Cinta Tanpa Nama

Drama Series 15405

APOV:Wunna

Lepas mandi,aku terus je hempaskan badan aku yang tebal aku kat katil.Tak lama lepas tu,bunyi mesej panggil aku suruh tengok telefon.

Bar Sembang
011-***-****_dalam talian

011-***-****:Night,awak.Sv Raien.

Anda:Dah..

Raien:Okay..Awak dah mandi?

Anda:Dah..Kenapa pula awak tanya?

Raien:Lah,kita kan dah jadi kawan..Kenalah saling ambil berat.Awak tak nak tanya kah saya dah mandi ke belum?

Anda:Awak ni..mAwak dah mandi ke?

Raien:Macam tu lah..Baru sweet..Belum,sayang...

Anda:Ih,apa ni?Tiba-tiba nak bersayang-sayang.Tak ada maknanya sweet..Dah lah tak mandi.Pergi sana.Mandi..

Raien:Tak nak..

Anda:Mandi pun nak kena suruh ke?Pergi sana,mandi.Busuklah.Sampai ke sini saya terhidu tau..

Raien:Ye ke?Tak nak.

Anda:Suka hati awaklah..

Raien:Haha..Saya guraulah..Saya dah mandi.Kalau tak mandi,syaitan akan selalu menemani tau.

Anda:Dahlah..Tidur,saya dah mengantuklah..

Raien:Alololo...Cian..Tidurlah,mimpi indah.Jangan lupa mimpi saya.

Aku tak tahulah apa kena dengan dia ni.Tiba-tiba nak manja-manja pula..Herr..Tapi kan,dia..Betul-betul sweetlah!!!!!!

Aku tak pernah macam ni tau..Ih!!Bestnya kalau dapat bercinta dengan lelaki macam dia!!Sweet gila apee!!!

Aku yang dah nak tidur ni masih tak dapat berhenti senyum ingat momen-momen hari ni..

Tadi pagi,dia bagi aku makanan.Tengah hari,dia tenangkan aku supaya tak nangis.Malam ni,dia betul-betul memahami kisah aku..

Kat chat pula,tiber bersayang-sayang.'Alololo'...!!Kenapa aku rasa macam...Ntah..Sweet gila doh,dia...

Aku tutup muka aku guna bantal pun tetap tak dapat nak berhenti senyum.

Takut pula lambat bangun.

POV:Raien

Entahlah.Aku sedang berlakon atau sedang betul-betul.Aku rasa,setiap apa yang aku buat kat dia tu...Memanglah untuk berlakon tapi..Kenapa aku rasa,apa yang aku buat dengan apa yang aku cakap dari hati aku?

Macam aku tak ada niat nak tipu dia.Kalau dia tahu aku hanya pura-pura nak berkawan dengan dia......Apa yang jadi?

Aku dah kenal dia.Kalau tengok lama-lama,cantik juga.Comel.

Tapi kenyataanya,aku kena jujur juga dengan dia apa yang sebenarnya.

Dahlah tidur..Aku pun penat sangat ni.

~~~

Radio kereta menemani ku dari rumah menuju ke office.

"Yaa,itu dia tadi lagu dari Dato' Siti Nurhaliza.Aaa....Walapun penyanyi lama,tapi tak bosan-bosan tau dengar lagu Dato' Siti ni,penyanyi nombor satu Malaysia.Okay,kita ada...Kak Fatimah Jurila dari Selangor.'Kak,macam mana ye..Saya ni sekarang dengan satu lelaki.Dia baik sangat-sangat.Saya pun dah mula selesa dengan dia.Tapi saya tak tahu,saya dah jatuh hati dekat doa ataupun tak.Macam mana ye kak nak tahu?'

Okay,ramai je orang-orang muda sekarang ni yang tengah dilema cinta.Diorang mula selesa dan akrab dengan seseorang.Tapi dia tak tahu,tu nyaman atau cinta.Korang kena tahu,kalau korang selesa dengan dia,suka bercerita dengan dia,itu mungkin korang suka dan selesa nak berkawan dengan dia.

Tapi,kalau korang dengan dia teruja sangat,macam banyak lagi yang nak diceritakan,nak dikongsikan tapi tak kesampaian.Korang tak berani nak tunjuk isi hati korang.Dan bila korang jauh dengan dia,rasa macam tak nak pisah.Malam ni dah tak sabar dah jumpa dia sebab kalau dengan dia,bahagia tu tak nak pergi.Itu mungkin korang boleh katakan..cinta?Kebanyakan orang selalunya macam tulah..Tu dari pengalaman akak--

TUT!!

Aku tutup radio tu.Apalah,pagi-pagi lagi nak bahas pasal cinta-cinta.Malas aku nak layan.Tiba-tiba aku teringat dekat Wunna.Dia buat apa ya,sekarang?Dah sampai office ke?

Pagi-pagi lagi dah fikir pasal dia.Peliklah aku ni.Pelik dengan diri sendiri.

Baki hari tinggal dua hari.Maknanya antara hari ni atau esok dah make sure dia dah jadi girlfriend aku.

Macam mana eh?Aku rasa dia takkan terus nak kot kalau aku suruh dia jadi gf aku nanti.

Lantaklah,aku singgah pergi beli makanan untuk dia dulu.

POV:Wunna

Alamak!!Mana pendrive tu?!Semalam kan aku letak kat sini..Habislah kalau hilang,semua data ada kat situ.Dahlah harini dah nak buat presentation!!

Ya,Allah..Bantulah hambamu ini mencarinya.

Mana ni?!Melimpah-limpah peluh aku dari tadi cari pendrive tu!!

Hah!!Jumpa pun.Kat sini rupanya,syukur alhamdulillah!!Tapi..Aku ingat-ingat semalam aku letak dekat sebelah sini.Kenapa kat sini?Mungkin penat sangat kot,sampai tak fokus.

Tiba-tiba datang Raien datang terus bagi aku minuman dengan makanan.Ei,rajin juga anak ni nak belanja aku.

"Untuk aku lagi,kan?" Dia senyum dan menganggukan kepala tanda iya.

"Terima kasih."

Tiba-tiba aku dengar macam ada bisik-bisik dekat kawasan tu.Aku pusing banyak yang tengah bisik-bisik.Tak baik tau bisik-bisik macam tu.Tu boleh menyerupai syaitan yang suka membisik.

Tapi,kenapa bisik-bisik sambil tengok aku dengan si Raien?Apa masalah diorang ni?

Aku tengok Raien pun pelik tengok diorang.Tiba-tiba datang satu lelaki ni,kira pekerja kat sini juga kot terus dekat Raien.Diorang macam tengah bercakap sesuatu yang penting sambil tengok telefon.

Aku tunggu lah diorang siap bercerita sementara pergi dekat boss kat group aku yang satu lagi.Hah,kalau group yang satu lagi tu,ketua dia si Anna.Yang ni abang Omar.

"Bang,tu kenapa tu macam tengah gossip je satu office?" Aku nampak boss aku tu pun sedang tengok sesuatu dalam phone dia.

"Bang...Bang..Boss?" Tak nak dengar anak ni!Aku pun dekat sikit tengok apa yang dia tengok.

Aku nampak video viral kat fac.Video aku dengan.....Raien?!!!Time dekat store tu,aku menangis terus Raien tepuk-tepuk belakang aku!!Tak boleh jadi ni!!Siapa ni yang record kitorang?!

'Staff gemuk,Wunna Aisyerah nak menggatal dengan CEO baru.Sengaja nangis semata nak dapat perhatian CEO baru.Dah selalu saya nampak dia cuba nak menggatak dengan CEO baru tu.Memang tak sedar dirilah!!'

Adakah patut kapsyen dia macam tu?!Ni fitnah ni!!

Aku pun rebut telefon tu lepas tu tengok komen netizen.

:Apalah perempuan sekarang ni.Tak pandai tengok cermin ke?Ni mesti sebab dia nak harta je.

:Tak sedar diri.Kalau ye pun nak kacau laki orang,buang-buang dululah lemak tu,oi!

:Saya yang satu kerja dengan dia ni,nampak macam pekerja baik dan rajin.Saya tak sangka pula dia ni macam ni.

:Kalau akulah nak mengorat orang kaya,buang lemaj dululah.Sedar diri sikitlah!Badan dah macam tu.Muka pun tak terurus!!

Aku dah....Tak sanggup nak teruskan baca komen tu.

Bergegar lemas kaki aku tak kuat dengan apa yang aku terpaksa hadap.Tak tahu nak cakap macam mana lagi.

Ya,Allah.Semua orang tengah tengok aku.Aku rasa macam tak ada maruah langsung kena buat macam tu.Bisik-bisik pun tak henti.

Hee..Nana tak kuat!Mak!Ayah!!Allah!!Kenapa harus ini yang kau berikan padaku?Aku tidak mampu mengharungi dugaanmu ini lagi.Kuatkanlah hambamu ini ya,allah.Hanya padamu tempat ku memintam

Omar pun tanya aku"Betulkah apa semua ni?"

Perempuan kat sebelah dia pun sibuk"Adik,tak baik tau macam ni.Kita kena ingat Allah."

"Terus kenapa akak mudah sangat nak percaya ni semua?Abang dengan akak belum tahu lagi hal sebenar tapi nak tuduh Wunna?Ini semua fitnah!!"

"Wunna..Stop.Kalau soal percaya dan tidak percaya....Siapa yang tak percaya kalau dah tengok video ni?Kita faham situasi awak.Mungkin awak stress atau ada konflik dengan keluarga tu yang buat awak jadi macam ni."

"Abang pun........Akak......Tak percaya Wunna?"Tak sangka.Keadaan yak memihak pada aku sekarang.Terus apa?!

" Woi,betina!!Sedarlah diri sikit!Ada cerminkan?Jangan menggatal je kerja kau kat sini!!Faham?"

Aku tak dapat nak tahan air mata aku!Tiada tempat aku mengadu,bersandar dan melepaskan sakit yang tiada lawannya.

Andaikan mak dan ayah masih hidup,mesti Nana tak macam ni kan?Mak,yah..Nana ni memalukan ke?

Tiba-tiba Raien datang tarik aku tapi aku tarik tangan aku"Awak nak apa?"

Dia tarik tangan aku,nak lepas tapi tak dapat.Apa dia nak ni?Dia nak marah aku sebab dah malukan aku?Dia tarik aku dengan lembut bawa aku kat store.

"Awak nak apa bawa saya kat sini?Awak nak salah faham tu berlaku lagi?Okay,saya minta maaf.Mungkin,apa yang awak buat tu wajar nak tenangkan saya kemarin.Tapi,di mata orang takkan pernah betul tanpa tahu apa yang sebenar.Saya minta maaf sebab dah malukan awak,saya tak ada niat nak ni semua jadi.Dan-

Dia tutup mulut aku.Kedua mata kami saling bertemu.Tiba-tiba air mata aku mengalir jatuh membasahi pipiku.Entah apa yang kurasakan saat ini.

" Stop..Saya betul-betul tak suka tengok awak sedih macam ni.."

POV:Raien

Sekarang ni,aku betul-betul pujuk dia.Ni,bukan lakonan.Tapi,apa yang aku rasa sekarang ni...Teramat sakit tengok dia macam ni

Tentang video tu,aku tak kesah pun sebenarnya.Aku tak nafikan kalau aku dalam video tu tengah pujuk Wunna.

Tapi,yang aku tak suka bila dia kena fitnah nak cuba menggatal dengan aku!!Dan komen-komen diorang semuanya negatif.Diorang tak reti jaga perasaan orang ke?!!!

Aku kalau boleh nak pindahkan semua beban fikiran dia dengan sakit yang dia rasakan kat aku.Aku sanggup asalkan dia bahagia.Aku tak sangguplah tengok dia macam ni.

~Ingatlah,orang yang sayangkan kita memang sanggup berkorban apapun demi orang yang tersayang kerana dia tidak ingin melihat orang yabg tersayang terus tersakiti.Sayangi dan hargailah orang di sekitar anda.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience