Sudikah

Drama Series 15630

"Tunggu apa lagi?Pergilah.."

"Pergi apa kau ni?" Tetiber suruh aku pergi.

"Pulang maksud kau?Tak apa.."Aku pun mengangkat dompet dan telefon bimbitnya"Aku pulang,ni semua korang yang bayar sendiri ae.."Menyesal korang.Setiap kali minum ke makan ke,aku juga belanja.Walaupun badan diorang tu tak lah gemuk,tapi kalau soal makan memang tak henti.Bil pernah mencecah 400 ringgit tau dulu.

Mestilah, makan kat restoran lima bintang.Dahlah makanan kat sana mahal.Seafood ada,makanan barat ada,makanan kampung ada.Semua ada.Jadi apa lagi,asyik nak minta belanja makan je kerja.

Aman menarik tanganku"Hey,bro..Janganlah pulang dulu,ni semua siapa yang nak bayar kalau bukan kau."Hah,takut juga.

"Kalau bukan aku?Kalau bukan aku,koranglah..Siapa lagi,eh..Ingat,aku order secawan je teh tau.Korang yang habiskan tujuh piring ni,hah.Dengan pencuci mukut dia sekali.Tak habis-habis nak makan." Aku pun tarik kerusi yang ku duduk tadi dan duduk sambil mengangkat cawan dan piring kecilnya dan menghirup teh yang masih panas.

"Okay,macam ni.4 hari tu,mulai dari hari ni.Esok tinggal 3 hari.Kalau kau dapat sebelum habis tempoh 4 hari tu lagi bagus.Lebih baik kau pergi sekarang." Saran Zack tak tahu malu.

Diorang ni betul-betul dah gilakah apa."Pergi apa?Kau memang nak aku pulang?"

"Bukan..Tu.." Mengalihkan pandangannya wanita berbadan besar sebagai isyarat.

Aku menghelu nafasku berat"Kalau bukan sebab hari ni aku tak belanja korang makan kat sini lepas tu nampak perempuan tu..Ni takkan jadilah."

Aman dan Zack hanya menggelakkanku dari jauh yang sekarang tengah on the way pergi meja perempuan tu.

Aku tarik je kerusi depan perempuan tu and then duduk.

Dia tengok aku.

Aku diam je tengok.Aku tak nak bazirkan masa aku duduk kat sini"Hai,awak.."

POV:Wunna

Apa kena mahmat ni?Tetiber je duduk sini lepas tu tiba-tiba nak berawak-awak.

Apa aku nak jawab?Iya awak?Eww..Tak mungkinlah.

Aku nampak dia macam kekok je.Apa tujuan dia ni?

"Hai...awak..awak..." Panggilnya lagi.

Aku hanya tersenyum kecil dan bertingkah sopan.Takkan aku nak berperangai macam hari tu?

Hari tu lain.Sekarang lain.Faham?

Tak nak dianggap sombong"Ya...H..Hai..Encik Raien buat apa kat sini?"

"Tengah duduk.." Aku sepak hang.Aku tanya,dia jawab main-main.

Aku tergelak kecil"Encik,buat apa kat sini?"Aku mengalunkan nada ku seayu dan hormat yang boleh.

Tiba-tina dia keluarkan tangan dia dari poket dia then hulurkan tangan.Dia nak shake hand ke dengan aku?Buat apa?Tak menginggau ke dia siang-siang ni.

"Jangan panggil 'encik'.Panggil je guna nama saya,Raien.Nama awak?"Dia yang menginggau ke aku yang mengiggau ni sebenarnya?

"Hm..Kenapa ye?Maksud saya..Kenapa tiba-tiba saya kena panggil encik guna nama sebenar encik?" Nama aku pun dia nak?Belum pernah juga ada yang nak nama aku selain time interview kerja hari tu.

Bukan tak ada.Tapi ya,tak ada.Tak ada yang nak kenal dengan aku sebelum ni.

Kecuali satu abang ni,yang sampai sekarang aku tak akan pernah lupakan abang tu.Dahlah baik hati,handsome,tak sombong pula tu.Semualah.

Andai je aku boleh jumpa dia lagi.

Tahu tak,selepas kejadian malam tu,setiap aku pulang sekolah aku harap boleh jumpa lagi abang tu.Tapi,tak pernah muncul.

Nama dia aku pun tak tahu.Apalagi rumah dia.Setiap doa aku,aku minta dekat Allah supaya dapat jumpa lagi abang tu.

Bukan berharap dia jadi jodoh aku.Cuma,aku memang...Perasaan aku..Entah.Aku rasa bukan suka,bukan cinta.Aku tak tahu apa yang aku rasa.

Aku cuma nak jumpa dengan abang tu.Mungkin yang aku rasa tu rindu kot.Walaupun sekali je jumpa,tapi momen tu tetap aku simpan.

Dahlah.

"Hello?" Aku baru je nak mendalami rasa rinduku pada abang tu,dia dah panggil.

"Ye?"

"Saya tanya,nama awak siapa? Kalau boleh,awak nak tak berkawan dengan saya?" Aku memang tak faham apa yang dia nak.

Aku nak ke tak?Aku kan tak ramai kawan.

"Nama saya Wunna." Tu je.Simple kan?

"Nama awak..Manis.Dan menggambarkan wanita yang cantik dan manis.Sama macam awak." Ni dia puji aku ke main-main.

"Oh.." Tu je.Hahaha..Aku betul-betul tak tahu nak cakap apa.

"Awak nak saya panggil apa?"Kamu nanyeak?Opps,sorry.Sebab tiktok lah ni.

"Suka hati,awak..Wunna lah."Orang kan macam arwah ayah dengan mak panggil aku Nana.Sebab nama tu boleh panggil aku dari mulut yang aku anggap special je.

Abang 8 tahun lalu?Walaupun sekali je kitorang jumpa,tapi aku dah mulai selesa dengan dia time tu.

Dah lah ramah,lemah lembut kalau nak cakap dengan aku,ambil berat,torchlight hari tu pun dia bagi aku.

Aku masih simpan tau.Aku harap sangat-sangat dapat lagi jumpa dia.

Dari kelakuan dia aku nampak sifat penyayang dia.

Taklah macam mahmat kat depan aku ni.Tak sama langsung dengan abang handsome tu.

"Sudikah awak berkawan dengan saya?"

Dia masih waras,mungkin.

"Err...Y..ya..Tapi kenapa?"

~Apakah yang akan jadi setelah ini?Adakah Raien mampu menambat hati Raien bermula dari hari ini dan 3 hari lagi?~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience