Paksa Rela

Drama Series 15405

POV:Wunna

Aku tengah baring kat atas katil sambil tengok bintang-bintang yang menghiasi langit malam yang indah.

Tengah fikir...Raien buat apa sekarang?

Ya,allah....Adakah Raien jodohku?Atau dia sekadar lelaki yang menyinggah sebentar di hati yang berbekas luka ini?

Ku mohon.Berikanlah petunjuk pada hambamu ini.Jika benar dia jodohku,rapatkanlah hubungan kami.

Aku tidak ingin menjalin hubungan dengannya tapi seperti tidak menjalin hubungan.

Aku ingin menjadi wanitanya layaknya seperti dicintai.Bukan sekadar mainan yang membosankan.

Jika dia bukan jodohku......Jauhilah dia dariku mulai sekarang juga.Ku mohon.Jauhilah dia dariku sekarang juga.

Tapi...mungkin dia benar-bemar jodohku?Ujilah sebesar mana cintanya padaku.Ujilah sebesar mana kemungkinan aku dan dia dapat bersama.

TOK TOK TOK TOK!!

Siapa yang ketuk pintu aku pula ni?

Aku pun berdiri dan membukakan pintu dan yang yang ku lihat adalah Linda.Adik tiriku.

"Ada apa,Linda?"

"Mommy suruh kau turun bawah." Katanya sambil tersenyum kecil lalu turun tangga.

Cara dia cakap dengan aku macam masih belum boleh terima aku sebagai kakak dia sendiri.

Tak apa.Dia masih perlu masa.Apa-apapun,Linda tetap adik aku tak kira adik tiri atau kandung.

Ada apa pula nak turun bawah ni?Baguslah kalau hubungan keluarga kitorang akan semakin membaik.

Terima kasih,ya Allah.Setelah sekian lama aku kehilangan mak dengan ayah,kau telah memberi ku keluarga sekali lagi.

Aku turun nampak ada biskut dengan minuman bergas atas meja lepas berdiri depan diorang.

"Em..Ada apa mommy?Daddy?"Tanyaku yang masih segan untuk bergabung dengan mereka.

"Duduklah.."Kata daddy.

Aku pun duduk dengan sopan.

Mommy pun memberi isyarat 'bertenang' kepada daddy dan Linda.Aku tak tahu diorang tengah bincang apa?Diorang nak buat apa?

" Wunna...Wunna dah sedia nak kahwin?"Hah?Nak...Kahwin?Aku..Aku tak sedia ambil tanggungjawab sebagai isteri.

Aku rasa aku tak layak pun.Takkan aku nak kahwin?Macam mana aku nak cakap dengan Raien?Aku pun belum pasti dia nak kahwin dengan aku atau tak.

Mommy dan daddy terlihat tak sabar nak dengar jawapan aku.

"Emm....Wunna...Wunna..Wunna tak tahulah.Lagipun,Wunna pun tak tahu Raien nak ke tak.." Kataku sambil menunjukkan ekspresi risau.

"Tak..Kamu tak payah tunggu Raien setuju ke tak."Habis tu takkan aku nak paksa dia kahwin dengan aku?Mommy nak aku hantar rombongan meminang dekat rumah dia ke apa?

"Habis tu?" Macam mana?

"Wunna tak payah kahwin dengan Raien.."??Apa?

Aku tak silap dengar ke ni?Habis tu diorang suruh kau kahwin dengan siapa?Tadi tanya aku sedia ke tak?

"Wunna nak kan kahwin dengan kawan daddy?"Apa ni?!Aku....'Kawan daddy'?!Takkan diorang nak suruh aku kahwin dengan orang tua?!

"Macam ni Wunna.Kawan daddy katanya sudi terima kamu jadi isteri dia asalkan kamu sudi terima perkahwinan ni.Wunna jangan risau.Kawan daddy tu baik,kaya,handsome.Dia duda anak satu.Dia ada satu anak lelaki.Macam mana setuju?"

"Tak....Apa yang daddy cakap ni?Mommy?Apa semua ni?"

Mommy pun pegang bahu aku"Supaya company papa lebih kembang kalau berbesan dengan company terbaik kat Malaysia ni.Diorang dah runding dah."Kenapa?!!!Aku ni sama je macam kena jual!!Aku tak nak!!

"Tapi...."

"Tolonglah..boleh?Ni satu-satunya permintaan yang mommy dengan daddy nak Wunna tunaikan.Boleh?Teruja mommy bila jadi ibu Wunna.Yang jodohkan Wunna.Wunna sayang mommy kan?" Macam mana ni?!!Macam mana aku nak tolak?!Mommy dengan daddy dah mulai anggap aku macam anak diorang sendiri.

Aku nak lukakan hati diorang ke?Aku takut kalau aku tolak diorang akan layan aku macam dulu balik sebab aku yang dianggal anak tak nak menurut.

Nanti diorang fikir aku belum anggap diorang macam mak dengan ayah kandung aku sendiri.

Terus?Aku nak terima?

Memang ni lah takdir hidup aku.Kata 'Aku Terima' terpaksa keluar dari mulut aku walaupun terpaksa menerima apa yang ditentukan.

Mungkin aku dengan Raien memang tak ada jodoh sebab tu lah Allah berusaha jauhkan kitorang.

Tapi,kenapa aku mesti kahwin dengan orang tua?Duda anak satu pulak tu?Seriouslah itu jodoh aku?Kenapa,Wunna?!Kau tak terima?Kalau lelaki tua tu sanggup terima kekurangan kau ni kenapa kau tak boleh?Cakap!!

Kau fikir senang ke lelaki nak terima kau semudah tu?Raien pun belum tentu terima kau dengan ikhlas lah.Mungkin kalau aku ajak dia kahwin,dia mesti tak nak punya.

Takkan aku nak kena terima?

"Wunna..." Panggil mommy.

Aku tengok diorang satu persatu.Diorang semua tak sabar dengar apa yang aku nak cakap ni.

Raien tu belum tentu jodoh aku.Aku nak pinggirkan keluarga kau demi dia yang belum tentu cinta aku?

"Mommy...Daddy..Wunna...Raien macam mana?" Tanyaku pada mereka.

"Raien senang je..Raien bagi dekat Linda.Mesti Raien nak."

Apa?!!!

~Pilihan di tangan kau.Tapi takdir di tangan Tuhan.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience