Terima Kasih

Drama Series 15627

POV:Raien

Ei?Mana pula Wunna?Dia tak masuk kerja ke?Sempat lagi aku curi tengok meja dia sebelum masuk office aku.

Dah lah.Buat apa ni kesah sangat?Bukan penting pun.Aku pun memegang gagang pintu dan menolaknya.

Lalu duduk sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket.

Bar Sembang
SayangAra_dalam talian

Anda:Hai,awak..Good morning.

SayangAra:Ya..Morning.

Anda:Nanti kita lunch sama-sama nak tak?

SayangAra:Awak ni..Tak takut ke kena marah dengan bakal bini awak tu?

Anda:Kalau awak nak tahu,apa yang dia cakap tu tak betul langsung.Dia sorang je yang terhegeh-hegeh dekat saya,saya tak.Kalau awak nak tahu..Saya sayang awak sorang je.

Haduh!Cakap dengan whatsapp pula.Cuba kalau cakap depan-depan.Aku tak tahu sebab apa dia dah tak reply mesej aku.

SayangAra:Awak..Saya tak nak awak cakap soal hati dan perasaan.Saya dah tekankan kalau saya tak ada perasaan apa-apa dekat awak.Saya anggap awak kawan je,tak lebih.Tapi kalau awak paksa saya supaya cintakan awak,jangan hairan kalau saya dah tak nak jumpa awak lagi.

Her!!Apa aku baca ni?Kenapa aku...Sepatutnya aku cakap pada masa yang sesuai baru dia terima.Mesti dia rasa aku terburu-buru padahal bukan macam yang aku rancang.

Anda:Sorry,awak..

Alamak.Sebab chat hari ni lah,jarak aku dengan Ara mungkin lagi jauh.Aku kenal Ara tu,dia bukan murahan macam perempuan lain.Macam si Wunna tu lah.Kalau dia,hari tu aku cakap nak couple dengan dia,dia terus setuju.Hah?Sama je dia dengan Linda tu.Adik kakak kan?

POV:Linda

Aku kena berusaha lagi nak dapatkan Raien.He's my target.Kalau ye pun tak dapat,apa susah?Duda tua tu kan ada.Now,dua target dekat tangan aku.Aku tak akan biar dua-dua tu melepas.

So,apa plan aku sekarang?Mungkin Raien lebih susah untuk aku dapatkan..Duda tua tu,nanti biar aku ganti tempat Wunna.

Tapi kalau mommy dengan daddy tak izinkan?Ya,ini yang aku kena fikirkan sekarang.Kalau mommy dengan daddy tak izinkan.....Hah?Bodoh apa?Aku jumpa lah duda tua tu!!Ahahahha!!Pintar!Mustahil dia tak akan terima aku jadi isteri dia.Aku kan cantik?

Dan lepas aku kahwin dengan duda tua tu,tunggu lama sikit buat dia mati!!Hahahha!!Biar semua harta dia jatuh kat tangan aku.Kejap?

Tapi kalau harta dia jatuh dekat anak dia?Macam mana pula?Aku kahwin lah dengan anak dia pula!!Hahahaha..I'm Linda.Otak aku memang pintar.Tapi aku akan pastikan,sebelum duda tua tu meninggal,aku dah suruh dia letak nama aku dekat harta warisan dia tu!Hahahha!!

Jap!Itu..Bukan Raien eh,CEO kaya tu?Apa dia buat pula tu kejar-kejar perempuan?Siapa perempuan tu?Oh!!Perempuan tu rupanya yang aku tumpahkan air dekat dia!Tak boleh jadi!

Aku pun cepat-cepat pergi dekat diorang lepas tu tarik tangan Raien"Hei,you?!Apa you buat dengan perempuan tak guna ni?I tak suka tau you dekat-dekat perempuan ni!!"

"Kau?!!!Boleh tak kau jangan ganggu hidup aku?Kau nak tahu?Aku dah bosan dah.Kehadiran kau dengan kakak kau buat aku nak gila!Faham tak?!"Kakak aku?Siapa?Oh,si besar tu?Jangan harap lah!Malu aku digelar adik dia tu.

"Kakak aku?Siapa?Wunna tu?Hahhhaha..Sorry,dia bukan kakak I..Dia....Anak pungut!!"

"Suka hati lah kau nak cakap dia anak pungut ke,anak sultan ke.Yang penting tolong berhenti kacau hidup aku!Aku tak suka kau!!"

"Oh,really?Hahahhahaha!"Puas aku ketawa kuat-kuat."Kalau I nak kejar you sampai tua?!"

"Pleaseee,stop!!"

Perempuan pakai tudung tu pun tinggalkan Raien"Ara!!Ara."

Aku pun tarik tangan Raien"Nak pergi mana?!"

"Lepas,please?!"Lepas tu Raien blah begitu je.Hahaha..Jangan risau,kau fikir aku mengalah macam tu jer?Aku?Ada banyak cara lain lagi!!!

POV:Wunna

Aduh,kekoknya aku sebab duduk berduaan dengan redza kat kerusi depan ni.Aku balik-balik curi pandang dia,dia fokus drive.Rasa-rasanya dia tengah fikir apa,eh?

"Awak..Thank you sebab awak dah bantu saya keluar dari rumah tu.Awak dah banyak kali tolong saya.Kalau saya tak dapat nak balas budi awak,jangan risau,Allah pasti balas segala kebaikan awak."Redza tersenyum mendengar kata-kata tu.Dia rasa tak selesa ke sebab aku balik-balik susahkan dia?Entah.

"Lepas ni awak nak pergi mana?"Tanya Redza.

"Mm..Saya nak cari rumah sewah kot.Awak boleh tak?Last..Saya janji tak akan susahkan awak lagi."Kataku.Aku tak tahu lah.Aku rasa,mana-mana je aku pergi mesti menyusahkan orang.Macam tak boleh buat itu ini.

"Haha..Mana ada.Awak tak susahkan saya lah.Apa dia?Saya sedia tau bantu awak."

Wau.Baiknya.Terima kasih ya,Allah kerana kau mempertemukan ku dengan orang yang baik di saat aku memerlukannya.

"Saya nak minta tolong awak cari kan saya rumah sewa yang paling murah."

"Tak apa,saya belikan awak rumah."Apa?Dia nak belikan aku rumah?

"Eh,tak payah."Kenapa pula sampai nak belikan rumah ni?Baiknya hati dia.Semoga awak dimurahkan rezeki,Aamin.

"Biarlah.Tak apa,saya belikan awak rumah,ye?"Kata Redza sambil tersenyum menunjukkan deretan gigi yang begitu rapi dan kemas.

"Tak payah.Lagipun buat apa juga awak nak belikan saya rumah?Saya tak ada hak apa-apa pun untuk minta awak belikan saya rumah.Saya bukannya mak awak ke,kakak awak ataupun isteri awak."
"Kalau awak isteri saya,baru awak terima?"Ha?Apa dia cakap ni?A..Aku tak fahamlah.Apa niat dia cakap macam ni?Kalau dia suka aku tu,memang perkara paling mustahil kat dunia ni.

Perbezaan aku dengan dia dapat dilihat dengan ketara lah.

Dan aku..Tak boleh senang je nak luluh.Tak boleh senang tertipu dan senang terbuai di dalam kebaikan orang.Baru orang bantu sikit,dah perasan orang suka kau?Tak!Aku tak nak macam tu lagi.

"Apa?Saya tak faham apa awak cakap."Keadaan mulai canggung.

"Saya belikan awak rumah,awak kena setuju.Ye?"

"Mana boleh macam tu.Makin besar lah hutang budi saya dekat awak."

"Tak apa lah.Awak kena terina,ye?"Aku tak tahu.Memang aku segan lah nak terima macam tu je.

Tapi kalau aku,hihi.Memang nak terima lah.Dah ada rezeki,kita nak tolak?

"Alhamdullilah.Syukur lah kalau awak tetap nak.Saya terima.Saya doakan supaya awak dimurahkan rezeki,dipermudahkan segala urusan,jumpa orang yang baik-baik,dijauhi dari perkara yang tidak baik dan dipanjangkan umur."

"Aamin.."Kata Redza sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience