Teman Palsu

Drama Series 15203

Nasi goreng udang spesial!Campur lobak,tomato,cili padi,kunyit dengan sambal!Favourite aku!!

Time rehat kerja macam ni kalau aku makan,jarang makan makanan kat luar.Sebab aku tengok kan,gerai atau restoran berdekatan sini macam tak sihat sangatlah aku tengok.

Aku ingat lagi pesan mak dulu..Makanan dari rumah lebih bersih,sihat,dan sedal daripada makanan luar.

Kita tak tahu,cara masak dia macam mana.Air dia dari mana..Belum tentu bersih.

Tulah,korang rajin-rajinlah bawa bekal dari rumah.

Kalau rehat macam ni..Aku tak keluar pun macam orang lain.Dah lah lunch dengan kawan-kawan..Lepak dengan kawan-kawan.

Aku?Aku rest kat store je..Kat sini kan aku selalu lepak.Chek in barang tak ada kawan.So,aku terbiasa menglonely kat sini..Haha..Huuh..

Sedih tak?Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa nak menangis.Okay ke mula-mula tadi..

Kalau nak cerita..Aku rasa lemah,sayu,tak kuat..

No,aku tahu aku kuat..

Kenapa pula aku tak cemburu?Tengok orang lain mesti ramai-ramai.

Aku nak share cerita lama aku..

First,cerita aku masa sekolah menengah..

Dulu,aku memang susah nak dapat kawan.Tak ada pun yang nak kawan dengan aku.Tapi last year sekolah,tingkatan lima aku ada satu kawan perempuan ni..

Dia pernah bela aku masa aku kena buli dengan anak cikgu tu.Kalau korang nak tahulah,anak cikgu yang kononnya paling lawa and famous tu memang suka nak buli aku.Dia pernah fitnah aku cuba tolak dia dari tangga.Padahal dia jatuh sendiri.

Aku cuba nak selamatkan dia tapi dia dah jatuh.Ada kawan dia laporkan dekat guru kaunseling.Hah,situlah kitorang berdua kena ceramah habis-habis kat bilik UBK.

Dan yang paling aku benci dan ingat sampai sekarang.....Guru kaunseling dan semua orang percaya kalau aku tolak dia sampai jatuh!!!

Bencilah aku!!

Tapi,sebab aku ni nak jadi hamba Allah yang sebaik-baiknya,aku sanggup maafkan dia.

Okay,sambung cerita kawan yang bela aku.

Lepas tu,kitorang saling berkenalan.Hari demi hari,kitorang makin rapat dan aku dah anggap dia sebagai sahabat baik aku satu-satunya.

Tapi,satu hari tu......Baru 2 bulan....

"Mana dia,ni?" Aku tunggu sahabat baik aku,iaitu Fieranur.Katanya,lepas balik sekolah nanti janji nak buat homework sama-sama kat rumah aku.

Aku dah sediakan kopi dengan biskut dekat halaman rumah aku.Siap goreng keropok ikan untuk dia.Halaman rumah aku memang ada meja dengan kerusi,sesuai untuk bersantai petang-petang macam ni.

Katanya dia datang pukul 2.Tapi..Sekarang dah pukul 4 lebih dia tak datang-datang pun.

Aku sabar je tunggu dia.Tak lama lepas tu....

TING!!

Nofikasi mesej muncuk di bar pemberitahuan skrin telefon bimbit aku dengan nama pengirim,Fieranur.

Aku yang akhirnya dapat khabar dari dia terus klik masuk bar sembang.

Bar Sembang
Fieranur_dalam talian

Fieranur:Maaf,saya tak dapat nak datang.

Anda:Alah,tak dapat ke?Kenapa tak cakap awal-awal tadi?

Fieranur:Saya malas nak jumpa awak nak bagitahu kau..Aku cakap dekat sini je lah...

Anda:Apa dia tu?

Fieranur:Maaflah..Nampaknya sampai ni je awak dapat berkawan dengan saya.

Anda:Maksud awak?

Fieranur:Hmm..Camne nak cakap ah?..

Anda:Cakaplah..

Fieranur:Sebenarnya saya tak nak pun berkawan dengan awak.Saya tak ikhlas.Selama ni,saya tak pernah anggap awak ni kawan saya.Sorry,awak boleh cari kawan lain..

Anda:Tak..Apa awak cakap ni?

Fieranur:Saya gunakan awak je...Kan mula-mula awak pegang jawatan ketua bahagian nyanyian dekat kelab muzik.Lepas awak dah berlembut hati dah sanggup bagi saya pegang jawatan tu...Apa lagi?Habiss..

Aku terdiam lepas baca mesej dia yang tak kasihan langsung dengan aku.Sanggup dia buat macam ni,dekat aku?

Kenapa selain mak dengan ayah taka ada yang boleh faham perasaan aku?Tak bolehkah aku dapat apa yang aku nak dapat?Apa yang aku nak selama ni....Tak boleh?

Lepas tu aku memang susah nak terima kenyataan.Dia bawa main perasaan aku macam sampah.Teruk sangat ke aku ni?Hah?Teruk sangat? Ya allah...

Tolong hambamu ini..Hambamu tidak kuat..Mengapa aku harus dipermainkan takdir.

Kecewa pada akhirnya...Aku dah belajar dari pengalaman aku..Aku yakin,mesti semua ni akan ada hikmah buat aku.Aku akan jumpa seseorang yang ikhlas nak berkawan dengan aku,Insyahallah..Amin.

~Memang susah mencari orang yang mempunyai hati suci dan ikhlas di hidup ini.Tapi,ingatlah..Semua yang Allah dah tentukan,tak ada yang tak mungkin buat kita semua.Jadilah insan yang tabah,pemaaf dan mengikhlaskan seperti Wunna di dalam cerita ini.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience