...Jangan-jangan...

Aku pun jalan merasa kekok dengannya bila tahu dia bakal mama aku.Tapi,aku tak akan benarkan itu terjadi!

Apa harus aku buat sekarang?

"Nah.."Aku pun bagi dia plastik kecil yang berisi ubat.

"Terima kasih lah sebab sudi bantu saya..Awak tolong saya selamatkan beg saya..Awak temankan saya ke sini..Terima kasih sekali lagi."Katanya sambil tersenyum manis.

"Sama-sama.."

"Saya kena balik cepat office saya ni..Kalau ada rezeki kita jumpa lagi dan balas jasa awak..Terima kasih sekali lagi."Dia pun berpaling dan berjalan.

"Tunggu!!"Panggilku sambil mengejarnya.

Dia pun menoleh dan bertanya"E..Kenapa?"

"Tadi kan awak pergi kedai berdekatan tak guna kereta..Saya bawa awak pergi sini guna kereta saya.Kalau sudi,awak nak saya hantar awak?Sebab kalau jalan kaki jauh tu."Aku tak tahu plan apa yang harus aku buat supaya boleh gagalkan perkahwinan diorang.Yang aku tahu,aku nak cuba dekat dengan dia dulu baru aku start plan.

"Em..Saya tak menyusahkan awak,ke?"

"Tak lah..Mana ada.Jomlah."

"Okay,terima kasih.."

~~~Dalam kereta

Aku sengaja drive pelan-pelan supaya dia lambat sampai.Bolehlah aku selidik-selidik sikit.

"Awak..."Dia pun tengok aku.

"Ye?"

"Okay ke saya hantar awak ni?"

"Kenapa?"Dia pun memandangku serius.

"Yelah..Saya takut.Mana tau lah awak bini orang.Kalau sesiapa nampak takut jadi fitnah pulak.."Aku sengaja mulai tanya dari sini baru aku masuk soalan utama aku supaya dia tak curiga.

"Hah?" Katanya sambil tergelak"Mana ada..Saya belum kahwinlah.."

"Oh ye ke?So awak ni single lah kan?" Aku buat-buat terkejut.

"Em...Saya..Saya pun tak tahu lah.."

"Tak tahu?Apa maksud awak?Awak ada boyfriend?Teman lelaki.." Kalau ada...Takkan boyfriend dia biarkan je dia kahwin orang lain?

"Saya pun tak tahu saya...sedang bercinta dengan satu lelaki ni atau tak.."Riak wajahnya mulai masam.

"Nampak macam sad story je..Kalau boleh ceritalah sikit-sikit.."

"Sebenarnya..."

Lah..Aku tak perasan.Aku drive dah sampai dah.Tak sempat lah ni..

"Nanti lah kita borak-borak.Dah sampai dah.."Katanya sambil membuka pintu kereta.

"Eh!!Awak..Saya sebenarnya nak borak-borak lagi dengan awak..Saya boleh minta number awak?"

Dia pun tersenyum dan kitorang saling berganti nombor telefon.

POV:Raien

Aku yang dari tadi tengok tingkap nampak pula Wunna kat bawah turun dari kereta mewah.Ei?

Dia dari mana ni?Dengan siapa?

Tak boleh jadi ni.Dia curang?Tak mungkin kot.

Aku pun pergi dekat meja dia lepas tu tunggu dia.Beberapa minit lepas tu dia sampai.

Aku tengok dia dengan pandangan tajam Dia pun tengok aku terus letak beg dia atas meja.

"Happy nampak..Dari mana?"

Dia nampak macam pelik.Tarik kerusi lepas tu duduk"Tadi saya pergi kedai berdekatan lepas tu pergi klinik kejap.."

Aku pun naikkan kening sebelah kanan aku"Buat apa kat klinik?"Aku memandangnya serius.

"Tadi saya jatuh lepas tu lutut saya luka.Tu lah saya pergi klinik."

"Awak tak bagitahu saya pun?"Kataku sambil melipatkan tangan.

"Bukan hal kecil macam tu awak malas nak ambik tahu?"Katanya sambil membuka fail dan memulakan kerjanya.

"Awak kenapa ni?"Kenapa dia ni?Aku ada buat salah dekat dia baru-baru ni?

"Tak payahlah nak soal siasat.Kalau isi telefon awak tu penting sangat pergi hantar dekat kedai telefon lepas tu pulihkan.Saya tahu saya yang rosakkan."Katanya tanpa melihatku.

Astaga!!Kenapa kau tak ingat eh?Aku marah dia rupanya!Aku dah tinggikan suara dekat dia!!Kenapa aku boleh lupa.

Dan masa tu,sumpah aku tak sengaja marah dekat dia.

Alah!Aku yang tadi nak marah dia tak jadi pula.Aku baru ingat kalau aku ada buat salah dekat dia.

So,aku kena pujuk dia lah ni?

"Awak..Awak marahkan saya lagikah?Saya minta maaf.."

"Bukan awak ke yang masih marahkan saya?Tak payah minta maaf.Saya yang patut minta maaf sebab saya tahu,saya salah dah rosakkan telefon kesayang awak sampai awak tak boleh chat dengan orang kesayangan awak tu." Katanya kemudian dia memandangku.

"Walaupun saya tak tahu siapa orang tu,tapi saya yakin dia lebih penting dari saya.."Kemudian dia sambung kerja.

"Aw--

Belum sempat aku nak cakap dia dah cakap dulu"Dah lah awak..Pergi lah sambung buat kerja awak..Chat dengan orang tu ke?Mesti awak dah beli telefon baru kan..Pergi lah..Saya ada banyak kerja ni."

Hee...Aku..Dah sedar.Aku tak dapat nak seimbangkan kasih untuk Ara dan Wunna.

Aku pun balik bilik office aku.

Biarlah dia tu..

~~~

POV:Wunna

Aku baring ke katil sambil tengok bintang yang bertaburan di langit melalui jendela ku.

Haruskah aku teruskan hubungan aku dengan Raien?

Aku rasa..Jodoh aku dengan Raien sampai sini je.

Mesti dia ada orang lain kan yang lebih baik dari aku?

TING!!

Siapa pula yang mesej ni?

Bar Sembang
013 *** ****_dalam talian

013 *** ****:Night,Wunna Aisyerah.Saya lupa bagitahu nama saya tadi.Nama saya Redza.Yang temankan awak pergi klinik.

Anda:Eh!Hai..Maaf!Tak sedar pula saya tak tanya nama awak tadi.Hehe.

Redza:Awak bila ada masa free?

Anda:Kenapa?

Redza:Saya nak ajak awak jumpa..Nak borak-borak dengan awak.Tadi kan tak sempat kita bual panjang-panjang.

Anda:Betulkah awak nak borak dengan saya.

Redza:Hahaha..Iyelah.Awak ni luculah.

Anda:?Lucu?Bila awak nak jumpa dengan saya?

Redza:Bila-bila je awak tak sibuk.Saya,on je.

Anda:Hehe..Yeke?Esoklah..

Redza:Bila tu?Kalau malam?Kita jumpa dekat cafe.Sebab kalau siang mesti kita dua-dua busy kan?

Anda:Okay!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience