Hancur

Drama Series 15405

Mak..Ayah?Mak dengan Ayah ke tu?

Aku nampak mak dengan ayah berpakaian putih sedang tersenyum kepadaku.

"Mak!!Ayah!!Sini!!Sinilah!!"Aku kejar mak dan ayah tapi mereka semakin menjauh.."

Mak!Ayah!Hee!!Aku terbangun dari mimpiku.Ternyata itu hanya mimpi.

Aku tengok jam kat homescreen handphone aku pukul 11 pagi.Lamanya aku tidur.

Penat sangatlah tu.

Aku nak ambil air suam dengan makananlah.Aku lapar.

Aku sakit-sakit macam ni,tak ada yang sudi jaga aku.

Tadi aku mak dengan ayah jenguk Wunna melalui mimpi.Jangan risau,Wunna tak akan buat mak dengan ayah risau.

Sebab senyuman mak dengan ayah yang berikan Wunna semangat!!

POV:Raien

Aku balik-balik lalu tengok tempat duduk Wunna.Dia tak masuk kerja kah hari ni?

Kalau dia sakit kenapa dia tak bagitahu aku?Aku ni tak penting ke bagi dia?

Aku pun mendekati staff yang duduk berhadapan dengan tempat duduk Wunna"Wunna yang duduk kat sini tak masuk kerja?"

Dia menggelengkan kepalanya"Tak..Saya dengar dia minta cuti MC sebab sakit katanya.."

"Sakit?Sakit apa?"Kenapa dia tak bagitahu aku apa-apa?

"Itu saya tak tahu.."Katanya.Aku pun berfikir sejenak.Dia sakit apa?Kemarin dia okay je.Takkan tiba-tiba dia sakit pula?Oh...Hujan.Dia demam kot agaknya.Tapi takkan dia tak mesej aku?

Aku pun ambil handphone lepas tu tengok mesej baru tapi tak ada.

Dia ni buat aku risaulah.

Aku terus call dia.Tapi dia tao angkat.Aku call dia berkali-kali tapi dia tetap tak angkat.Ada apa-apa jadi kat dia kah?Patutkah aku pergi rumah dia?

Tak naklah.

Bar Sembang
Wunna_Luar talian

Anda:Awak...Kenapa awak tak angkat call?

Anda:Lepas tu awak sakit pun tak bagi tahu saya?

Anda:Wunna..Balas mesej saya.Wunna..

Anda:Tolonglah balas.

Aku pun balik duduk kat kerusi aku.Lepas tu lagi dia bluetick je chat aku?Dia ni kenapa sebenarnya.

Tiba-tiba ja macam ni.Aku ingat aku tak ada buat salah pun dekat dia.Takkan baru sekali aku bercakap dengan dia tak senyum hari tu dia dah terasa.

Apalah macam ni..

Aku cuba sekali lagi.

Bar Sembang
Wunna_Dalam talian

Anda:Awak bluetick je?Awal kenapa ni sebenarnya?..

Wunna:Kenapa awak nak tahu?Bukan saya ni tak penting ke bagi awak?

Apa?!Apa maksud dia ni tiba-tiba je macam ni.Aku ingat aku layan dia baik-baik.Dia marah aku ke ni?

Bar Sembang
Wunna_dalam talian

Anda:Kenapa ni?Cuba cakap dengan saya..Awak marah saya?

Anda:Bagitahu apa salah saya?Apa salah saya pada awak?

Dia tetap tak balas mesej aku.

Ada apa dengan dia ni sebenarnya

~~~

Setelah dua hari dia bercuti,hari ni aku tunggu dia dekat meja kerja dia.

Entahlah kenapa dia asyik lambat.Lepas 3 minit baru dia sampai.

Aku pun memberikannya senyuman"Awak..."Panggilku.

Dia pun meletakkan begnya di atas meja dan menarik kerusi lalu duduk tanpa memandangku.

Kenapa pula dia ni?Dia tak macam selalunya yang suka senyum pada orang.

"Awak.." Dia pun menatapku.

"Awak okay ke?Dah sihat?"Dia hanya menganggukkan kepala lalu memulaikan kerjanya.

"Awak..Saya tunggu awak dari tadi kat sini.Awak tak nak cakap apa-apa ke dekat saya?Awak..Tak rindu saya selama dua hari ni?" Dia tidak memandangku atau menjawab sepatah kata pun.

"Awak.."Panggilku lagi.Apa salah saya pada awak sebenarnya?

"Awak?Awak ni kenapa?Tak nak bercakap dengan saya langsung?Dah lah selama dua hari ni saya mesej awak awak balas ringkas je.Awak tak fikirkan saya langsungkan?

Dia berdiri dan memandangku"Awak ada fikirkan saya tak?"

Aku dan Wunna saling berpandangan.Masing-masing tak bersuara.Kenapa dia tiba-tiba marah ni?Apa salah saya?

"Dah lah awak..Saya malas nak bertengkar dengan awak pagi-pagi ni.Awak pergilah buat kerja awak." Setelah mengatakan itu dia kembali menarik kerusinya dan duduk tanpa memandangku sekali pun sekali pun.

Aku tak tahu lah dia ni.Mungkin dia stress kot.Dia ada masalah sendiri.Aku tak nak paksa dia.

Aku pun pergi tinggalkan dia.

~Allah sentiasa menemaninu dan mendengar apa saja doa yang kau panjatkan untuknya.~

All..Author sgt2 mnta maaf sbb chapter 'hancur' sebelum ni terpublish tak sengaja.Padahal author baru nak save sebab belum siap.So,untuk yang mungkin pelik kenapa pendek je,baca balik sbb author dh publish chpter 'hancur' full..selamat membaca..Dan author juga dh buat semakan dari chapter 1 sampai 21.Tngah memperbetulkan kesilpan ejaan dan ayat.Tu semua sbb author typing laju sangat.Sekli lagi minta maaf ye kalau time korang membaca tu tak seronok sangat sebb banyak kesalahan ejaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience