Nasi Lemak

Drama Series 15405

POV:Wunna

Harum!!Bunga yang dia bagi aku semalam.Bila aku tengok bunga ni,aku asyik teringat momment sweet kitorang.

Dia memang betul-betul romantiklah!Mungkin kalau aku berdepan dengan dia,aku nampak biasa-biasa je.Tapi,sebenarnya dalam hati aku,aku sedang melonjak bahagia.

Aku dah lama tak rasa bahagia macam ni.Lepas Raien muncul dalam hidupa aku,hidup ni yang dulu aku rasa macam kosong je,hanya berserah pada Tuhan dan menunggu segalanya usai,kini duniaku berwarna dihiasi pelangi indah.

Aku harap Raien bukanlah pelangi senja yang hanya datang sementara di ketika hujan dan panas menyentuh di permukaan bumi lalu kau pergi.

Jadilah pelangi indah yang tetap mewarnai putih kelabu duniakudan tidak akan pernah menghilang.

Tadi aku sempat masak makanan untuk kitorang lunch sama-sama nanti kat stor.

Stor tu bukan stor biasa,tapi tempat yang akan merakam semua kisah indah aku dan Raien sehingga tamatnya kisah kami antara di pertengahan hidupku mahupun hingga akhir hayatku.

Apapun,stor itu akan menyimpan semua kenangan indah kami berdua jika tawa dan canda kami menghilangkan suasana sepi di dalam stor itu.

Nak tahu apa aku masak?

Aku masak biasa-biasa je.Nasi lemak.Tapi ni bukan biasa-biasa sangat tau.Makanann kitorang aku letak sorang dua biji telor.Sambal dia memang tak akan puas orang makan.Tapi,tak apa.Aku sediakan banyak supaya kitorang dapat makan puas-puas.Nasi dia tak lah banyak sangat.Tapi resepi nasi tu nasi dari hidangan nasi ayam.Lepas tu ayam goreng lah sorang dua ketul.

Lepas tu,aku hias love-love lagi kacang-kacang tu.Alah,macam-macam lah aku letak kat makanan tu supaya jadi special untuk lunch kitorang berdua nanti.

Raien dah sampai office ke belum ye?Aku cuba chat dia.

Bar Sembang
Raien_luar talian

Anda:Morning,awak..Awak dah sampai office ke?

Dua minit aku tunggu balasan mesej dari dia baru dia balas.Satu minit yang lalu pula dia buat apa,eh?

Bar Sembang
Raien_Dalam talian

Raien:Belum,tengah bersiap ni.Awak?

Anda:Saya pun belum.

Raien:Oh..

RaienSamalah..

Raien:Awak saya number saya letak nama apa?

Anda:Nama awaklah..

Raien:Lepas tu?

Anda:Takkan nak letak nama penuh?Nama ayah awak sekali?

Raien:Taklah..Tak tambah apa-apa?

Anda:Tambah apa?

Raien:Alah,awak ni.Buat-buat tak tahu pula.Kan saya dah jadi boyfriend awam,tambahlah...Raien sayang ke?Raien cintaku?Abang Raien?Future hubby?

Anda:Eh..Apa pulak ni?Tak naklah.Memangnya awak?Awak save number saya letak nama apa?

Raien:Wunna Bulat Comel.

Anda:Bulat?Ih,awak ni.Sengaja.Dah tahu saya ni gemuk.

Raien:Alah,itu nama dari saya.Mana ada awak gemuk?Awak bulatlah.Saya suka tau tengok awak.Comel!!

Anda:Mengarutlah awak ni..Dah lah.Saya nak drive dah ni.Awak pun drive tu elok-eloklah.

Raien:Okay,take care sayang.

Aku bluetick je mesej terakhir dia.Malaslah nak bersayang-sayang semua tu.

~~~Stor

Mana Raien ni?Kenapa dia belum sampai?Kan semalam chat dah janji dah lunch sama-sama,aku yang masak.Tak datang pun.

Patutkah chat dia atau call dia?Mana tau dia lupa?Ih,tu dah melebih.Baru kejap pun.Tak apa,kejap lagi dia sampai lah tu.

POV:Raien

Yeah!!Tak lama lagi dah nak sampai depan sekolah tempat Ara mengajar.Harap-haraplah dia tak sibuk sekarang.

VROOM..

Dah sampai dah.Mana Ara ni?

Ada seorang perempuan muda kira-kira cikgu jugalah ni.Aku gi tanya dialah.

"Eh,hai..Tumpang tanya.Cikgu Siti Mutiara sedang sibuk ke sekarang?" Tanyaku sambil tak sabar nak jumpa Ara kesayanganku.

"Encik...Siapa?"

"Saya kawan dia."

"Oh.Cikgu Mutiara tak ada kelas sekarang.Dia ada kat bilik guru.Nak saya panggilkan?"

"Bolehkah?Kalau macam tu tolong panggilah.Terima kasih.

Cikgu tu berlalu dan meninggalkan senyuman.

Aku pun tunggu.

..........

Datang pun.Ara!!Rindu sangatlah!!

~Janganlah kau memberi harapan palsu kepada orang yang berharap akan meniti jambatan kebahagiaan menuju ke istana mahligai cinta yang belum tentu akan kukuh yang mungkin juga akan roboh.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience