TIK TIK TIK
Waktu terus berlalu,aku tak perasan dah 8 tahun berlalu.Tahun ni aku dah nak masuk 25 tahun.Aku dah jadi wanita berkejaya.Tapi,berat aku..dah 8 tahun ke,18 tahun,28 tahun atau 80 tahun,ni ni je berat aku ni.Bukan berkurang tau,yang ada bertambah!!
Langkah kaki aku tak ku hentikan dan terus berlari mengejar masa.Menekan butang lift tetapi nampaknya lift di sini penuh.Aku pun beralih ke lift sebelah dan butang tutup pintu ku tekan menutupnya,seorang lelaki menahan pintu lift dan memandangku.
Apa kena lelaki ni?Tanpa buang masa dia pun masuk.Kini hanya kami berdua di sana.
Lelaki itu dengan santainya menunggu lift buka sementara aku asyik tengok jarum jam tangan aku yang berwarna kuning.Harap-haraplah jarum jam tu berhenti.Tapi nampaknya kalau berhenti,jam tangan aku rosaklah.Tetap tak dapat nak hentikan masa.
Tiba-tiba dia tengok aku dari atas sampai bawah.Nak aku cucuk ke mata dia tu?!Macam aku tak tahu dia mesti tengah ejek saiz badan aku ni.
Tak apa,aku dah biasa dah macam ni.Dulu aku ikut pertandingan menyanyi kat sekolah menengah,teruk aku jadi bahan ketawa kat pentas.
Apa lagi?Aku cancellah..Tak nak ikut..Hei,memang ni lah ujian yang Allah turunkan untuk aku.Aku redha ja.
Buka je pintu lift,lelaki tu yang tengah kat pintu,aku langgar je keluar.Apalagi,coffee cup yang dia pegang tu tumpahlah.Aku kan besar.Bukan tu je,baju dia basah.
"Eh,yang kau langgar aku apsal?!"Marah tak marah memang dia marah.
Aku hanya menahan geram sebab ada je yang nak ganggu aku." Okaylah..Sorry ye?"Belum sempat aku tengok reaksi dia apa aku terus berjalan lari.
Akhirnya aku pun duduk di bangku milik aku sendiri.Bangku Assistant Senior Superviser Store
Setelah beberapa minit,kami dikumpulkan di ruang mesyuarat.
Aku yang tak sedar dari tadi kena panggil datang jugalah senior aku tu,Omar.Ya,dia ketua kat bahagian aku.Jadi nampaknya,aku memang tak boleh lawan perintah dia langsung.Kalau dia nak aku ganti shift dia pun aku kena ikut juga.Malas jugalah aku nak layan perangai dia ni.
But,korang jangan risau.Omar ni sebab dia pernah jadi senior aku,dia cukup baik jugalah layan staff-staff bahagian kitorang.Bukan kat kitorang jelah,semua kat office ni.
"Wunna Aisyerah binti Anhwar!!"Aduh,perlukah sampai nak sebut nama penuh aku?Sampai nak sebut nama ayah aku sekali?Dia ni memang nak kenalah..
Aku hanya tunduk" App..ye?"Selamba je aku tanya dia macam tu.
"Awak masih boleh santai macam tu?Ni,kita kena kumpul kat bilik meeting..Cepat,semua dah ada kat sana.."Katanya terus berjalan meninggalkan aku.
Aku hanya menganggukkan kepala sambil mencapai fail yang ada di atas rak dan berjalan menuju ke bilik mesyuarat.
Aku buka je pintu ruang mesyuarat tetiber semua tengok aku.Cantik ke aku hari ni?Gurau...
Aku nampaklah dari jauh si Omar tu.Macamlah aku tak tahu,kalau dia tengok macam tu marahlah sebab aku lambat.
"Maafkan saya,saya terlambat.." Tak ada yang respon?Aku duduk jelah sebelah bos aku Omar.
Aku tarik je kerusi sebelah Omar,dia tak tengok aku.Aku pun mendekatkan sikit kepala aku dengan telinga dia"Tak yah,marahlah..Nanti aku belanja kau makan..Nak?"
Omar tak menghiraukanku.Bunyi pintu dibuka memancing pandangan kami mencari asal bunyi itu dan bila buka je pintu tu masuk seorang lelaki yang masih ada kat ingatan aku dengan 2 pengiring di belakangnya.
Lelaki tu........
Share this novel