Tak..Aku tak dapat jujur.
Aku tak sanggup tengok dia melimpahkan air mata di khayalak ramai.
Aku kena fikir....
.....
Hah.Macam mana kalau aku....layan dia buruk?Lepas tu biar perasaan dia dekat aku tu memudar dengan sendirinya.
Dan aku nak dia sendiri yang ucap kata perpisahan.
Ini lebih baik.Daripada pada akhirnya dia akan merasa sakit bagai ditusuk pisau bertubi-tubi.
"Saya pergi dulu lah macam tu." Kataku sambil memandangnya tanpa memberikan sekecil senyuman pun.
Tanpa menunggu jawabannya aku terus berpaling dan berjalan meninggalkannya.
Aku pun memegang dada bahagian kiriku sambil menutup mata.
Entah kenapa aku rasa...sakit.Sakit bila aku menyakitinya.
Tak mungkin aku jatuh cinta dekat diakan?Tak..Tak mungkin.
Aku takkan benarkan hal tu terjadi.Aku akan tetap setia dengan Ara walau apapun yang jadi.
Aku pun terus mempercepatkan langkahku.
Aku tak berani nak tengok belakang.Aku tak tahulah apa yang dia rasa sekarang.Apa yang dia fikir?Aku buat macam tu dekat dia tadi lepas tu tinggalkan dia tanpa rasa bersalah sikit pun.
Raien,kau tak fikir ke apa yang kau buat ni salah?Wunna tu kesepian.Tak ada yang nak berkawan dengan dia langsung.
Dan dalam masa ni,kau cuba ambil kesempatan pula dalam derita dia ni?
Aku dah terjebak dalam permainan kawan-kawan aku.
Wunna dijadikan sebagai taruhan dalam permainan ni.
So,sekarang ni aku kena pilih juga.
Antara Wunna iaitu kekasih sebulan ku....Atau
Ara yang ku kejar bertahun-tahun.
Aku tak tahu apa yang akan jadi nanti.
Yang pasti,aku akan sangat-sangat menyesal nanti sebab aku dah siakan salah satu perempuan yang mempunyai hati suci.
~~~Malam
Malam ni aku kat rumah.Malas nak jalan keluar.Tak tahu nak lepak mana.
Dengan kawan-kawan aku dua orang tu?Memang tak nak lah aku.Diorang dua asyik mengarut je kerja.
Macam tak ada cerita yang berfaedah yang nak dikongsikan.
Nanti macam-macam pula diorang suruh aku buat nanti.
Aku turun bawah lah.
Mama,papa dengan adik perempuan aku tengah layan drama kat bawah.Diorang tu memang dari dulu tak dapat berpisah dengan drama.
Pernah sekali tu,diorang marah dengan cerita tu marah aku pulak.
Menangis pula sampai tak nak makan.Sampai susah tidurlah konon nak tunggu episod esok.
Diorang semua pun tengok aku yang sedang menuruni anak tangga menuju sofa yang empuk.
"Ah,Raien..Duduk sini." Panggil papaku.
Aku pun duduk di atas sofa yang begitu empuk dan selesa.Aku nak bersantai.Lupakan semua beban fikiran yang ganggu aku.
Aku pun duduk diam ikut layan drama diorang.
"Sanggup abang buat saya macam ni!!Abang tak fikir perasaan saya langsung?!" Kata seorang wanita dalam cerita tu.Aku belum tahu nama dia siapa.
"Sayang.."Seorang lelaki yang kelihatan sebagai suaminya memegang bahu si isteri.
Tapi si isteri melepaskannya dengam kasar"Apa makna perkahwinan kita?Kenapa baru sekarang awak jujur dengan saya kalau sebenarnya abang dah kahwin sebelum kita kahwin?!!!!!" Terkejut aku teriakan si isteri.
"Awak tak fikirkan perasaan saya?!Isteri pertama abang macam mana?!Dia pun tak tahu?Saya tak nak digelar pelakor abang!!Saya nak abang lepaskan talak dekat saya sekarang juga!!"
"Sayang.." Pujuk si suami sambil melap air mata yang terus membanjiri pipinya.
"Tak nak?!Kalau macam tu pilih!!Saya atau bini pertama awak!!Saya tak sangguplah nak berkongsi suami dengan perempuan lain!!"
Bersambung pula drama ni.Aku baru seronok nak tengok.
Geram pula aku tengok cerita ni.Aku rasa macam aku pula isteri kedua dia.Memang lelaki tak guna.
???
Aku ke lelaki tak guna tu?
Bukan aku dengan suami dia tak ada bezakah?Adalah..Bezanya aku lagi handsome dari dia.
Aku tak henti-henti terfikir Wunna dengan Ara.
"Ma..pa.." Panggilku.
"Ya?Raien panggil mama?" Tanya mama.
"Ara jemput kita datang rumah dia malam ahad nanti.Mama,papa dengan adik datanglah sekali.Ye?"
"Betul?Aduhai..Rindu sangat mama dengan mak Minah tu." Mama dengan mak Minah memang sahabat dari dulu.
"Papa pun sama.Rindu nak borak-borak dengan ayah Ali tu."Papa dengan ayah Ali tu memang geng kopi.Ada je cerita diorang.
"Mestilah Reyna ikut!!Rindu kak Ara!!!"Adik aku,Reyna memang dari dulu macam dah tak ada abang kalau jumpa Ara.
Macam Ara pula jadi abang dia.Setiap kali kalau ada Reyna,nak berdua-duaan dengan Ara tak ada peluang langsung.
Dia takkan bagi siapa-siapapun rebut kak Ara dia tu.
Baguslah kalau macam tu.
Aku teringat Wunna pula.Bilanaku teringat makan malam dengan keluarga Wunna dulu..Memanglah masakan Wunna sedap tapi...keluarga dia...Aku betul-betul..Ntah.Aku tak selesa.
Kalau nak dibandingkan keluarga mana yang cocok berbesan dengan mama papa mestilah keluarga Ara.
Keluarga Ara memang pilihan mama papa dari dulu dan tak ada mana-mana calon lain.
~Terimalah apa saja yang akan terjadi nanti.Kerana kaulah penyebab semua ini.~
Share this novel